CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, February 20, 2012

abid tak sihat

Saya menaip entri ini dari wad kanak-kanak hospital jengka guna android. Kenapa ye di sini? Menemani anakanda yg kurang sihat.. Anakanda bongsu,Abid.


Abid mengalami cirit birit dan muntah beberapa kali sehari sblum kena admit wad. Hampir 6 kali, dgn keadaan yg sangat banyak. Saya sedang bercuti hari minggu di rumah mak mertua di jengka, dan terus kami bawa dia ke emergency, sbb waktu hujung minggu. Taklah series sangat pun, sbb abid boleh main mcm biasa. Cuma wabak rotavirus yg menular sekarang ni, risau juga. Tak salah kalau nak cek.


Doktor tak pastikan lg ia adalah rotavirus. Simptom je ada. Hari ni masuk hari ke 4, air drip masuk ke badan abid masuk botol ke 5. Hari ni bertambah ok. Hari ke 2, abid dah tak muntah. Cirit 8 kali. Hari ke 3, cirit cuma 2 kali. Hari ni tak tahu lg..


Sebenarnya abid baru baik penyakit kaki tangan mulut. Semalam, doktor detect penyakit dia ada lg, ada ulser pada mulutnya lg. Terus kena kuarantin, masuk bilik lain, jauuuhh nun dari org lain. Aduhai, bila boleh pulang ni?..


Takpelah, biarlah lama pun saya di sini, semoga abid betul2 sihat. Ya Allah, sembuhkanlah abid dari penyakit ini, ameen.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, February 8, 2012

menghasilkan beg pertama.

 blog ini sepi seketika. ini kerana terjumpa hasil beg cantik oleh Ida yang sangat mengujakan. Akhirnya, hasil siasatan saya menjumpai link group ini..

https://www.facebook.com/groups/1hari1produk/

secara ringkasnya ia adalah link untuk sama-sama belajar membuat kraf dan beg. "Sew Along" namanya. Apabila telah menjebak kan diri, saya pun tekad untuk mencuba membuat beg. Menjahit bersama rakan satu group dan diberi due date. Sungguh mengujakan. Apabila ada yang sudah siap, mereka akan upload gambar beg mereka di group. Pembakar semangat, perkongsian idea.

Hebat!

dan hasil tidur lewat sehingga 3 pagi (wajib tunggu 3A tidur dulu) selama 2 hari membuahkan hasil. Tara... SQUARE BAG.




as a beginner, menghasilkan beg ini tidak semudah yang disangka. Lining sudah siap dijahit, lepas tu terbalik. Kena Tetas balik pada jam 2 PAGI. Padan Muka. Sebab nak cepat siap punya pasal.

Tutorial yang dirujuk adalah:

http://madquilter.blogspot.com/2009/11/charm-square-jewel-shaped-bag-free.html

Tutorial step by step! Mudah. semua orang boleh cuba buat.
Saya sudah addicted ni, Camne Ida and Mcna? hehe

Tuesday, January 31, 2012

Layan gambar abid (WW)

3 hari selepas lahir

6 bulan

kini..
SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA.. (semalam)

Monday, January 30, 2012

Bila kita buat kerja cemerlang..

Hari ini adalah hari lahir abid yang pertama. Selamat hari lahir sayangku. Dah setahun dah rupanya anak ibu. Cepatnya masa berlalu.

Dan hari ini, saya cuti. Cuti menjaga birthday boy yang demam. Terkedu mendengar kata doktor bahawa abid ada jangkitan kat paru-paru, ada kahak sikit. Tak banyak, sikit je. Cuma sikit ini cukup untuk merisaukan ibunya yang selalu panik tak kena tempat.

Entry kali ini belum menyentuh milestone setahun Abid comel. Cuma nak cerita pasal doktor yang merawat abid.

Pernah tak kawan-kawan dengar klinik yg hanya akan ada doktor pukul 4.30 ptg walaupun klinik dibuka dari pagi?

Inilah kali pertama saya berjumpa klinik ini di kuantan. Klinik swasta ini tiada doktor lain. Ada satu doktor muda, Dr Nazli namanya. Dan hanya akan masuk klinik jam 4.30 ptg. Namun, patientnya sanggup tunggu dan patientnya ramai juga.

