Tuesday, December 29, 2009

should i..?

dah nak penghujung 2009, aku pun macam a few of my friend amik cuti straight till new year, perabih cuti. itu pun ada lagi 9 hari forward ke depan. so, tahun depan ada 39hari cuti. nak buat apa cuti banyak2 ye?.. boleh pregnant lagi.. ops. hehe

ada satu syarikat offer aku buat part time freelance as programmer. at first, i refuse since aku pun tak kisah nak tambah financial.. alhamdulillah, by time-being.. we are financially stable. bisnes baju (yang bertambah maju..ponin kepalo den) pun tak menang tangan. aku buat bisnes baju tu pun suka2 jek.

back to my prob. though harga satu projek develop program boleh cecah 5 angka, rasa pening gak nak buat decision. i have other responsibilities too..expecially my luvly hubby dan 2-boleh-tahan sons. my hubby sangat2 memberi support. ask me to try.(biasala.. kalau pasal duit masyuk ni). aku je yang teragak2. letih wei. pernah try buat satu program kecik. 2 hari siap, tapiiii.. kepala jammed 2 hari seterusnya. terpaksa menelan beberapa butir panadol. kesian kat suami ngan anak-anak. terabai.

macamana pendapat kengkawan. should i accept or decline.. or have a try?kalau setuju, esok kena jumpa client. client plak bukan calang2. toke syarikat minyak kat kemaman.

p/s istikharah.

Wednesday, December 23, 2009

takde keje lain..

semalam ada kelas ICT 4-community yang dianjurkan oleh polisas untuk ahli komuniti kuantan, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan dan swasta yang nak belajar ict.

5 kelas dibuka - 3d studio max, adobe photoshop, ms word, autocad dan laman web.

patutnya aku kena ngajar ms access, tapi sebab takde penyertaan..kena gi assist pensyarah lain yang mengajar. aku pilih kelas photoshop.

actually dah lama aku minat edit2 gambar, hari ini semangat itu kembali (sebab masuk kelas photoshop semalam).ada dua gambar yang diedit. salah satunya..

sebelum

hasilnya

p/s aku banyak keje.ni la keje lain yg menangguhkan keje lain..

Thursday, December 10, 2009

my colleagues..


dah lama tak amik gambar rakan-rakan seperjuangan di ofis. ni amik sikit2 gambar masa potluck hari ni. sikit je. takpe2. lain kali amik banyak lagi.
p/s apa azam sebagai pensyarah untuk 2010?

Wednesday, December 9, 2009

train our child

biasanya dari kecik la kita kena ajar anak sket. as we all concern, anak2 dari dalam kandungan hingga ke usia 5 tahun paling cepat belajar.

from my observation, ada beberapa perkara yang kita bleh try untuk train anak:

1. biasakan dia tolong kita buat kerja as simple as masukkan baju kotor dia dalam bakul, atau buangkan sampah dalam tong. (selalunya bg afiq, botol vitagen). lepas dia tolong, MESTI balas 'terima kasih'.. atau cium dia sbb dia tolong.

2. ajar sahaja apa2 perkara yang dianggap complex.. contoh: pasang VCD upin ipin yang dia suka pada VCD player.. then, ajar tekan butang PLAY. my husband ajar afiq only a few times.. dia dah boleh buat sendiri.

3. berkomunikasilah dengan ayat yang betul, bukan pelat.. mereka belajar dengan cepat..

4. masa dodoikan anak untuk tido adalah masa paling akrab antara ibu dan anak (from my experience).. berceritalah dengan cerita yang memberi pengajaran dan yang menarik..

komunikasi adalah perkara paling penting dalam keluarga (belajar dari in-laws). petua-petua di atas adalah from my own experience..korang camne?

p/s. semua petua mesti ditunjangi dengan SABAR. they learn fast, but not in a shot..

Sunday, December 6, 2009

my life with e71.

2 disember was my birthday. this year's birthday is so special, i got something from my lovely hubby. 4 taun dah kawen tak pernah dapat hadiah. kali ni dapat yang sangat2 ku IDAM2 kan.

nokia e71. fuh. macam mimpi.

luv u, luv u, luv u.. haha(to my hubby!)

sangat gumbira. hati berbunga2.sejak dibeli pada 3 disember lepas, e71 ni tak berada jauh. banyak bleh dibuat dengan e71.
first, aku guna kalendar.banyak reminder yang aku masukkan dalam kalender esp. bezday kekasih hati..(hubby la). then kebetulan, hari jumaat lepas ada meeting. aku tak payah bawak buku dan pen, aku key in je dalam Quickoffice dalam e71. (Quickoffice ada ms word, ms excel, ms powerpoint)
yang paling menggembirakan adalah ada adobe reader. aku dah siap download beberapa e-novel free yang aku suka baca..written by sofie kinsella. lepas ni bleh download harry potter lak. ke mana saja aku bleh baca, dalam kereta, sambil makan, sambil breastfeed anak pun boleh. haha. kalau beli buku, dalam gelap tak leh nak baca..tapi ebook dalam handset bleh baca. (gelak dengan berlagaknya..)
actually, dah lama aku mengidam nak beli buku sofie kinsella..harga rm33 lebih. telan air liur je bila tengok kakak seofis depan aku beli beberapa buku sofie kinsella. akhirnya, dapat jugak baca. baru baca 'Undomestic Goddess' sampai page 50. ada 249 page. pastu ada lagi 5 e-novel seumpamanya dalam tu. huraaa. hobi baru.
ho. nampaknya ramai yang telah rasa meluat membaca ayat2 lagakku yg keterlaluan. better to stop now.hahaha. chow.

Monday, November 30, 2009

ingat Tuhan selalu..

luv this song.



on d way dari sg buloh semalam, hubby buka IKIM, ada lagu ni. dah lama tak dengar. setiap kali dengar mesti bergenang air mata.

Oh, kerdilnya aku di sisiMu Tuhan.

p/s kalau la tetiba ajalku sampai..isk!

Sunday, November 29, 2009

what is ur blog post is all about..

dah lama tak update blog but still menjenguk blog kengkawan.

ada yang cerita pasal preparation nak kawen, menunggu saat kelahiran baby pertama(biasanya baby pertama je ibu2 excited cerita kat blog, dah 2 3 anak..tak sempat nak jenguk blog pun)..

ada yang cerita pasal pasangan masing2, ramai yang cerita pasal anak masing2..

still, very interesting to read.

what that i can conclude here, kita akan share everything yang sentiasa kita fikirkan. aku pernah dengar satu pepatah..kegembiraan adalah sesuatu yang dikongsi. kalau kita ada moment gembira, kita akan terdorong utk bgtau orang..tulis kat blog. bila tak share, rasa macam tak bermakna. (panjangnya falsafah..hakhak)

so, sampai la ke cerita ku.. nak share beberapa perkara.

nak tahu apa yg beria2 sangat aku nak share. pertama: Bisnes, kedua: my sons, ketiga: kerja di ofis.

*Bisnes
hari ini aku di rumah mak mertua husband ku. yeay!akhirnya dapat bercuti di rumah ini. so, kebetulan di sini..aku pergi singgah ambil design baru untuk baju muslimah. (ha ha.bisnes mesti jalan). kali ini, koleksi bertambah hingga ke jubah. 3 new design yang sangat mengujakan! nantikan kemunculannya. (jkepolisasian, tunggu part time bisneswoman menyibuk di bilik anda)

*my sons(cerita pasal abah diorang tadek..not in my share list)
arif dah nak masuk 5 bulan(kejapnya..). semakin membesar dengan jayanya. Alhamdulillah. lenguh2 tangan ibu dia nak mendukung. afiq pula semakin pandai bercakap.. dah boleh kenal ONE to NINE. tapi tak boleh mengira lagi.

good news, both my sisters pregnant serentak. dua2 tengah mabuk kepayang. aku? hohoho.. sabar..sabar.. sakit bersalin pun masih terasa lagi.

