Thursday, September 10, 2009

kerja.. kerja.. kerja..

bersarang dah blog. iyelah. dari hari ke sehari nak update. takde masa. kerja..kerja..kerja..

subjek yang perlu aku ajar semester ini awalnya lain. tiba2 last minit plak jadi lain. aku kena replace subjek orang lain. tak kisah sebenarnya (iye ke? waa..), tapi bila dah baca silibus subjek yang aku kena ajar.. perasaan dah jadi lain. kenapa?

sebab ia begitu lain dari bidang ku. elektrik tu luas sangat, apasal tang power electric (yang aku tak minat) ni yang di takdirkan utk aku ajar.waa... just to release it! apapun dah redo dah..(setelah mengalami tekanan berhari2..dimotivasi..dinasihat..akhirnya pasrah!)

tekanan bertambah bila hari ni diorang kabar suruh ngaja..esok dah ada kelas. ntahapa hapantah. aku pun kena take time study. ternganga gak kalau ada soalan dari budak nanti.

aku pun jadi budak baru blaja. sejarahnya di universiti dulu, subjek berkait dengan power ni banyak kantoi (tak la sampai fail). dah asalnya tak minat. kena study sikit2.

tetiba, esok keje plak. ganti jumaat depan. jumaat ada kelas subjek ni dua jam. seminggu gak aku amik masa nak prepare hari ni (jumaat) punya lecture..dah esok???? waa..

oklah.. karang compose post lama2, keje aku tak siap.

p/s mood tak best. watch out!

0 comments: