Wednesday, November 30, 2011

selamat datang ke semester baru

lama betul tak update blog. malas? mungkin juga. padahal nak buat entri baru bukannya lama. takde idea barangkali.

Disember telah menjelma. esok aku akan memasuki era 3 series. huh. sudah lama hidup rupanya. ibadah kena lebih ni, makin dekat dengan mati rupanya.

Pelajar poli pun dah habis semester Jun 2011.. semester baru Disember 2011 akan menjelma. Sebagai pensyarah aku pun ada banyak tugas lain yang menunggu untuk disempurnakan.

1. Kerja-kerja persediaan audit aset.
kerja-kerja ini adalah kerja biasa yang aku buat sejak 6 tahun lalu. sebagai pegawai aset, setiap awal dan akhir tahun akan menerima kunjungan auditor. Cuma, kali ini perasaan membuat kerja telah sedikit berbeza berbanding yang lepas. Kenapa?

kerana 'input' dari Allah melalui kata-kata motivasi Dr Muhaya. Tiada lagi stress seperti yang lepas-lepas. yang pasti, aku akan buat yang terbaik untuk potfolio ini. setelah memuhasah diri, rupanya saaaangaat banyak benda tak sempurna aku buat untuk potfolio ini dek sangat TIDAK SUKA memegang jawatan ini. Kini aku sedar, ia bukan pilihan, ia adalah AMANAH yang perlu aku sempurnakan. Kita akan disoal nanti kan?

2. Persediaan untuk subjek baru.
Aku menerima subjek baru dan subjek separa baru. Subjek baru adalah VB dan Subjek separa baru adalah Microprocessor Fundamental. Preparation perlu dibuat.

3. Moderator Web.
Men'design' satu web adalah cita-cita dari dulu dan kini aku sudah separa mencapainya. Cuma, time management tak betul. Masih tak sempat men'touch-up' web ini setanding web-web lain.

4. Persediaan untuk sambung belajar.
Ini perlu ada semangat dan passion. Huh. Duit yang disimpan untuk sambung belajar makin lama makin susut. Haha. Lagi lambar sambung, lagi berkurang le nampaknya. Perlu disiplin nih!

Banyak lagi yang perlu dibuat. Tak tersenarai rasanya. Namun, tidak mahu ia mengganggu masa aku bersama family. Masih ada 3 bakal doktor dirumah untuk di hiburkan. semoga kekuatan itu milik aku.

Monday, November 21, 2011

meh membeli

i am in the middle of 'bz'ness due tu the student's exam week. just to update about my bisness blog..

tumpaaangggg laaaaluuu..

jom cuci mata di sini.. http://ifazcollection.blogspot.com 

ada tudung baru tau.

Monday, November 14, 2011

Petua-petua di dapur

 
1. KUPAS BAWANG
untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang dalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih, tidak berbau, warna kulit yang bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN
Masukkan Ubi Kentang yang dipotong dadu atau buah pisah mudah yang dihiris


4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh dengan air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian di bilas dengan air mengalir


5. MEMUTIHKAN NASI
Masukkan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi



6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan Cili Kering di dalam bekas beras dan gaul



7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pastikan niat yang ikhlas beserta doa yang baik-baik, kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup.


* ambil dari blog chef sabri

Stok baru sampai lagi..


Bisnes tudung aku masih lagi berjalan. Cuma tidak aktif di 'online' kerana hambatan kerja di rumah. Kalau disarungkan model patung dengan tudung untuk di ambil gambar, ramai 'pembantu' akan campur tangan. sorang junjung patung, sorang tarik tudung. rosak bisnes.

oleh itu, aku sekarang buat underground sahaja di ofis. pass-pass ke kawan-kawan. stok pun bukan banyak. adalah sikit, sambil-sambil boleh la mengurangkan tekanan kerja ofis.

petang ni akan sampai sedikit lagi stok by mail. saiz M dan L, tudung dwi tone. awning thai silk. Kalau sempat, aku akan cuba menembak guna 600D dan upload beberapa helai untuk tatapan rakan-rakan FB dan online. Ada berminat ke? kain sangat berkualiti dan cantik..

kat bawah ni ada satu tudung jualan yang aku rembat untuk kegunaan sendiri. hehe. (saiz L)

*sapa berminat nak beli dalam 10 helai dan harga borong, sila komen dan tinggalkan email ek. tq


Usia perkahwinan kami.. 6 tahun.


Alhamdulillah. 2 hari lepas, tanggal 12/11/11 adalah hari ulangtahun perkahwinan aku. Terharu kerana Allah masih sayang dengan memberi nikmat rumahtangga yang bahagia dan diberkati.

6 tahun masih belum mencapai usia matang dalam perkahwinan. Banyak lagi ilmu yang perlu ditimba, banyak lagi profil suami yang masih perlu difahami. Aku sangat bersyukur sekurang-kurangnya masih ada insan yang sudi menyayangi, memberi kepercayaan menjadi ibu kepada anak-anak peneraju masa depan.