*kerja di ofis
aku dapat 2 subjek baru untuk smester depan. sangat mengujakan, sebab 2 subjek fav. tak abis semester lagi, aku dah beria2 pegi cari bahan. moga semangat berkekalan (bukan hangat2 tahi ayam je)

waa. panjang plak post kali ni. ok. jumpa lagi di post lain(kalau ada idea lagi la).

p/s rajin plak mengunjungi blog irfan khairi.. kehkeh

Friday, November 13, 2009

4th anniversary.

12.11.2009 - 4th anniversary.

dah 4 tahun rupanya aku mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. pada tarikh ini 4 tahun lepas, kami di akadnikah di sungai buloh.. 4 tahun kemudian, aku dikurniakan dengan 2 cahaya mata lelaki. aku bercita-cita untuk mempunyai sekurang-kurangnya 6 cahaya mata..

Alhamdulillah, pelbagai pahit manis ditempuhi sepanjang menjadi isteri dan ibu.. thnks to my hubby yang sangat understanding, not-so-romantic, dedikasi, berkaliber dan mcm2 pujian la untuk suami tersayang. (ikhlas ni..)

celebrate??hmm.. angan-angan aje la. cuma doa mengiringi perjalanan rumahtangga kami. semoga diberkati, dirahmati dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. ameen.

p/s agak2 husband ingat tak bezday aku bulan depan ni..?

Sunday, November 8, 2009

they got their toys..

parkson clearance kat kuantan plaza hari tu, aku still tak ketinggalan nak join, walaupun kena mendukung arif yang dah 7kg. sesak juga. takda mood nak belek2 barang untuk diri sendiri..kitorang nak cari toys untuk arif dan afiq.

biasalah tu, kalau dah anak.. barang anak no 1, kepentingan sendiri dah tak jadi keutamaan (betul tak wahai ibu sekalian?hehe)

anyway, afiq dapat kereta control (takde disertakan gambar). arif dapat toys lembut, boleh gigit tu. at first aku dah pesan kat husband, tak payah le belikan kereta control..afiq tak pandai main. nanti yang controller dia campak aje. lagi suka tolak pakai tangan.

but, surprisingly, my husband ajar dia main pakai controller. at first, dia give up sebab pandai tekan ke depan aje. bila dah langgar dinding, benda tu tak leh nak gerak ke depan, afiq dah tanak main.

lepas tu, kitorang ajar, bila dah langgar dinding, push controller ke belakang suh kereta tu undur. mula-mula dia baran juga. lepas ajar 5-6 kali.. dah pandai kedepan kebelakang. ha.. lepas tu apa lagi. tak dilepasnya controller tu sampai bateri habis. wa.. cepat betul afiq belajar..dengan syarat ibu dan abahnya tak putus asa mengajar.

arif plak dapat mainan lembut tu. mahal gak la. tapi stil tak reti main. takpe, slow2.

today, afiq dapat beg ben10 baru. ha.. nak tido pun, beg tu dia nak pakai. isk. aku plak belikan dia buku baru kat littleparade. beli online. (asyik toys aje.. kena belikan buku jugaK)

beg ben10 n buku bob builder afiq

arif dengan muka sengal, kena duduk dalam car seat

arif dengan tak meng'heran'kan toysnya
p/s. ibu pun dapat 'gift' dari abah.beg tangan from parkson clearance. tq

Saturday, November 7, 2009

lamanya tak update.. bisnes punya pasal

bisnes..bisnes.

sekarang addict bisnes lak. besar betul hikmah kak ita (kakak sepupu) minta tolong promote kan kain sutera dia. (cek this post).

mula-mula berpeluh-peluh nak gi promote, sekarang dah ok dah. husband plak bg sket modal, sokongan 120%. (thats mean dia yang lebih beria-rianya).

bisnes apa ye? bisnes tshirt labuh. sangat cantik designnya. tak nampak macam prototaip tshirt labuh. jenama 'aqeela'. (sempat promote tu..) cek out
http://ilham-muslimah-tshirt.blogspot.com/

terfikir nak buat blog jualan, tapi belum berkesempatan. jualan langsung lebih menguntungkan. sekarang ni, sasaran pada cikgu2 sekolah dan rakan sekerja. kakak ipar jadi partner bisnes yang sangat supportive (kredit to kakak iparku hehe)

rupa-rupanya, dah lebih kurang 4k jumlah transaksi yang aku buat. wah! bisnes..bisnes.. pening juga buat akaun ni. patutla akauntan gaji mahal.

*kalkulator sekarang menjadi alat penting dalam beg tangan selain handfon n purse. hua..hua..

Tuesday, October 27, 2009

hari ni amik cuti lagi..

mesti risau dengar aku amik cuti lagi.. anak dah sihat.. Alhamdulillah. amik cuti untuk buat benda lain..

jeng3.
isk. hari ni aku amik masa untuk bersendirian, memanjakan diri. haha.. best2. awal pagi dah antar anak ke taska. balik ke umah, ambik masa mengemas rumah yg terbiar sejak anak sakit. sambil2, tu aku layan youtube tengok sehati berdansa yang tak dpt tengok sebab TV rosak.

pastu, gi saloon.. buat hair cut, siap cuci lagi .. wah..dah lama tak gi saloon. last pegi setahun ke 2 tahun lepas, masa afiq kecik. lega! ringan kepala rasanya.

then, singgah supermarket.. membeli belah. dah lama tak membeli belah sendirian, mesti bawa afiq. nasib baik basket dah penuh, dah tak larat nak bawa..kalau tak, ada je nak sumbat. semuanya jenis junk food, chocolate, puding, jus, air kotak (aku memang kuat makan).

then, singgah kedai majalah. aku memang magazine-mania. mana ada beli 1, 3 sekali gus. majalah Anis, Nur ngan Pa& Ma. (bila nak baca ni?). adalah abis seratus lebih untuk hari ni je..

actually, nasib baik jam nak pukul 4 ptg dah. jap lagi nak kena amik anak balik. hubby pun nak balik keje. kalau tak, ada niat nak gi singgah megamall ngan parkson.. haha.

anyway, its such a therapy. sekali sekala kita kena amik masa untuk diri sendiri.. pamper ourselves. siap amik cuti lagi. nak buat waktu weekend, husband tak pandai uruskan baby lg.. anyway, once in a few months..best! hilang stress sekejap.

oklah. nak gi amik anak.chow!

Sunday, October 25, 2009

anak x sihat.

perhatian kpd yg mengandung anak pertama atau yg baru mendirikan rumahtangga.. menabunglah utk anak yg bakal dilahirkan.. banyak abis tau.

itulah luahan rasa hatiku (yg hantar anak ke taska). lepas batuk2 dan selsema.. ni kena demam campak.. bulan ni je, dah beratus abis utk medication. nasib la kami menabung. ada budget bulanan utk anak sakit.

hari ni kena amik leave. jaga anak.kak wah(owner taska) dah pesan awal2. mana2 anak yang demam sikit2 pun jgn bawa. tapi yg geramnya ada yg bawak. isk.

last week, terdengar teguran kak wah kat sorang ibu pasal bawak anak dia yg ada measles (bintik merah) ke taska. masa tu aku tak terjangka apa2 la. a day after plak, my baby naik bintik2 meraah kat badan dia. balik2 tu, badan dah panas. cek suhu.. 39.5. terus bg ubat demam.

esoknya(sabtu), bawak pergi klinik kanak2.. dapat ubat demam dgn ubat sapu. kalau kita yang dah besar kena gatal2 demam campak pun, tak selesa..inikan baby. asyik merengek. memang restless weekend le. aduuh. abg afiq nya dah dibawa ke jengka oleh neneknya, OK la sket nak jaga baby.

hari ni, arif dah tak demam..measles dia dah kurang dari semalam.. stil merengek nak suruh pegang aje. Alhamdulillah.

inilah nasib hantar anak ke nurseri. rasa2nya kena cari rumah org juga ke? hmm..

p/s selamat pengantin baru to zuhaimi..

Friday, October 16, 2009

isk, ada juga orang camni.

sorry la kengkawan, lama tak update. nak kata bz tak juga.
tahap kemalasan dah naik ke level 59 setengah.
ni baru nak cari mood balik untuk berblogging.

a friend of mine terjumpa satu 'crime' dalam kita berblogging ni..
ada somebody (sakit jiwa rasanya) curi gambar anak orang lain di blognya, claim that little sweet child anak dia. pastu, pegi masuk contest, amik gambar anak orang lain tu, MENANG plak tu.

the mom's child takut gila..orang sakit jiwa tu siap bagi nama lain kat budak tu dan cerita perkembangan budak tu, as if anak tu anak dia. isk. ada juga orang camni.

check this blog..(luahan hati mak sebenar budak tu)..

http://jurra-sewcute.blogspot.com/2009/10/stupid-mother-who-steal-mayas-picture.html

Tuesday, September 29, 2009

gambar raya

actually, tahap kemalasan level 19 setengah ni, malas betul nak update blog. banyak sangat nak cite pasal raya. lebih2 lagi cuti lama..seminggu.

tahun ni giliran raya umah mertua. macam biasa, sedih la. lebih2 lagi ayah tak berapa sihat. yang menambah syahdu, ibu tinggal dengan 2 anak bujangnya sahaja. anak2nya yang dah kawin, semua beraya hari pertama di umah mertua.
raya ketiga baru semua balik. meriah sangat umah ibu dengan cucu-cucunya. best2.

anyway, meh kita layan gambar2 rayaku dari tahun 2006(sejak kawin) sampai 2009.

selamat hari raya untuk semua. mohon maaf silap dan salah.

Wednesday, September 16, 2009

shocked

in this becoming festive season, i received two shocking news..

yesterday, i was in a meeting at about 3 pm, when suddenly my phone rang. Kak rahinah called, i couldnt answer since its a meeting with timbalan pengarah. then, she sent an SMS..
"ida, kat taska ada kes H1N1 positif, semua pensyarah dikehendaki ambil anak masing2 sekarang di taska, Ida ada hantar anak kat situ kan?"

DUP! i really shocked. a moment later, my Head Department announced that whoever got kids at Politeknik's taska may leave the meeting, in order to take their kids. I panick since both of my sons got severe cough expecially Arif, my two month baby since a day before. Nak nangis rasa..

I called my hubby, ask him to wait me at home, we have to rushed to clinic..its 4.00pm already, the gov clinic will close soon. the doctor confirm both of my sons are just fine, only have a little viral infection. Alhamdulillah.

Later on, i got another shocking news. My sister SMS me..
"Alang, ayah kena STROK. tapi sekarang dah stabil"

Ya Allah, i immediately called my mum.. Argh, couldn't reach. I called my sister to ask my dad's condition. She said my dad still in treatment, since her husband (my brother in law - a doctor) already accompany my mum, get treatment at private hospital. not serious.

last night, i try to call ibu again. but there was a little network prob since celcom got a little maintenace matter. waargh, kenapa sekarang plak? aduh. i reached my mum using telefon rumah.. she told me what happened. Alhamdulillah, ayah seems ok, still at surau ..solat terawih. i feel relieved to hear that, still feel sad with what just happen.

in a moment, i feel my raya mood is just taken away.really hope to get back to KL as soon as possible. anxious. my two little prince seems better this morning, i am in emergency leave as the taska closed.

cubaan..cubaan..

Sunday, September 13, 2009

raya

masa warming up, amik mood nak keje hari ni, baca blog kengkawan.. tertarik nak kongsi pasal preparation nak raya.
though tahun ni takde bonus, kitorang tak rasa sangat pun. Alhamdulillah, budget ada sikit dari simpanan. boleh la beli sikit2.
..shopping

semalam, for the first time sejak beberapa bulan lepas, menjejak kaki ke shopping mall ECMall bersama anak-anakku (dah dua kan..). siap bawak stroller untuk Arif. tujuannya, nak beli kasut baru untuk Afiq dan baju raya untuk Arif. Afiq dapat kasut raya berharga lebih mahal dari kasut abahnya (huhu..) dan Arif pun dapat sepasang T-shirt hijau. (theme colour untuk tahun ni.. Hijau).

ada tambahan yang kitorang terpaksa beli.. mainan ultraman untuk afiq (bukan preparation raya ni)..setelah dia mengugut untuk menggulingkan dirinya di lantai Parkson tu.
..Baju raya

Baju raya aku dua pasang aje. tak beli pun, dua-dua adalah stok lama pemberian ibu. dah antar ke tailor..fesyen kurung pahang aje. Hubby dan Afiq, beli baju melayu siap. betul ckp normi, baju melayu siap lagi murah dari tempah. Dua-dua hijau, cuma tak sama jenis kain. takpelah. asalkan hijau. aku ada borong tudung plak. 6 tudung baru. hak hak. aku memang tak pandai beli sikit-sikit. jarang beli baju atau tudung, sekali beli.. banyak terus. Brooch pun aku borong dari ofismate.. 8 biji sekali. hoho

..Kuih raya

semangat betul aku buat kuih raya. dengan refer pada majalah Keluarga..berjaya buat 3 jenis (kembang hidung..). semalam, dapat bakar dua tupperware biskut almond london. hari ni nak salut ngan coklat je. yummy. my faveret. kalau sempat, aku nak buat jem tat plak.. macam tak sempat je. nak amik gambar kuih, kamera dah rosak.. takpe, lepas salut coklat nanti, aku tunjuk..(riak..!haha)

kiri: bentuk biskut coklat yang aku buat..first try kanan: rujukan majalah, patutnya bentuk macam kaktus, aku takde acuan, buat bulat2 aje lah.

::10 malam terakhir ramadhan menjelang tiba. berusaha!

Friday, September 11, 2009

tag from edi

baru abis kelas yang me'nyeronok'kan.. nak rest sekejap. melayan tag dari edi, ex-student poli. dapat release sket tekanan.

1.Suka memasak?
sangat suka

2.Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah.. (2 jenis)
-paceri terung
-sup daging

3.Makanan istimewa yang anda suka waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)
-lontong, tiada sebab tertentu kenapa suka..menyelerakan kot
-ketupat dan kuah kacang, yummy

4.Kuih raya kegemaran anda dan si dia?
- Kuih Almond London
- Tat nenas

5.Tayang sikit gambar masakan dari anda..hehe..
banyak gambar masakan (cause i luv to cook). this is my favourite one..

