Monday, August 10, 2009

sakit wo.

malam tadi, tiba-tiba badan rasa sejuk gile. nak kata ujan, tak ujan. aircond pun tak buka. menggigil-gigil sejuk. hoho. pegi amik stokin dengan baju sweater. still sejuk.

rupa-rupanya aku kena bentan. aku ingat-ingat balik apa lah yang aku buat sampai kena balik (pernah kena sekali). rupanya aku terlewat mandi malam. pukul 8 lebih. tapi mandi pakai air panas. argh. menyesal.

start pukul 11 malam, dah menggigil-gigil. merengkuk atas katil sebab sejuk sangat. Ya Allah, teringat masa menggigil-gigil tahan sakit sebab nak bersalin. aku dah mengucap panjang dah. kalaula Allah tarik nyawa aku malam ni..

aku cuba tido, takleh.. macam-macam dah terlintas kat fikiran ni. huhu. sejuuuukkk sangat. sampai ke tulang rasa. itula.. pegi langgar pantang buat apa.

sebenarnya aku tak perasan dah terlewat mandi. petang semlam hubby beli lauk se'bundle' (ikan, sayur).. aku kena siang, bersihkan sblum masuk dalam freezer. selalu mak mertua yang buat. punyalah leka.. sampai tak perasan dah gelap. arif pula sedap aje tido.

nak sedapkan hati.. aku ckp kat diri sendiri.. aku tak sengaja. Allah bersama orang yang sabar. air mata keluar, menahan sejuk. Afiq kesian tengok ibunya nangis, senang pulak dodoikan dia tido.

****

pagi ni, bangun-bangun je sakit kepala yang teramat sangat. tapi, kerja rumah kena buat juga. tengah-tengah masak..gas abis lak. sabar ajelah.. Allah suruh aku rehat. aku makan roti aje lah.

Allah bersama orang-orang yang sabar.

4 comments:

frida said...

aduh ida... semoga selamat semuanya. aku tak pernah kena, syukur. tp tahu bgaimana drp cerita2 org...

berhati2 lah...

encik suami ida, tolongla buat kerja dapurnya...

nurul aziyana said...

bentan tu cmner kak ida?takutnyer

frida said...

Ida, ini mungkin disebut orang tua sebagai bentan urat.

just to share some knowledge;
kaedah merawatnya dengan bertangas. supaya badan kembali panas. kalau tak dapat buat, lumur badan dengan minyak urut sebelum bertuam batu panas sehingga keluar peluh.

semoga kembali sihat Ida. risau aku membaca keadaan ni...

ida_F said...

to frida: dulu aku pun dengar cerita orang je.. bila dah kena, baru rasa azabnya.

to aziyana:bentan tu adalah akibat dari langgar pantang..macam akak ni la..sejuk. kalau tahap kritikal, itu yang kena gila meroyan