Sudah banyak kali juga saya ke klinik ini, biasanya kerana anak tak sihat. Cara doktor ni periksa anak, sungguh puas hati. Pada awal saya bawa anak ke sini, dia memeriksa dengan penuh teliti. Dibasuhnya tangan hingga ke sikunya dengan sabun. Dengan bismillah, di sambut anak saya.. dibelek dan periksa dengan penuh teliti atas katil. Sungguh lama. Kalau dalam sejam, 5 ke 6 patient je berpeluang jumpa dr.

Semalam juga, abid bukan sahaja di beri ubat untuk di makan di rumah, malah disuruh pembantunya memberikan ubat antibiotik di klinik sebelum balik. Jika saya membawa arif dan afiq, mereka akan diberi vitamin seorang satu. Pernah sekali, afiq dengan tak bersalahnya bertanya saya di depan Dr Nazli..

"Ibu, Nak vitamin."

Tergelak doktor tu, bila dengar afiq berkata begitu. Afiq dah terbiasa bila jumpa dr, akan dapat vitamin.

Sungguh memberi motivasi bila melihat cara bekerja seorang dr yang sepenuh hati, hasilnya walaupun hanya berapa jam sahaja di klinik, patient masih ramai.. rezeki masih ada dan semestinya lebih dari cukup. Patient nya sanggup tunggu lama, semata-mata untuk berjumpa dengan doktor.

Allah akan tolong, jika kita menolong diri kita sendiri. Harusnya bukan sahaja doktor, semua antara kita, bekerja kerajaan, swasta malahan kerja sendiri juga harus cemerlang. Nasihat untuk diri sendiri juga!!

p/s Hebatnya bila kita sentiasa cuba melihat semua benda in positive way. Indah sungguh dunia penuh cabaran ini!

Sunday, January 29, 2012

Silau wei..


This is how my second son will react when either my husband or me switch ON the lights. Walaupun tengah tidor.

Letak tangan kat mata adalah tindakan paling sempoi. Biasanya, dicapainya bantal atau selimut untuk tutup matanya yang silau.

Adoyai. Abah, Ibu dan abang awak tak buat gitu. Mana belajar ni..

Allah Maha Mendengar. Sungguh!!

These two days, i really feel that i'm a fully housewife. TOTALLY. My hubby got flu. And i am independent to get really busy between kids, house chores and of course en suami.

Everything that i did, really have time target. Masak harus habis pukul sekian-sekian, lepas ni kena basuh baju, sidai. Harus habis pada waktu sekian dan sekian. semua kena cepat dan fokus. Semua gara-gara, saya telah sengaja membawa pulang kerja ofis ke rumah. Amali pelajar harus disiapkan sebelum isnin.

Namun, as expected, ia hanya boleh dibuat pada jam 12setengah malam selepas semua tidur. Minda saya kurang cemerlang, badan letih. Nak buat kerja ofis, fikir 3 ke 4 kali.

Dan.. en suami terlebih aktif melayan permainan komputernya. mungkin sebab kurang sihat, mood tiada. Bila fikiran bercampur-campur, memikirkan kerja yg tidak siap dan rumah tidak teratur, hati kecil lemah dan kurang iman ini masih terdetik.

"Takpe Ida, sabar. Allah balas lebih lagi bila Ida sabar. Besar Ganjarannya. kalau dia tak tolong buat kerja pun, Ida tak kisah kan? dia takde pun takpe.."

Saya sungguh Sakit Hati. sakit hati memang tanda kerja tak ikhlas. Saya sedar.

Dan bila sedang duduk selesai habiskan kerja, tiba-tiba suami berkata.

"8hb ni, abang takde seminggu. Pergi Jerantut, training budak main pingpong"

Ha. Hamek!!

Sungguh! Allah Sayang saya. Allah Maha Mendengar, walaupun detik hati.

Thursday, January 26, 2012

Orang Berjaya Bangun pagi..

Dari kata-kata Insan Teragung,
"Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi) untuk mencari rezeki dan keperluan. Sesungguhnya ia membawa keberkatan dan Kejayaan" (Riwayat Al-Tabrani)
sumber : solusi 

dan saya terjumpa link dari FB Dr Muhaya Tentang Orang berjaya.