6. Tag 10 Orang Rakan anda
nak tag 2 la.
tq

Thursday, September 10, 2009

kerja.. kerja.. kerja..

bersarang dah blog. iyelah. dari hari ke sehari nak update. takde masa. kerja..kerja..kerja..

subjek yang perlu aku ajar semester ini awalnya lain. tiba2 last minit plak jadi lain. aku kena replace subjek orang lain. tak kisah sebenarnya (iye ke? waa..), tapi bila dah baca silibus subjek yang aku kena ajar.. perasaan dah jadi lain. kenapa?

sebab ia begitu lain dari bidang ku. elektrik tu luas sangat, apasal tang power electric (yang aku tak minat) ni yang di takdirkan utk aku ajar.waa... just to release it! apapun dah redo dah..(setelah mengalami tekanan berhari2..dimotivasi..dinasihat..akhirnya pasrah!)

tekanan bertambah bila hari ni diorang kabar suruh ngaja..esok dah ada kelas. ntahapa hapantah. aku pun kena take time study. ternganga gak kalau ada soalan dari budak nanti.

aku pun jadi budak baru blaja. sejarahnya di universiti dulu, subjek berkait dengan power ni banyak kantoi (tak la sampai fail). dah asalnya tak minat. kena study sikit2.

tetiba, esok keje plak. ganti jumaat depan. jumaat ada kelas subjek ni dua jam. seminggu gak aku amik masa nak prepare hari ni (jumaat) punya lecture..dah esok???? waa..

oklah.. karang compose post lama2, keje aku tak siap.

p/s mood tak best. watch out!

Tuesday, September 1, 2009

its his birthday

semalam adalah hari pertama aku bekerja selepas cuti dua bulan.. maternity leave. debar menunggu hari semalam sampai tak sempat nak update blog.. walaupun banyak benda nak citer.

persiapan untuk hantar afiq dan arif ke taska dibuat pada malamnya, takut2 ada yang lupa nak bawak. iyelah, first time nak loading 2 anak kesayangan ni. 2 month before bersalin, afiq asyik nangis bila nak antar ke taska. takut juga kalau2 dia buat hal lagi. satu lagi yang didebarkan.. arif yang tanak susu botol.. risau dia lapar kat taska, menangis tak henti, dah pikir macam2.

tapi, Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. afiq dan arif takde buat masalah, just diorang tak tido pun masa pagi tu. biasanya diorang tido. aku kena pegi punch attendance dulu, baru antar diorang, takut2 ambil masa. lega..hari yang didebarkan telah berlalu tanpa perkara2 yang dirisaukan.. arif pun elok minum susu.. pengasuhnya kata dapat 3 auns juga la dia minum..

***
back to the topics.. its his birthday yang ke 3. dua kali birthday yang lepas, tak celebrate sangat pun, kali ni dapat beli kek dan celebrate kecil2an dengan sepupu2 afiq di jengka. 30 ogos, a day before merdeka.. walaupun hari puasa, kitorang celebrate lepas solat terawih.. afiq sangat la suka dengan kek CAR nya..

***
cerita kedua, arif dah botak. gambar di bawah adalah gambar sebelum dan selepas (macam make over la plak). setelah 2 bulan, kami ke klinik untuk pemeriksaan dan injek imunisasi. beratnya dah 5.3 kg, panjang plak dah 58cm.

sihat betul anakku.. berapa la plak berat ibunya yang dah mengering semula ni? hehe

***
nak letak semua gambar masa balik ke KL arih tu, tak sempat nak edit. takpe, biar ada dari takda langsung. gambar di bawah adalah gambar 2 dari 5 sepupu afiq sebelah KL. Mimi dan Amir. anak kepada abang dan adikku. dua2 sebaya..umur setahun lebih.. bleh dah berlari dan jalan, bercakap dengan bahasa yang diorang dua orang je yang paham.. hak hak .. sangat comel.

p/s: tahun ni giliran raya pertama di jengka. waa.

Thursday, August 27, 2009

aktiviti di bulan puasa..

idea ada nak post baru, tapi sebab menunggu nak edit gambar balik KL hari tu.. bersarang gak la blog ni. still tak sempat nak edit.

this is the first post in Ramadan. curi masa sikit lepas sahur ni.. my three heroes (plus abahnye) still sleeping. banyak juga tengok blog kawan-kawan pasal azam diorang untuk bulan puasa ni. amacam dengan azam korang.. bagusla, sebab ramadan setahun sekali.. ganjaran ibadahnya tak terbanding dengan 11 bulan yang lain. aku pun ada azamku sendiri..
  • aim minima abiskan 5 juzuk alquran
  • solat di awal waktu
macam kengkawan juga, tanakla azam lebih2.. sikit tapi istiqamah (cewah..).

ucapan untuk Ramadan, bertimbun2 diterima. macam ucapan raya plak. terima kasih semua. aku ambil semua sebagai semangat untuk lebih kuat mengisi Ramadan ni, dan paling penting bukan Hangat-hangat Tahi Ayam.

I luv Ramadan

**
last week, we spend our first 4 days of Ramadan in KL, my parents house. best2! mana tak best, dah dua bulan tak balik. tapi yang paling penting, umah mak bapak kita. sejak kawin dengan orang pahang ni, lagi kerap balik umah mother in law kat jengka rather than my own parents kat KL. jauh.. huhu. redo je la. raya tahun ni plak giliran kat jengka (waaaaaaa....).

berbalik cite balik KL.
travel dengan anak kecik bukan mudah. plak tu di bulan puasa. menyusu memang dah wajib. letih sikit la. arif stil tanak bottlefeeding. dah 23 jam sehari breastfeeding, sejam nak bottlefeeding, mana jalan. kat umah ibuku, sepupu2 afiq dah menunggu. meriah sangatla umah neneknya itu. ibu dan kakak (dua2 cikgu) cuti sekolah, adik plak dah tak keje.. buat bisnes online, so ramaila ada kat umah tu. macam kapal karam le umah neneknya.

actually, i got a few pics of them, as i told earlier.. semua pics tu tak edit lagi. later la.

minggu ni balik KL lagi. Yahoo. ada appointment dengan financial consultant, en aziz (http://azizcfpx.com). gumbira..gumbira.. masih boleh bergumbira sebelum kembali bekerja selasa depan. tak sabar nak keje.. (ayat motivati untuk diri sendiri .. ye ke tak sabar nak keje? nak cuti lagi adalah..)

>>esok nak masak kek gula hangus.. first time buat semalam jadi. yeay!!

Thursday, August 20, 2009

setel refund n bottlefeeding

pada suatu ketika, ada sepasang suami isteri yang dijemput untuk mendengar
promosi satu pemeriksaan kesihatan oleh sebuah syarikat perubatan. siapa yang
pegi dapat free sekali cek kesihatan. si istri yang tahu suaminya ada sakit dada beria-ria ajak pergi dengar, moga kali ni si suami terima offer untuk buat cek kesihatan tu. namun, harga untuk package pemeriksaan tu lebih 10 ribu (gilo apo)
untuk 10 kali cek.

punyalah si promoter tu cerita, promote..dari pukul 12 tgh sampai kul 2 (lama tu, dah la tak bg makan apa-apa).. kalau setuju kena swipe kat kredit tang tu juga.. kalau tak, harga offer tak dapat..(lagi gilo). si suami punya tak setuju. si isteri (yang cepat kesian) pujuk suami suruh amik.. si suami decline gak..suara pun dah agak tinggi. dipendekkan cerita, si promoter pujuk si isteri swipe kad kredit, duit pendahuluan.. rm2ribu.. fikir2 dulu kat rumah.. kalau tak setuju, boleh dapat balik duit tu.

si isteri setuju.. (kononnya kesian kat suami). swipe la kad kredit. (melayang
duit).
balik dari tempat tu, kena brainwash dgn suami.. marah sebab gi swipe..

