Thursday, July 16, 2009

my 17th day..

"ibu, afiq nak tepuk arif.."
hari ni dah hari ke-17 kelahiran arif. bermakna hari ke 17 aku berpantang.

anak kecik tak tido malam dah jadi kebiasaan. kalau sekarang still cuti lagi, bleh la aku curi-curi qada' tido.. kalau dah keje nanti macamana ye. rasa malu juga dengan mak mertua sbb selalu bangun lambat.. dah nak buat camne.
sejak ada adik ni, perangai afiq semakin matang dan menguji kesabaran. rumah/bilik yang dikemas takkan sampai setengah jam..kembali bersepah.trak dan lori mainan bersepah-sepah.. suka mencubit orang (ibu dia la tu..) conquer tv (takdela channel lain..playhouse disney..ceria..playhouse disney..ceria). aduuhh.
abahnya malas nak hantar dia ke nurseri. so, duduk la dia di rumah.. celik je mata: tengok tv.. alamat tinggi la bil elektrik bulan ni..
adiknya, arif.. Alhamdulillah.. sihat, semakin berisi.. hari yang ke 11 hari tu pun, dah 3.4kg. naik 0.4 kilo dari lahir. kalau dia lahir tepat hari due nya.. maybe berat lahirnya sama dengan afiq..3.5kg la.
cuma masalah tali pusat tak tanggal2. dah nak masuk 3 minggu. isk. mak mertua pun pelik. tebal betul tali pusat sampai tak tanggal2. apa petua nak cepat tanggal ye..?

hasil kreativiti afiq yang memeningkan kepala..

4 comments:

Fertzy said...

ida pantang dkt mana? kontan ker sg buloh? ker mana?

eh si abang menguji kesabaran itu perkara biasa. sama dgn si "abang" dkt sini......tak byk beza walaupon dah lebe setahun dier ber'adik"....hehe

ida_F said...

to fertzy: ida pantang kat kuantan, mak mertua tolong jaga..

sabor je la ek

frida said...

Ida, my MHI dulu 33 hari baru tanggal tali pusatnya...

kemain orang2 tua cakap macam2 [yg enak dan tak enak didengar], malas nak amik pusing, kita dh dalam pantang, tahu je la cemana... akekkeke


sekarang dah tanggal pusat belum tu?

ida_F said...

dah.. hari ke 19. iyela.. ada ckp nanti perangai anak 'boleh tahan' la .. ini la .. itula.. isk.