Thursday, January 9, 2014

Sample projek guna Unfreeze


Waah. satu penemuan baru. 
satu software FREE yang telah di download di internet berjaya dibuat animation Gif.
namanya sofware unFreeze.

Guna powerpoint, dan kemudian boleh buat ala-ala video. 
Tapi setakat animation di atas, saya guna sampai 85 slide.
takpe. 

GUMBIRA
projek baru yang berjaya. 

Thursday, January 2, 2014

Hari Pertama Arif Bersekolah

Alhamdulillah.
Arif berjaya menjalani hari pertama persekolahan dengan jaya nya walaupun pada awal pagi dia nampak sedih dan menangis apabila ditinggalkan.

Hari pertama persekolahan arif agak kelam kabut kerana ia adalah hari pertama saya mula bekerja setelah cuti selama 3 bulan. Menukar rutin harian yang sudah dibiasakan kepada rutin baru adalah satu cabaran. Ya, di rumah, saya bebas untuk tidur lewat untuk membuat kerja tanpa gangguan. Tetapi, bila dah sekolah, saya juga harus bangun awal walaupun biasanya lewat bangun ketika cuti.

Pagi yang relaks sedikit kerana semua persiapan telah pun dibuat pada malam sebelumnya. Malam sebelumnya, arif dan abid tidur lewat. Susah sangat nak suruh diorang tidur awal, diorang dah biasa teman saya tidur lewat malam, dan bangun lewat berjemaah.

haha.

Saya hanya menggoreng sosej untuk breakfast dan bekal mereka ke sekolah. Amountnya pasti lebih banyak. Biasanya afiq sorang je yang akan bawa bekal. Kali ini dengan arif sekali. 

Bekal ke sekolah
Baju baru untuk tambah semangat kerja hari pertama..tudung baru juga

 Pagi tadi, arif bangun dengan semangat walaupun tidur lewat. Mujur Amin lena tidur, maka persiapan saya pagi tadi tidak terganggu. Amin tidur lena sementara saya menyiapkan abang-abangnya. Arif mandi sendiri dengan jayanya. Berbeza dengan afiq, arif lebih gemar air sejuk berbanding air panas water heater. Menurun abahnya. hehe

Sedap tengok Amin tidur, rasa nak join sekali

Arif selepas mandi

Selepas afiq ke sekolah dihantar oleh abahnya, saya pun bersiap juga sambil menyiapkan arif, abid dan amin. Abid dan amin masih tidur, saya lega menyiapkan arif seorang. Arif minum susu dahulu selepas makan sosej, dan saya sempat buat bancuhan ESP yang sedap. Hanya bancuh 1 sudu besar dan air suam, shake dan wow.. cergas dan rasa sedikit kenyang untuk menghadapi hari yang sungguh mencabar.

Sambil minum, sambil tengok tv

ESP yang Best!

Arif nampak ceria dan tak sabar nak ke sekolah. Rasa lega tengok arif bersiap sendiri dan suka ke sekolah.

Saya dan beg baru

Abid pun nak ke sekolah

Ambil gambar lagi..

Sesampai ke sekolah rupanya, Arif sedih masa saya nak tinggalkan dia. Meraung nangis. Teacher yang ada memujuk siap peluk arif meronta-ronta nak ikut saya balik. Saya pula terpaksa bergegas sebab punch in masuk kerja. Sedih dalam hati, tapi nak buat macamana. 

Selepas punch in, saya hantar Amin dan abid ke taska lama tetapi owner baru. Amin paling relaks dan tak menangis. Abid pun menangis semasa saya hantar ke taska. Iyelah, mungkin dah lama bercuti dengan ibu. Nak ke sekolah pun dah rasa tak nak.

Saya paling cool sekali. Tak nangis pun

Abid, itu peace ke apa tu?

Pengalaman ni paling best sebagai ibu walaupun mencabar. Dah lama tak berlarian masuk rumah ambil barang tertinggal. haha. Memang berpeluh dan cergas dan exercise. Kepala yang ting tong tak cukup tidur terpaksa diabaikan. Apa pula cabaran menanti esok? sama-sama kita tunggu.. hihi