"mana ada orang buat pemeriksaan banyak kali, sekali cukup la..kalau dah
cek ada sakit, gi la buat rawatan.. pikirla sket" si suami bebel.
"betul juga" bodoh juga si isteri ni.

akibatnya, masa nak cancel rm2ribu tu. si promoter kata.. 2 bulan baru dapat. APA? bulan2 sapa nak byr?? itulah, derhaka lg!..
***

cerita di atas adalah kisah benar. aku lah tu si isteri. HAHA. semalam, hari paling gembira, baru setel refund duit tu.. setelah 5bulan! peh! suami particular pasal duit2 ni..membebel ajer selagi tak setel.

***

these few days, i need to struggling with arif for bottlefeeding training. its almost two weeks before i back to work. arif need to get used bottlefeeding or else he will get hungry. rasa kesian gak bila kena bergelut ngan anak, force him to hisap botol. tak sampai hati. tapi nak buat camne, its for his own good.

i get thru internet, if there any other suggestion to get arif easily accept his bottle-nipple. ada la sket2. ada kata kena biasakan a month before get back to work, feeding using spoon, minta mertua jaga anak for a month utk train anak. no shortcuts.

afiq dulu pun, kena suap pakai sudu kat taska. tp dulu taska tu allow moms dtg whenever free for breastfeeding, but now i heard only in specific period je. 1.00 to 2.00 only. kalau ada kelas waktu tu, camne? melapar la anak aku sampai petang..

harap2 bulan puasa ni, the training get more effective, aku pun terpaksa suap botol gak kat arif, or else i get shaky menjelang buka puasa.. tak cukup tenaga. moga Allah permudahkan!Ameen..
~esok balik KL, jumpa pakcik makcik arif..yeay!!

Sunday, August 16, 2009

weekend - masak mee udang


mari masak mee udang.
bahan penting - udang (semestinya, nanti jadi mee lain plak), mee, ayam sikit, cili kisar, sos cili
bahan tak berapa penting - sayur sikit, telur
bahan paling penting - garam (tak rasa amende la kalau takde garam)


cara-cara: rebus udang + ayam, kupas kulit udang - blender, tapis.
tumis cili kisar sampai garing, masuk air rebusan, campur sayur + sos cili
letak balik udang ngan ayam tadi, pecahkan telur
tunggu sampai masak, letak garam
celur mee..
siap!

hehe. mentang-mentangla dah abis pantang, semua benda rasa nak try masak. resepi di atas sangatla ringkas untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang masakan. nak yang lebih mudah difahami.. gi la kat http://www.myresipi.com/. ( my faveret resipi's site)

gambar di atas pun, tak berapa mengiurkan sebab dah tinggal sikit2 je kuahnya. dah abis makan, baru teringat nak amik gambar. terbuat pedas sikit, tapi afiq stil makan macam tak pedas.
**tinggal 2 minggu je nak balik bekerja. aler.

Friday, August 14, 2009

hari ni merdeka..

cepat je masa berlalu.
hari ni dah pun hari ke 45 berpantang..
hari pertama-tak-berpantang..
keh keh

sebenarnya sama je.
stil jaga makan, lakuan..
cuma terasa nak gi keluar..
nak ajak suami cukur rambut arif..
alasannya, nak keluar..
huhu.

go..go..go.. everywhere. (afiq's dibo-the-gift-dragon song..tiap2 hari kena mengadap)

Thursday, August 13, 2009

bila dah ketentuanNya..

hari ni ada berita sedih.. ustaz Asri Rabani kembali ke rahmatullah..
Innalillah..
itulah ketentuanNya..

~~
teringat aku pada arwah maklang ku, sejak pemergiaannya..aku pasrah dgn ketentuanNya.
ditakdirkan aku sempat melawat dia sehari sebelum pemergiannya.. dia sihat je masa tu.. cuma tindak tanduk agak pelik sikit..
ditakdirkan, aku tiada di sana masa Allah jemput dia kembali..

kalau aku ada, mungkin aku lebih suffer dari sekarang..
sebab aku anak sedara kesayangannya.. dia takde anak..
sedihnyaaa..
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

~~
aku pasrah dengan ketentuanNya lagi sekali saat melahirkan Arif..
tarikh due bersalin 11 julai..
ditakdirkan pada 30 jun, kereta yang aku selalu drive ke ofis rosak sikit..
ditakdirkan suami yang hantar ke ofis hari tu, padahal sepanjang aku mengandung ini kali pertama dia hantar ku ke ofis..
rupanya, hari untuk melahirkan Arif tiba..

kalaulah aku bawa kereta, mungkin satu kesulitan untuk bawa kereta tu balik
sebab aku ke hospital atas bantuan rakan..
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

aku tak sangka anakku tidak lahir pada bulan Julai..
aku pun tanak anakku lahir sebulan dengan seseorang tu (toooott.. emosi sket)
seseorang yang sering buat perasaanku terganggu, dan aku diamkan je (biarlah rahsia..)
hanya berdoa supaya Allah tabahkan hati bila aku terganggu..

rupanya remehnya perasaan terganggu aku tu, Allah dengar ..
lahirnya Arif, membawa bahagia.. lebih bahagia dengan ketenangan yang Allah beri ini
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

** Ya Allah, jangan Kau Bolak-balik kan hati ini selepas Kau beri Hidayah padanya..

Tuesday, August 11, 2009

he got it already..

alhamdulillah, aku dah beransur pulih(dari sakit semalam). seharian jugalah sakit kepalanya. husband yang balik pukul 5, belikan gas.. start pukul 5 setengah, berhempas pulas masak (yang tergendala tadi) sampai pukul 6 suku. main campak2 je. dapatlah kuah lemak ikan merah, ikan goreng, sayur sawi rebus dan sambal tempoyak. Alhamdulillah. terisi perut juga akhirnya dengan nasi.

***

his bezday sehari sebelum merdeka nanti. tapi hadiahnya 23 hari awal. afiq dapat basikal untuk hari jadinya yang ke 3 (in advanced). punyalah suka dia. semalaman berlatih naik basikal. senang hati aku (sebab tak payah berebut tv dengan afiq)..

jatuh sikit-sikit tu adalah.. aku biar je. biar dia belajar. kadang-kadang bila ada halangan kat depan basikal yang dia naik, dia naik baran.. menjerit "ibu!!"

"alih la sendiri" aku jawab.
"ala. ibu la alihkan.."

aku biar je.(hehe..lagi sanggup dengar dia jerit dari pegi alihkan halangan tu, nak ajar dia berdikari)


malam tu, afiq tido dengan basikal kat tepi dia. hehe

Monday, August 10, 2009

sakit wo.

malam tadi, tiba-tiba badan rasa sejuk gile. nak kata ujan, tak ujan. aircond pun tak buka. menggigil-gigil sejuk. hoho. pegi amik stokin dengan baju sweater. still sejuk.

rupa-rupanya aku kena bentan. aku ingat-ingat balik apa lah yang aku buat sampai kena balik (pernah kena sekali). rupanya aku terlewat mandi malam. pukul 8 lebih. tapi mandi pakai air panas. argh. menyesal.

start pukul 11 malam, dah menggigil-gigil. merengkuk atas katil sebab sejuk sangat. Ya Allah, teringat masa menggigil-gigil tahan sakit sebab nak bersalin. aku dah mengucap panjang dah. kalaula Allah tarik nyawa aku malam ni..

aku cuba tido, takleh.. macam-macam dah terlintas kat fikiran ni. huhu. sejuuuukkk sangat. sampai ke tulang rasa. itula.. pegi langgar pantang buat apa.

sebenarnya aku tak perasan dah terlewat mandi. petang semlam hubby beli lauk se'bundle' (ikan, sayur).. aku kena siang, bersihkan sblum masuk dalam freezer. selalu mak mertua yang buat. punyalah leka.. sampai tak perasan dah gelap. arif pula sedap aje tido.

nak sedapkan hati.. aku ckp kat diri sendiri.. aku tak sengaja. Allah bersama orang yang sabar. air mata keluar, menahan sejuk. Afiq kesian tengok ibunya nangis, senang pulak dodoikan dia tido.

