Monday, April 26, 2010

sukaria di sukaneka




dua hari lepas,pihak resort anjur sukaneka..
Best juga..at least release sikit tension. best Sangat. Antara sukanekanya
- bawa guli guna chopstik
-keretapi(gambar di atas)
-baling belon air

Yg best.. Kumpulan aku..kumpulan SAMBA menang..yeay.
Lepas sukaneka..terjun kolam..belajar berenang,berjaya berenang sikit.. Thanks nina(dalam gambar)

Teringin nk terjun kolam lg..hehe

Saturday, April 24, 2010

pengucapan awam di induksi

siapa yang pernah pergi induksi, inila perkara wajib yg perlu di lalui..
Bukan shj kena buat..tp,pengucapan awam kita akan dinilai..

At first, aku mengeluh sbb aku ada truma pasal berucap2 kat depan ni. Nerves tak ingat.. Nanti suara jd ketar-ketar,mcm nk nangis.. Nak pengsan pun ada. Macam mana ye nak buat?(mcm mana nk naik pangkat camni)

pengucapan awam sangat memberi ilmu..topik2 yg dikongsi best2..antara menjadi faveret:
- tazkirah dr ust muzairy(insaf)
- cara mengurangkn gugup
- cerita disebalik KLCC(rupanya tun mahathir yg reka rekabentuk)
- berapa lama hayat sebuah tyr, 5 tahun je..
- mengenal peribadi dr coklat
- disebalik aksi kucing..

Dan byk lg..

dalam pengucapan awam..tak semua ada bakat memberi ucapan.. Tak semestinya yg senyap, pendiam tak boleh memberi ucapan dan menarik perhatian dgn baik..i really salute them cause i'm not that good..

My dream: can give public speaking well.. Sapa ada tips..?

Aku bg ucapan:tips mengenal peribadi melalui tulisan..
Gugup,somehow still OK.

Friday, April 23, 2010

cabaran seorg ibu berkerjaya



*gambar diambil pada pagi td ketika senaman pagi

Tajuk post macam serius je.. sebenarnya sebab rindu kat anak je.. Bukan aku je, semua yg senasib pun gitu.. Ada diantara kami yg baru je lepas pantang 2 bulan, yg ada anak kecik agak ramai.. akibat very tight schedule, aku tak dpt komit buat bekalan susu breastfeed..but, ada yg lebih hebat..tabah membuat bekalan..aku tabik..

Sedih juga bila bekalan susu dah kurang..redo.

Malam td, my hubby dtg bawa anak. rindunya.. sampai je ke sini, arif tido.. Aku siap kejutkan dia.. Nak main ngan dia.. Afiq plak macam biasa..takde perasaan mcm abah dia.

bila nak balik, sedih sikit.. Arif memang nangis.. Afiq plak..masa nak naik kereta dia bgtau kat abah dia "abah, bye"

Tergelak aku ngan abahnya.. Ada niat nak tinggal ngan ibu dia tu. Hehe, aku dah janji kat afiq..nk belikan toy sbb nak pujuk dia balik ikut abah dia malam td. Huhu..sedih.

Pengorbanan.. Mungkin kecil je berbanding org lain,yg dah lama xjumpa anak.. aku at least dpt jumpa sekejap..

cepat le masa berlalu..

Thursday, April 22, 2010

hari2 di induksi



Hari ni dah 3 hari di impiana.. dapat roomate nama Fauzani, dr kolej komuniti kuantan.. Peramah..
Ceramah punyala banyak.. Kadang2 tersengguk gak, but then, nasib baik ada wifi.. Main internet ajela..
Anyway, assignment dah dapat 2, mlm ni baru nak start..

Ada bencana sket pagi td.. Ramai geng2 induksi kena diarhea..sakit perut..nasib baik aku xkena..tak gemar mkn ayam.. Maybe sbb ayam yg kitorang mkn utk dinner semalam

hubby call td, gaji bank islam x masuk lg, bank lain dah masukk.. Apasal ek?

Ok,chowzz.

Tuesday, April 20, 2010

induksi lak..

dah abis BTN, enjoy ke induksi lak..(ayat psiko diri)

hari mendaftar di Impiana, cherating.. my hubby hantar.bersama 2 hulubalang kecik.. mak mertua pun teman..
Alhamdulillah, dapat roomate best. nur fauzani.. dari kolej komuniti kuantan. peramah. malam pertama borak ngan dia.. sampai kul 2 pagi. huh!(peramah betul)

thanks to my hubby.. dia prepare macam2 untuk aku ke induksi. tolong beli ink printer, pinjamkan buku, belikan binding tape baru (2 jenis lak tu, tebal dan nipis), stapler dan ubat stapler baru.. kertas warna warni.. dan yang mengejutkan.. belikan kipas cool pad untuk laptop..(sebab aku pernah ckp, laptop aku akan bengong bila lama buat keje sebab panas).

so, 10 hari di sini dilalui dengan penuh ketabahan, tenang..dan diharapkan semua berjalan lancar..

