Sunday, September 13, 2009

raya

masa warming up, amik mood nak keje hari ni, baca blog kengkawan.. tertarik nak kongsi pasal preparation nak raya.
though tahun ni takde bonus, kitorang tak rasa sangat pun. Alhamdulillah, budget ada sikit dari simpanan. boleh la beli sikit2.
..shopping

semalam, for the first time sejak beberapa bulan lepas, menjejak kaki ke shopping mall ECMall bersama anak-anakku (dah dua kan..). siap bawak stroller untuk Arif. tujuannya, nak beli kasut baru untuk Afiq dan baju raya untuk Arif. Afiq dapat kasut raya berharga lebih mahal dari kasut abahnya (huhu..) dan Arif pun dapat sepasang T-shirt hijau. (theme colour untuk tahun ni.. Hijau).

ada tambahan yang kitorang terpaksa beli.. mainan ultraman untuk afiq (bukan preparation raya ni)..setelah dia mengugut untuk menggulingkan dirinya di lantai Parkson tu.
..Baju raya

Baju raya aku dua pasang aje. tak beli pun, dua-dua adalah stok lama pemberian ibu. dah antar ke tailor..fesyen kurung pahang aje. Hubby dan Afiq, beli baju melayu siap. betul ckp normi, baju melayu siap lagi murah dari tempah. Dua-dua hijau, cuma tak sama jenis kain. takpelah. asalkan hijau. aku ada borong tudung plak. 6 tudung baru. hak hak. aku memang tak pandai beli sikit-sikit. jarang beli baju atau tudung, sekali beli.. banyak terus. Brooch pun aku borong dari ofismate.. 8 biji sekali. hoho

..Kuih raya

semangat betul aku buat kuih raya. dengan refer pada majalah Keluarga..berjaya buat 3 jenis (kembang hidung..). semalam, dapat bakar dua tupperware biskut almond london. hari ni nak salut ngan coklat je. yummy. my faveret. kalau sempat, aku nak buat jem tat plak.. macam tak sempat je. nak amik gambar kuih, kamera dah rosak.. takpe, lepas salut coklat nanti, aku tunjuk..(riak..!haha)

kiri: bentuk biskut coklat yang aku buat..first try kanan: rujukan majalah, patutnya bentuk macam kaktus, aku takde acuan, buat bulat2 aje lah.

::10 malam terakhir ramadhan menjelang tiba. berusaha!

3 comments:

.tunfrida. said...

Yuhooo....cayalah, dapat buat biskut raya. aku beli je, tak dan. sangat mencabar rasanya nak buat dgn anak kecil dua orang yang nak turut serta setiap pekerjaan umminya.

ida_F said...

anak kecil ku tak pandai turut serta, itu yang senang nak buat..afiq lagi suka menganga tengok Playhouse Disney nya dan main basikal baru, takde minat nak menolong @mengacau ibunya..

fuadnis said...

afiq bleh geng dgn ukail la..marin nis soping pn ukail sibuk2 nak ultraman.sekali..bila nis buat muka mak tiri..terus tak jadik mintak..haahaa..