****

pagi ni, bangun-bangun je sakit kepala yang teramat sangat. tapi, kerja rumah kena buat juga. tengah-tengah masak..gas abis lak. sabar ajelah.. Allah suruh aku rehat. aku makan roti aje lah.

Allah bersama orang-orang yang sabar.

Wednesday, August 5, 2009

lepas ni buat ni.. lepas ni buat tu plak

rutin harian ku di rumah dah jadi macam housewife sepenuh masa.. beza betul rasanya. sebelum ni, kalau cuti je jadi house wife betul-betul (ada ke tipu-tipu), kali ni tiap-tiap hari jadi housewife. memandangkan cutiku ada lebih kurang sebulan lagi.. ber'enjoy-enjoy'an lagi la di rumah. (jangan jeles)

rutin pagi:
bangun (jangan tanya pukul berapa..hehe)
uruskan afiq dan arif, mandikan, susukan, breakfastkan..baru uruskan diri sendiri
sambil-sambil tu online jap, jenguk YM ngan facebook
uruskan baju kotor

tengahari:
masak, bagi makan anak
lepak-lepak tengok tv jap, online jap
lipat kain baju..

malam macam biasa, dinner lepak-lepak. main ngan anak
huh. bahagianya.

arif pun dah belajar tukar jadual tidonye. mula-mula tido siang, jaga malam. sekarang, malam pun tido.. awal pagi jaga. aku pun kena bangun awal (biasanya tak la awal sangat..kantoi). takpelah, asalkan malam tido.

sekarang ni, suka sangat main BARN BUDDY kat facebook. addicted betul. game tanam-tanam pokok, pastu harvest. kalau lambat harvest, member akan curi.

dah tu, sepanjang masa la nak kena cek, bila dia harvest. siap kira berapa jam lagi. itu yang kalau hubby bawak broadband ke sekolah, dah tak keruan. abislah tanaman ku kena curi (ampeh btul)..

oklah, anak dah banyak kali mintak susu..ibunya asyik mengupdate blog. kihkih.chow

Monday, August 3, 2009

Nak anak rapat ngan kita? ini caranya

aku ada beli majalah Pa& Ma(my fav mag) bulan Ogos. this is one of the interesting artikel i found. kepada yang dah ada anak, yang masih anak kecil, yang baru kawin atau yang masih mencari tarikh nikah..this tips still very valuable to u all.

(from Pa&Ma Ogos 2009)
:: 6 cara jadi rakan anak ::

1. Selalu berinteraksi dengan anak-anak
anak akan sentiasa rasa dekat dengan anda jika anda selalu berkomunikasi dengannya. Anggaplah anak sebagai kawan yang seronok untuk di ajak berbual. Lebih menarik jika topik yang dibualkan itu diminati bersama.
- ni memang praktikal, dengan anak baru lahir pun atau dalam kandungan..amalan ni dah boleh dilakukan.

2. Tumpukan perhatian jika anak bercakap
walaupun sibuk, dengar dengan penuh perhatian terhadap setiap perkataan yang dikeluarkan oleh anak. mungkin ada perkara penting yang ingin diberitahu kepada anda. Jadilah pendengar yang setia kepada anak. Barulah selesa mereka berkomunikasi dengan anda.
- yang ni aku selalu ingatkan hubby, kena dengar apa anak nak ckp walaupun kita tak paham.. (kadang-kadang apa yang afiq ckp aku kena analisis dulu..biasala, budak baru pandai ckp)

3. Bantulah anak selesaikan masalah
Jika ingin anak rapat dengan anda, sentiasalah bersedia untuk membantunya jika dia berhadapan dengan masalah. Ketika menyelesaikan masalahnya, anggaplah anda sebagai rakan bukan ibu bapanya.
-masalah yang selalu afiq minta selesaikan tiap-tiap hari= "ibu tolong buka ceria @ karton"

4. Pastikan anda ada masa untuk anak setiap hari.
Tidak kira walau sesibuk mana pun anda, pastikan anda ada masa untuk anak. Masa yang anda luangkan sangat berharga kerana inilah masanya untuk anda bertukar cerita dengan anak.
- masa nak tido paling berharga, nak dodoikan afiq kena cerita 'rabbit ngan tortoise' dulu.

5. Tunjukkan rasa sayang anda padanya.
Biasakan diri mencium dan memeluk anak setiap hari, bukan hanya ketika hari ulangtahun kelahirannya sahaja. Dengan cara ini hubungan anda dengan anak akan jadi akrab dan mesra kerana dia tahu yang anda sangat menyayanginya.
- lets do it!!

6. Berani minta maaf.
Jika anda tersilap, jangan segan untuk minta maaf. Ketahuilah bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Tidak kiralah samaada anda ibu bapa atau anak. Kalau anda sudah melakukan kesilapan, mengaku sahaja dan minta maaf. Anak anda tentu bangga mempunyai ibu bapa yang sentiasa jujur dan adil.
- ni la perkara yang ramai ibu bapa tak tahu kan? lepas ni, kita cuba buat..

Sunday, August 2, 2009

first time ke jengka..to ariif

sabtu yang lepas, aku dan arif 'diberi kebenaran' untuk balik jengka. ni perjalanan agak jauh untuk ku dan arif yang pertama selepas arif dilahirkan..dan ini kunjungan pertama arif ke kampungnya di jengka.

disebabkan ini yang pertama.. aku ambil masa lama sikit untuk mengemas barang arif. padahal kami akan bermalam 1 malam je di jengka. takut juga kalau ada barang yang tertinggal.. iyela first time nak travel.

rasa best juga nak keluar dari rumah.. sebulan tak boleh keluar rumah rasa sesak dada gak. arif kena dibedung, sebab aircond dalam kereta yang sejuk.. one more, kena pakai topi.. iyela, ubun-ubun dia lembut lagi.. kena sejuk aircond tu..takut tak sihat nanti.

thanx to kak na (my sist in law).. hadiahkan topi BEE yang comel.. ingat nak pakai raya, takpelah dah rasmi awal.

***

anyway, preparation untuk aku tinggalkan arif di taska kena start dah. kena ajar dia minum susu dalam botol. so, kena pam susu la tiap-tiap hari.. masuk dalam botol. takut juga jadi macam afiq, terpaksa minum susu pakai sudu.. dan sentiasa kelaparan di taska sebab minum sikit je.

start 1 ogos hari tu, aku dah berjaya pam susu 2 aun, ajar dia minum pakai botol.. semalam tak dapat nak buat, sebab balik kg.. hari ni kena buatla.. sampai abis cuti bersalinku..wish me luck.

Thursday, July 30, 2009

checkup sebulan..

hari ni pegi checkup cukup sebulan untuk arif. berat dah 4.4kg. tiada masalah kesihatan. kena injek imunisasi pertama. menangis la juga sekejap.

my weight dah turun ke 51kg...59 kg hari tu.
wanna see how arif and his mom's look after a month..?

tido siang.. malam jaga


tido lagi..

ada sikit tembam.. i like..

arif.. pada hari ke-19

Tuesday, July 28, 2009

Dulu dan kini..

saje menghilangkan kebosanan, saje je nak browse gambar-gambar lama. gambar DULU dan gambar KINI. Here is my beloved family. I have 5 siblings. lengkap, ada sorang kakak, sorang abang, sorang adik perempuan dan 2 adik lelaki.