Sunday, April 18, 2010

mari bergerak pulang..

hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Yeay.bleh balik jumpa anak.

Aku baru abis test BTN. Buat setengah jam je, tak tahan sejuk dlm dewan tu. Senang je soalan nya, no wonder why ramai kata BTN susah nak Fail.

Sekejap je rasa masa berlalu. Sesi ceramah aku dengar je..malas amik nota. Banyak conteng2 dalam buku. Sesi LDK pun, i try my best to get involved with the discussion, but since i am not a politic-minded..kalau tak dpt cemerlang pun aku redo.

Aktiviti sukan dan kembara menyumbang banyak uncomfortable, dah lama tak lari,bersenam..abis lenguh2 badan..huhu. Nak balik ni pun terasa lagi. Berjalan pun macam org baru lepas bersalin, dalam pantang pun lagi laju aku jalan.

Test BTN, tak sesusah yg aku sangka, kengkawan sebuk hapal tarikh2 sejarah..huh! Satu pun tak keluar.

Ha..lupa nak bgtau pasal persembahan lagu patriotik malam td. group kitorang menang! Hurray..best best.. Nyanyi lagu Malaysia Berjaya.. Korang mesti tak ingat punya..(asalnya aku pun tak ingat)..

okla..nak gi kemas barang.. Nak jumpa anakanda tercinta..dan anak-mak-mertua yang dirindui.. Kihkih..anyway, very memorable moments here..

Kawan2 group 8, BTN maran 15 april 2010..jgn lupa upload gambar kat FB.

Chow.

Thursday, April 15, 2010

sehari di sini..di BTN

new entry lagi.haha.suka ati la.boring punya pasal.

First word to describe our schedule here. Hectic. betul la diorang ckp, takda masa nak rest. Tapi sekarang ni yg lelaki solat jumaat. Ada masa nak rest..sambil mengait.

Malam td tido lebih kurang kul satu, get up at 5.siren dah bunyi.sebijik macam asrama. best dpt solat berjemaah. Dah lama tak dpt solat jemaah,sejak ada anak..susah nak gi surau solat jemaah..alhamdulillah..

Kami kena kawad sikit2.best.pastu masuk dgr talks. Ngantuk.

Baru jap td aku call afiq. Macam tadek perasaan. Bila tanya, ibu gi mana?..dia jwb "gi kursus la."takde rasa sedih pun..biasa la budak kecik.kita je rindu kat dia.

baru sehari dah tak sabar nk balik..haha.takpe,sume org rasa camtu.

Ok.nak sambung siap2 gi solat..chow.

my first expression

haha. Dont laugh.tak sampai 24jam ke BTN, dah nak update blog.

Sapa suka kena berjauhan dgn family..

My first expression here.
1. Urusetia:tegas,sbb kena marah..lambat daftar
2.bilik:waa.macam hostel dedulu
3. Makan:sedap

W

Sunday, April 11, 2010

kursus buat mee kuning

actually, macam2 perancangan nak update blog pasal proses pembuatan mee kuning.. siap dah janji ngan normi nak scan handout dia untuk diletak kat blog.. huhu.

masa tidak mengizinkan.

actually, masa ada. aku tgh gabra nak ke BTN ngan INDUKSI. tak de benda lain yang aku pikir, prepare nak ke sana. so, perancangan tinggal perancangan.. sorry ek.

nasib sempat upload satu gambar waktu kursus hari tu. kalau sempat, aku upload nota kursus (tak janji)..

banyak benda nak setel. bye.

Thursday, April 1, 2010

crochet dan aku..


tiba2.
entah mimpi apa yang menjengah.. aku secara tak sengaja
terminat hobi baru.. mengait a.k.a. crochet

actually minat cross-stitch. tapi agak costly. kena beli kain, benang..bla..bla
pastu, teringat my mom pernah ajak mengait sebab dia pandai mengait.
dolu-dolu, rasa cam tak berapa minat..tapi pernah try.

but then, dengan tekanan kerja lately, macam muak tengok komputer
(asalnya hobi semua ada kaitan dgn komputer..main game, surf internet, program software)
aku cari alternatif lain.
tara.. aku try crochet. beli benang aje. kait2. jadi benda bleh guna
kalau cross stitch setakat frame kan aje (itu pun kalau sempat gi frame)

rupanya, skill ibu aku tu 'menurun' sket la kat aku.
walau terkial2 lagi. aku tetap tabah (chewah)

jadi satu hasil, yang tak tahu nak dibuat apa lagi.

granny square.

berminat nak cuba? meh tengok tutorial step by step ni.. confirm jadi
--> http://www.squidoo.com/CrochetGrannySquare