Tuesday, September 1, 2009

its his birthday

semalam adalah hari pertama aku bekerja selepas cuti dua bulan.. maternity leave. debar menunggu hari semalam sampai tak sempat nak update blog.. walaupun banyak benda nak citer.

persiapan untuk hantar afiq dan arif ke taska dibuat pada malamnya, takut2 ada yang lupa nak bawak. iyelah, first time nak loading 2 anak kesayangan ni. 2 month before bersalin, afiq asyik nangis bila nak antar ke taska. takut juga kalau2 dia buat hal lagi. satu lagi yang didebarkan.. arif yang tanak susu botol.. risau dia lapar kat taska, menangis tak henti, dah pikir macam2.

tapi, Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya. afiq dan arif takde buat masalah, just diorang tak tido pun masa pagi tu. biasanya diorang tido. aku kena pegi punch attendance dulu, baru antar diorang, takut2 ambil masa. lega..hari yang didebarkan telah berlalu tanpa perkara2 yang dirisaukan.. arif pun elok minum susu.. pengasuhnya kata dapat 3 auns juga la dia minum..

***
back to the topics.. its his birthday yang ke 3. dua kali birthday yang lepas, tak celebrate sangat pun, kali ni dapat beli kek dan celebrate kecil2an dengan sepupu2 afiq di jengka. 30 ogos, a day before merdeka.. walaupun hari puasa, kitorang celebrate lepas solat terawih.. afiq sangat la suka dengan kek CAR nya..

***
cerita kedua, arif dah botak. gambar di bawah adalah gambar sebelum dan selepas (macam make over la plak). setelah 2 bulan, kami ke klinik untuk pemeriksaan dan injek imunisasi. beratnya dah 5.3 kg, panjang plak dah 58cm.

sihat betul anakku.. berapa la plak berat ibunya yang dah mengering semula ni? hehe

***
nak letak semua gambar masa balik ke KL arih tu, tak sempat nak edit. takpe, biar ada dari takda langsung. gambar di bawah adalah gambar 2 dari 5 sepupu afiq sebelah KL. Mimi dan Amir. anak kepada abang dan adikku. dua2 sebaya..umur setahun lebih.. bleh dah berlari dan jalan, bercakap dengan bahasa yang diorang dua orang je yang paham.. hak hak .. sangat comel.

p/s: tahun ni giliran raya pertama di jengka. waa.

1 comments:

ummu Masyitah said...

salam,comelnya anak-anak Puan