4 dari 6 orang adik beradik kami dah kawin. tinggal 2 bujang (adik lelaki). abang ipar doktor, kakak ipar kerani, adik ipar tentera.. and my hubby cikgu. Variety.

so, my mum ada 6 cucu sekarang..5 hero, sorang heroin. yang hero semua dari adik beradik perempuan (aku-2 hero, kakak 2 hero, adik pompuan 1 hero).. dan heroin dari abangku.

so, here are two pics merentas masa.

yang atas ni, gambar masa graduasi ayah kat UTM SKUDAI. masa tu aku tingkatan 3 kot (1996 rasanya)


yang ni pula gambar masa januari 2009. tiga kereta datang ke kuantan.. lawat rumah baru ku.. SANGAT BEST. gambar atas, semua my siblings ada kecuali my family (aku, hubby dan anak).
ada beza tak muka adik-beradik ku..hak hak.
p/s cepatnya masa berlalu..

dah nak masuk sebulan..

sebulan dah?

cepat je masa berlalu. anakku dah nak masuk sebulan. rasa-rasanya berat dia berapa ek. rasa nak masuk 5 kg kot. terasa juga la beratnya.

mak mertua dah balik jengka. so, aku belajar uruskan rumah semampu mungkin.. lepas lebih kurang 2 bulan lebih tak menjengah dapur (plus masa masuk 9 bulan pregnant).. aku pun berkira-kira setiap hari nak masak apa.. iyela, biasanya aku yang akan beli bahan nak masak.. ini nak mengharap hubby belikan. ada aje benda yang dia beli tak menepati kehendak.. at last, aku kena masak mengikut apa bahan yang ada. bedal je la..

bila masak, kena buat dua lauk. satu untuk orang berpantang, satu yang tak dan yang pedas untuk hubby. dah nak masuk 2 ke 3 hari ni.. bila dah kena melayan 2 HERO, tak sempat nak buat separate lauk.. hubby pun kena makan macam orang berpantang gak.. kui kui.

benda-benda yang aku mampu buat, aku buat la.. macam mop lantai tu, takut gak nak buat. walaupun afiq selalu tumpahkan vitagen dia atas lantai.. lap sikit2 aje. dah nak buat camne.. karang kalau sakit, aku juga yang merana.

berdebar juga nak tunggu naik keje ni. confirm, pagi aku yang macam pagi2 sebelum ni. dulu ada 1 je hero, sekarang kena angkut 2 hero.. hero si abang dah biasa bangun lambat.. camne la nak tuka rutin dia nak masuk keje nanti.. ada yang melalak tiap-tiap pagi.

gambar arif terkini dah ada.. tapi tak sempat edit lagi.arif nangis... chow!

Wednesday, July 22, 2009

restless night..

malam tadi arif buat hal lagi.start kul 12 tghmlm, sampai kul 4 pagi.

apa je dah buat, buat susu, bg susu badan, salin drypers, bedung.. kuatkan kipas, tutup aircond..macam2 dah buat. tak tido2 gak. wa.. arif tidola.. ibu ngantuk ni.

mata aku dah jadi panda cina. hitam, tak cukup tido, nak buat camne. experience ni la ibu-ibu kena lalui. kena bersyukur juga, walaupun rasa letih sikit, tak semua orang dapat lalui experience cmni. seronok sangat.. (sambil menguap..huargh)

arif dah naik sekilo.. jadi 4 kilo. dagu dah berlapis dah. waah Alhamdulillah.

nothing much to tell.. c u next post!

Friday, July 17, 2009

cerita..


its my relax time. hubby bawa afiq ke pasar malam semalam lepas hantar adiknya ke tuition,aku pun dapat a very relax time watching tv.. haa. best2. sejam je. 9-10pm.

so, cerita nur kasih menjadi pilihan. wa.best.

aku sebenarnya baru 2 kali tengok cerita ni. kabir bhatiar's drama. director filem 'Cinta'..filem terbaik apa ntah. aku bukannya addicted tengok tv (tak seperti addictednya main game..). tengok cerita juga. lagila bila afiq dah conquer tv.. kena minta kebenaran dia dulu sebelum dapat tengok cerita, itupun jarang dapat.. kecuali dia takde atau dia tido.

berbalik ke cerita nurkasih..
garapan bersama kabir bhatia dan mira mustafa memang best. walaupun aku bukannya tengok filem Cinta tu, tapi lepas tengok Nur Kasih, no wonder filem tu dapat jadi filem terbaik dengan saingan yang hebat.

every scene sangat memberi kesan, pandai pengarahnya fokus pada point2 tertentu supaya penonton dapat menjiwainya. lighting, pengarahan.. hebat (dari pandangan aku yang tak berapa meluas dalam perfileman). aku pernah pergi kursus pengenalan video shooting, aku rasa pengarahan filem ni kreatif.

jalan cerita taklah canggih sangat, kisah kehidupan yang biasa.. tapi cara olahannya, aku suka..

pelakon-pelakonnya pun bukannya dikalangan yang dah biasa kita tengok kat drama2 melayu.. tapi boleh berlakon dengan ok.

ditambah pula lagu tema nya dari penyanyi padang pasir fav.. yassin..pergh, best..best..

harap-harap minggu depan bleh tgok dengan tenang tanpa gangguan lagi

Thursday, July 16, 2009

my 17th day..

"ibu, afiq nak tepuk arif.."
hari ni dah hari ke-17 kelahiran arif. bermakna hari ke 17 aku berpantang.

anak kecik tak tido malam dah jadi kebiasaan. kalau sekarang still cuti lagi, bleh la aku curi-curi qada' tido.. kalau dah keje nanti macamana ye. rasa malu juga dengan mak mertua sbb selalu bangun lambat.. dah nak buat camne.
sejak ada adik ni, perangai afiq semakin matang dan menguji kesabaran. rumah/bilik yang dikemas takkan sampai setengah jam..kembali bersepah.trak dan lori mainan bersepah-sepah.. suka mencubit orang (ibu dia la tu..) conquer tv (takdela channel lain..playhouse disney..ceria..playhouse disney..ceria). aduuhh.
abahnya malas nak hantar dia ke nurseri. so, duduk la dia di rumah.. celik je mata: tengok tv.. alamat tinggi la bil elektrik bulan ni..
adiknya, arif.. Alhamdulillah.. sihat, semakin berisi.. hari yang ke 11 hari tu pun, dah 3.4kg. naik 0.4 kilo dari lahir. kalau dia lahir tepat hari due nya.. maybe berat lahirnya sama dengan afiq..3.5kg la.
cuma masalah tali pusat tak tanggal2. dah nak masuk 3 minggu. isk. mak mertua pun pelik. tebal betul tali pusat sampai tak tanggal2. apa petua nak cepat tanggal ye..?

hasil kreativiti afiq yang memeningkan kepala..

Sunday, July 12, 2009

tag name?

kena tag? hehe. cuba teka sapa tag.. exdormate, duduk katil sebelah-sebelah masa form 1 sampai form3.. yang suka tepek bawang putih kat jerawat.. (haha, sori noli, itu je benda paling aku ingat pasal kau selain gelak kau yang satu blok boleh dgr tu)

1.YOUR REAL NAME:
tak lain tak bukan.. ida fadliza

2.WITNESS PROTECTION NAME: (mother and fathers name)
aku tiru jawapan kau noli -->Not answering - the answer can be used for identity theft, sorry.