23 Successful People Who Wake Up Really Early.Former president George HW Bush and George W. Bush. 
The first Bush would get up at 4. am, go running, be in the office by 6 am and stay up until 2 am.The second Bush kept a similar schedule, going to office by 6.45 am and often holding meetings at this ripe hourColin Powell put in "perfectly appalling" hours, arriving to the office at 6 am and not leaving until 7 pm.
Condoleeza Rice woke up every day at 4.30 in the morning in order to get to the gym before work.
Former presidents George HW Bush and George W Bush
 Read more: http://www.businessinsider.com
Entry ini khas untuk diri sendiri. Inilah kelemahan saya paling ketara. Bangun Lewat. Harusnya, saya sebagai orang Islam LEBIH BERJAYA dari orang lain.. 

Kita diseru ke arah kejayaan 5 kali sehari dalam laungan azan. 

Mari kita menuju kejayaan. (untuk diri sendiri terutamanya!)

Menang RM250,000?

 wow. prize on hold!

 

cek RM250,000.00!!!!


siap bagi pilihan lagi! 
nak lump sum RM250,000 ke..
atau

RM25,000 untuk 10 tahun.



nak bagi FREE GIFT lagi.
baiknya hati..



kena enclosed sticker plak..

This is what i'm looking for.
RM57.50 yang perlu dibayar untuk entitled hadiah semua di ATAS..


hak.hak.

Sudah tidak mahu tertipu dengan TAKTIK Reader's Digest ini.
buat penat dia antar aje.

:b

Wednesday, January 25, 2012

denda pelajar

amacam..? ada bersih?

Sebagai pensyarah, apa cadangan anda bila pelajar lambat hadir ke kelas? 

Satu tika dahulu, saya sungguh beremosi apabila pelajar datang lambat ke kelas. Paling tidak, saya akan meninggikan suara dan mendenda mereka untuk berdiri sepanjang kelas. Paling kejam, apabila saya terus menghalau mereka dari kelas. 

Sungguh bajet bagus saya ini. 

Mereka pasti ada alasan tersendiri mengapa hari itu mereka lambat.. dan mungkin denda yang keras lebih 'mengeraskan' hati mereka yang sudah tidak ada 'hati' dan terpaksa ke kelas. 

Mungkin kini, saya ada sedikit kesedaran. Kekerasan bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Mereka yang lambat hadir, masih diberi denda. Terbawa-bawa dengan saranan mantan Ketua Jabatan untuk mengenakan peringatan bagi mereka yang lambat. (saya harus sedar, saya juga sering lewat ke IPT satu tika dulu..)

Menyapu Sampah. Mengelap Meja.

Win-win situation! Mereka mendapat pengajaran supaya tidak lambat lagi. Bilik Kemas dan Bersih. Mood pensyarah dan pelajar baik. Impak positif untuk Proses pengajaran yang CEMERLANG.

Amaran --> ini pandangan dan tindakan peribadi yang difikirkan baik. tidak semestinya applicable (boleh-guna) untuk semua situasi.

Sunday, January 22, 2012

Tidak akan terlepas edisi lagi..

Edisi pertama majalah yg dilanggan dah tiba. Yeehaa. AULAD untuk afiq. SOLUSI untuk ibu dan abah.


Aulad sangat menepati taste saya untuk menjadi teman afiq. Sudah lah colourful, ciri ciri islamik yg diterapkan sangat baik. Dari malay, english.. Aktiviti dalam arabic pun ada. Best. Mudah bagi budak- budak seusia afiq untuk buat aktiviti-aktiviti dalamnya. I really recommend to all, sebagai teman pembelajaran anak.


SOLUSI pula adalah favourite saya. Penuh ilmu dan pengetahuan. Sebenarnya, ini kali kedua melanggan SOLUSI. Kali pertama saya lupa antar resit bank in. Maka ia burn begitu sahaja. Salah saya. Kali kedua ini saya guna wang pos. Alhamdulillah. Sudah dapat edisi langganan pertama.


Semoga pelaburan ini menghasilkan impak positif utk saya dan anak. Kita merancang,Allah menentukan.


Published with Blogger-droid v2.0.2