Tuesday, August 11, 2009

he got it already..

alhamdulillah, aku dah beransur pulih(dari sakit semalam). seharian jugalah sakit kepalanya. husband yang balik pukul 5, belikan gas.. start pukul 5 setengah, berhempas pulas masak (yang tergendala tadi) sampai pukul 6 suku. main campak2 je. dapatlah kuah lemak ikan merah, ikan goreng, sayur sawi rebus dan sambal tempoyak. Alhamdulillah. terisi perut juga akhirnya dengan nasi.

***

his bezday sehari sebelum merdeka nanti. tapi hadiahnya 23 hari awal. afiq dapat basikal untuk hari jadinya yang ke 3 (in advanced). punyalah suka dia. semalaman berlatih naik basikal. senang hati aku (sebab tak payah berebut tv dengan afiq)..

jatuh sikit-sikit tu adalah.. aku biar je. biar dia belajar. kadang-kadang bila ada halangan kat depan basikal yang dia naik, dia naik baran.. menjerit "ibu!!"

"alih la sendiri" aku jawab.
"ala. ibu la alihkan.."

aku biar je.(hehe..lagi sanggup dengar dia jerit dari pegi alihkan halangan tu, nak ajar dia berdikari)


malam tu, afiq tido dengan basikal kat tepi dia. hehe

4 comments:

frida said...

ooohh...
senangla nak ingat birthdate Afiq nampaknya, sehari lepas merdeka tarikh aku pula.

syok le afiq tuuu... tido dgn beskal, mimpi beskal...

ida_F said...

to frida:
oo..ye ke. afiq dapatla bercuti sehari selepas bezdaynya.

kebetulan afiq lahir 30 ogos. adiknya 30 jun. tanggal 30 yang dipilihnya. abahnya 13 januari. tapi ibunya 2 disember.

zul said...

uishhh, byk masa ek nak menceriakan blog...

ida_F said...

aler.. guna template aje lah..