3. NASCAR NAME: (first name of your mother's dad, father's dad)
tiru lagi --> Not answering - refer no. 2

4.STAR WARS NAME: (the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name?
Fadid

5.DETECTIVE NAME: (favorite color, favorite animal)
Yellow Kitten

6.SOAP OPERA NAME: (middle name, town where you were born)
Ida Telok Gadong (hoho..)

7.SUPERHERO NAME: (2nd fav color, fav drink, add "THE" to the beginning)
The White Nescafe Ice (yummy..)

8.FLY NAME: (first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
idza (wa.. best)

9.ROCK STAR NAME: (pets name, current street name)
Ida Kubang Jeram (no pet name, amik nama sendiri..ROCKnye)

10. PORN NAME: (1st pet, street you grew up on)
Minah 1B/5 ( hoho..ada kod tuu..)

11.YOUR GANGSTA NAME: (first 3 letters of real name plus "izzle")
Idaizzle (tak bunyi samseng pun..)

12.YOUR GOTH NAME: (black, and the name of one of your pets)
Black Bedah

13. STRIPPER NAME: (name of your fav perfume, fav choc)
-tadek fav perfume-

14. WIZARD'S NAME: (last 3 letters of mother's name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street's name)
Somlecsagram.. (huhu..wizard betul)

15. PIRATE'S NAME: (fav actor last name, your 'pet' name, fav actress last name, add "Captain" at the beginning)
Captain tut tut..tadek fav actor..actress

tq.

Wednesday, July 8, 2009

pics of arif

there a few pics of arif..

ha.. nak buat apa kat adik tu

don't disturb..

ibu, i am awake, nak susu..

ibu afiq dan arif..

selepas di sarankan oleh rakan2, aku terpanggil untuk menukar nama blog..dari "Ibu Afiq Punya Cerita" ke "Mom's-of-2-As Journey"

ntahle. adakah ia mengikut tatabahasa yang betul?
tak betul pun apa salahnya... (suka hati aku la kan..)

so, sebelum arif bangun, dan sementara afiq sedang bergusti ngan abahnya.. aku terasa nak buat post baru. ntahle.. susah juga nak cari idea nak buat post baru.

afiq sedang menyesuaikan diri sebagai abang. still jeles nye ada, kalau adiknya nak susu, dia pun nak susu. kalau adiknya nak mandi, dia sibuk nak mandi.. kalau adiknya sedang didodoikan, dia pun nak lentok tido atas riba.

pagi tadi dia nak minum susu, kebiasaannya dia akan minta aku baring untuk gentel rambut.. tiba-tiba adik dia nangis nak susu.

afiq: ibu.. nak rambut
aku: jap la.. adik nangis ni..
afiq: afiq pun nangis ni.. (minta aku layan dia..)

tergelak neneknya dengar. aler, lama2 nanti dia ok la..

Friday, July 3, 2009

pengalaman di labour room

ni nak kongsi pengalaman kat labour room..

aku masuk labour room pukul 4.25 petang. hubby ada kat luar.
nurse tanya.. hubby nak masuk tak.. aku jawab ya..

lepas tukar pakaian, aku pun baring atas katil labour room tu
sakit kontraction macam biasa. sakit gak la. selang 10 minit.
pukul 5.15 petang, dia dah pecahkan air ketuban
doktor kata, bukaan baru 4 cm. macam lama lagi nak kena tunggu.
aku dah debar.

pengalaman lepas kena pecah air ketuban, sangatlah sakit.
lepas pecah air ketuban.. contraction makin kerap.
sakit bukan main. nurse pun ajak hubby masuk, bagi semangat sikit.
bila dia ada pun aku rasa macam takde.
bila aku sakit, dia just jawab "biasala sakit.. 3 tahun sekali " (grr..)


lepas tu,ada doktor pakar masuk.
dia tanya.. "nak ubat penahan sakit tak?"
aku teringat buku yang aku baca..
kalau amik ubat penahan sakit, baby akan suka tido..
tanak minum susu, cepat kena kuning.


aku pun jawab la "tanak.." dengan alasan, kalau setakat sakit yang tengah aku alami tu, aku bleh survive.
rupanya..

sakit yang mendatang, lagi macam nak mati..
menggigil-gigil badan menahan sakit..
sampai kena marah sebab aku mengerang sakit.. (nk buat camne, kat government)

ayat yang selalu keluar dari mulut..
"nurse, lama lagi ke nak bersalin.."

pastu,
ada misi senior datang, tolong bagi kepala baby engage kat bawah..
dia suruh aku meneran macam nak berak..
sikit je.. bukan sampai bersalin.. sambil tangan dia masukkan ke bawah sebab nak rasa kepala baby
reaaaal punya sakit.. aku bleh rasa tulang pinggul terbuka sebab kepala baby turun..


masa tu hubby dah keluar
nak dekat maghrib dah waktu tu..
nurse tanya..
kalau rasa nak berak bgtau..

aku yang dah tertahan sakit pun, ada rasa nak berak
aku pun bgtau.. beberapa nurse bergegas dtg,
ada yang pegi panggilkan hubby.
sebab aku dah nak bersalin.. malangnya hubby gi solat..

takleh nak tunggu.. nurse suruh push gak..
waa.. sakit.. sambil diorang pun bg dorongan..

"ok, bagus ida.. lagi..lagi.."

pastu diorang suruh tarik nafas..
argh..aku pun pause.. tarik nafas.. push lg
nak tercabut nyawa..


sampai nak keluarkan bahu baby, aku rasa sakit gile.
tenaga dah tak berapa.. sebab menahan sakit contraction tadi.
nasib baik sempat makan kuih sebelum masuk labour room tadi..


bila dah keluar, diorang catit masa ..7.37mlm
baby nangis, diorang letak atas perut aku..
menangis gak la..kegembiraan.. setelah berjuang menahan sakit.

barulah hubby masuk..
dia sambut baby, azankan kat situ..

senior nurse pun sambung uruskan keluarkan uri..
dan darah beku ..
sama je sakitnya macam bersalin..

lepas tu, kena jahit.. punyalah lama..
sebab nurse kata.. aku pnya kulit macam tauhu
lembut.. jahit je, terputus.. kena jahit banyak kali sebab takut bleeding
lama gile..

sikit-sikit dia jahit.. pastu dia geleng kepala..
pastu amik benang lain.. jahit lagi .. geleng kepala.
argh. sakit.

lepas semua selesai..
aku kena tunggu kat atas troli..dari pukul 9 sampai kul 10 setengah (biasala..government)
katanya takde bilik kosong..
kena tunggu.. sampai sejuk2 kaki aku..

apapun, layanan nurse2 sangat baik
mcm kat swasta lak.. terima kasih..

apapun, no wonder why.. taraf seorang ibu jauh lebih tinggi dari seorang ayah..
ibu, terima kasih kerana melahirkanku..

Thursday, July 2, 2009

Update Jualan Tudung..

jgn gelak ek.. aku memang dalam pantang pun, tapi saje je nak update bisnes kecil-kecilan ni.
teknologi dah ada.. kena guna.. (alasan..)

kepada semua yang telah membeli, terima kasih. (jaja,huda,kak noi, kak linda)


kepada yang lain, ada lagi 3 tudung available.. sebelum masuk stok baru.



tudung ala ariani hitam putih (RM65)


tudung ala ariani kuning hitam (RM65)

tudung Hawa merah (RM55)

tawaran istimewa.. kalau beli kedua-dua tudung ariani, dapat harga RM125, beli ketiga-tiga sekali (RM125 + RM50)= RM175 sahaja. kos penghantaran percuma.

ada minat?


sms : ida 019-3816167
Email :
ifaz_0212@yahoo.com

p/s to kak linda: duit yang kak linda bank in dah ada. saya dah pos tudung-tudung tu. terima kasih