Wednesday, July 8, 2009

ibu afiq dan arif..

selepas di sarankan oleh rakan2, aku terpanggil untuk menukar nama blog..dari "Ibu Afiq Punya Cerita" ke "Mom's-of-2-As Journey"

ntahle. adakah ia mengikut tatabahasa yang betul?
tak betul pun apa salahnya... (suka hati aku la kan..)

so, sebelum arif bangun, dan sementara afiq sedang bergusti ngan abahnya.. aku terasa nak buat post baru. ntahle.. susah juga nak cari idea nak buat post baru.

afiq sedang menyesuaikan diri sebagai abang. still jeles nye ada, kalau adiknya nak susu, dia pun nak susu. kalau adiknya nak mandi, dia sibuk nak mandi.. kalau adiknya sedang didodoikan, dia pun nak lentok tido atas riba.

pagi tadi dia nak minum susu, kebiasaannya dia akan minta aku baring untuk gentel rambut.. tiba-tiba adik dia nangis nak susu.

afiq: ibu.. nak rambut
aku: jap la.. adik nangis ni..
afiq: afiq pun nangis ni.. (minta aku layan dia..)

tergelak neneknya dengar. aler, lama2 nanti dia ok la..

3 comments:

the vulnerable am said...

heheh.. kreatif betul jawapan si afiq nih ;)

nurul aziyana said...

hihihi lawaknyer afiq..mmg jeles ar tuh..

ida_F said...

to am: semakin membesar, semakin pandai la dia cari idea ..

to aziyana: ni baru satu kes, dah lah tanak di taska, menguji plak kesabaran ibunya di rumah..