Monday, July 9, 2012

Saya cergas dengan Shaklee

Alhamdulillah, saya telah menemui alternatif kekal cergas terbaik (mungkin ada yang lebih baik) setakat hari ini yang sesuai dengan fizikal saya.. Banyak produk yang baik saya ada cuba, dan ada yang kurang sesuai dengan diri sendiri. Vitamin Shaklee yang terkenal ini membantu mengekalkan kecergasan saya.

Saya sangat gembira dengan produk-produk Shaklee terutama dengan beberapa produk yang saya ada ambil. Tidak berani untuk mencadangkan produk yang lain (kerana masih belum cuba), namun dengan yakinnya saya suka Enegizing Soy Protein dan Set Kesihatan Optimum yang saya sedang ambil.

Apa tu?

Energizing Soy Protein - Membekalkan tenaga, Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
Set Kesihatan Optimum - Vitamin C, Vita -Lea, dan B-Complex.

Tak perlu rasanya nak bercerita lanjut, kerana saya dengan gembiranya akan mengumpulkan TESTIMONI hasil pemakanan produk ini di blog baru saya..

Tara..

http://sihatcerdascantik.blogspot.com

Jom singgah.

Kesan paling menggembirakan :- Berjaya mengurangkan pengambilan kafein dari 3 - 5 cawan sehari kepada 1- 2 cawan sehari. Masih cergas seperti biasa. Alhamdulillah. 

Saturday, July 7, 2012

interview HLP

jumpa my bestfren lia, masa interview hari tu.

Dah hampir seminggu saya pergi ke interview itu. Baru hari ni saya ada mood untuk share pengalaman itu. Biasalah, sibuk menguruskan final exam student dan macam-macam hal lain.

HLP stand for Hadiah Latihan Persekutuan a.k.a biasiswa sambung belajar sepenuh masa. Saya rasa baru sahaja apply 2 Jun yang lepas.. terkejut pula bila dipanggil pada 3 minggu selepas itu. Kalau mengikut panggilan sebelum ni, hampir 3 bulan, baru dipanggil intervw. Segalanya adalah adhoc, nasib baik, kak Rafidah (kakak yang dikenali satu Poli satu tika dulu, berpindah ke Kolej Komuniti di perak) ada bagitau melalui FB. Emel pemberitahuan lambat, apatah lagi surat panggilan. 

Dipendekkan cerita, saya balik ke rumah ibu saya di Selangor ditemani suami, anak-anak dan mak mertua. Mengambil peluang sehari ini membawa mak mertua berjalan kerumah besannya sekali-sekala. Saya pergi ke Poli Shah Alam (tempat interview) menaiki kereta.. hampir 45 minit dari rumah. Trafik jam agak teruk, memandangkan ia adalah pagi waktu bekerja. 

Sebelum interview.

Interview diadakan di perpustakaan. Untuk calon yang mengambil kejuruteraan elektrik, dua bilik disediakan L1 dan L2. calon agak ramai, 13 orang untuk satu bilik. Saya adalah calon ke-5. Alhamdulillah, Allah memberikan satu nikmat tak terhingga kepada saya sebelum interview lagi. Penemuduga saya salah seorangnya adalah saya kenal, kakak pensyarah kanan yang bertugas di jabatan yang sama di POLISAS. Oleh itu, saya tidak berapa gugup walaupun seorang lagi penemuduga masih belum dikenali. 

Setiap orang yang keluar dari pintu bilik selepas ditemuduga, saya akan panggil untuk tanya apa soalan-soalan yang ditanya. Kesamaan ketara antara mereka adalah tentang proposal. Mereka akan bertanya lebih tentang proposal yang dicadangkan untuk biasiswa. Lega. 

Lega kerana saya sudah agak faham dengan content proposal. Mari saya singkap cerita lama, cuba cerita semangat sambung belajar saya pada 4 Mei yang lepas --> cerita mobile. Sudah hampir setahun sejak saya buat proposal ini, disebabkan niat untuk sambung part time. Tapi tak kesampaian sebab masa. Maka, saya harus memanjangkannya untuk full time study. 

Dalam interview.

Kakak yang saya kenali itu, penemuduga pertama meminta saya menceritakan tentang proposal.. Dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Alhamdulillah, saya sudah pun berlatih di rumah, bercakap seorang diri, macam org tak betul pun ada. hehe. Setelah habis saya menceritakan tentang proposal, saya ditanya tentang impact research saya kepada organisasi.

Penemuduga pertama komen research saya mempunyai skop agak luas, perlu diperincikan lagi tajuk proposal saya. Saya setuju dengan komen, nama pun proposal.. pasti ada penambahbaikan dalam projek ini. Bahagian mencabar saya adalah pada penemuduga kedua. Beliau bertanya tentang hal transformasi politeknik yang agak mencabar pengetahuan am saya tentang isu semasa. Fuh! berpeluh untuk saya menjawab walaupun dalam bahasa Melayu. Antara soalannya:

"Apa peranan anda dalam mentransform pelajar politeknik .."
"Apa yang telah anda lakukan dalam kelas bagi mencapai tujuan transformasi.. '

Saya benar-benar merasa soalan-soalan ini adalah satu cabaran, tambahan pula penemuduga pertama adalah seorang yang benar-benar mengenali saya dan tahu latar belakang saya. Ia benar-benar menguji kejujuran saya menjawab soalan. 

Hampir 40 minit juga, saya dalam bilik penemuduga. Secara keseluruhannya, saya agak berpuashati, dan mencuba yang terbaik. Hanya doa dan tawakal yang saya mampu lakukan. (mak aih, skemanya ayat.)

Bertemu dengan Lia (my best friend) yang sudah berpindah ke Kuala Terengganu sangatlah best. Dia rakan baik ketika kami sama-sama mendaftar sebagai pensyarah poli. Sama-sama menempuh susah sebagai GSTT. Lia yang meneman saya di rumah ketika suami tiada, dan saya sarat mengandung anak pertama. Rumah lia di kuarters dan rumah kakak nya di balok juga saya jejaki, bila suami tiada di rumah (ketika tu kami masih duduk berjauhan). Rindu pada lia. Sayaaaang sangat kat awak!

oklah. sampai sini cerita tak seberapa. Moga keputusannya menggembirakan. Ameen.