Dari saat air mata menitis setelah akad di lafaz sehingga kini, Terima Kasih Ya Allah atas semua kebahagiaan ini. Ku pohon keampunan-Mu atas keluhan dan rintihan sepanjang merasa putus asa bila mendapat ujian dalam rumahtangga. Semua bersandarkan atas kelemahan diri ini, rasa tak layak meminta lebih banyak nikmat lagi lantaran kurangnya taat atas suruhan-Mu. Panjangkanlah jodoh ini, kerana aku tak mahu orang lain menjadi pasangan aku di syurga nanti, kecuali pasangan yang Kau telah tentukan di dunia ini.

Ameen.
* ibu sayang abah

Sunday, November 13, 2011

Nak berjaya..? Jom try tips ini..

Here is a simple positive habit that will change yourattitude in seconds! Use this technique for all areas of your life, success, weight loss, motivation, etc. 
Choose or create a positive mental attitude trigger phrase and repeat it aloud many times each day. A habit trigger is anevent, action, or thought that helps to reinforce your positivehabits. 
Your trigger phrases will help you to maintain a positive mentalattitude. Choose or make up a positive phrase, such as:
" I know I can do it."" I can overcome any obstacle."" I am reaching my success goals every day."" I am getting stronger and stronger every day."" Every day I am getting closer and closer to my goals in life." " If I believe it I can achieve it." " Every day, my mental attitude is becoming more positive." " I am losing weight every day."" I am getting closer and closer to my goal of a trim and fit body."
Write down your trigger phrase on Post-it notes; place them on the mirror of your car, on your bathroom mirror, carry the note in your pocket. Repeat the phrase many times every day, remember to say it with emotion, believe it with all your heart. Make it ahabit to repeat this phrase at least 30 times a day. 
Dan Robey

kata-kata di atas aku petik dari FB Dr Muhaya lagi.. a very good advice. Meh aku tolong translate.

Ini ada satu amalan mudah yang akan mengubah sikap anda dalam beberapa saat sahaja. Gunakan teknik ini dalam segenap perkara, urusan seharian, mencapai kejayaan, niat untuk menguruskan badan, menambah motivasi dan sebagainya.

Bina satu  kata-kata yang boleh mencetus SIKAP POSITIF dan SEBUT dengan kuat berulang-ulang kali setiap hari. Amalan ini ada satu tindakan dan pemikiran yang mampu membina SIKAP POSITIF.

Kata-kata pencetus ini boleh membantu anda untuk kekalkan SIKAP POSITIF. Bina kata-kata peransang seperti :

" Aku yakin aku boleh buat"
" Aku mampu mengatasi semua masalah"
"Aku mencapai setiap target setiap hari"
"Aku menjadi kuat dan bertambah kuat setiap hari"
"Setiap hari aku semakin mencapai cita-cita aku"
"Jika aku yakin, aku akan mencapainya"
..dll

Tulis atas Post-it Note, letakkan pada cermin di kereta, cermin bilik air, bawa dalam poket. Ulang kata-kata itu banyak kali dalam sehari. Sebut dengan PENUH PERASAAN dan Yakin boleh mencapainya dalam hati. Jadikan amalan dengan menyebutnya sekurang-kurangnya 30 kali sehari.

Dan Robey.

Saturday, November 12, 2011

tart telur in the house..

sejak menjak ada mixer ni, aku sudah semakin rajin membelek myresipi.com untuk mencuba macam-macam resepi. dan terbaru..

tara.. TAT TELUR

Sangat mengujakan sebab selalunya akulah pelanggan utama satu kedai makan kat kuantan ni untuk menikmati tat telur. tapi, akhir-akhir ini, tak kelihatan pula tart telurnya. Tak dijual lagi barangkali.

untuk first timer, memang tak lari dari imperfect. tak apelah. asalkan rasanya masih tart telur



shell dia buat sendiri. try n error. mula-mula tebal sangat, lepas bakar dua tiga kali, dah pandai adjust camne nak letak kat acuan.





Kat atas ni lah rupa first tart yang dibakar. tak 'hensem' langsung. ala-ala kena jemur sampai hangus, dan filling dia yang sikit. but still sangat sedap.





Dan akhirnya.. FUH. amacam, ada terliur? keh keh. really excited. dalam resipi katanya kena letak pewarna, tapi kalau tak letak pun.. dah ok je colournya. yummy.

sapa-sapa nak cuba resipi.. meh singgah sini --> TART TELUR.

P/S : mcm boleh jual tak? ada sapa-sapa nak tempah? haha

Thursday, November 10, 2011

sekitar akikah abid

hari raya yang lepas, kami membuat akikah di rumah mak  mertuaku di jengka. just beli satu bahagian lembu RM300 dan ada gotong-royong menyembelihnya. ramai betul yang datang. dan yang bestnya, this is my first time gi tengok orang sembelih lembu. hee.

malas nak bercerita. meh layan gambar.

abah pimpin arif ke surau

afiq(baju biru muda), arif (baju biru tua) mendekati lembu yang di tambat.

biras yang akikahnya anaknya juga

luv this pic = bergambar di depan lembu

ni lah lembu yang ada bahagian kami

tak ketinggalan bergambar bersama abid


budak berani.. tengok sorang-sorang pun tak kisah


ngantuk.. tido ..zzzzzz

antara gambar orang melapah lembu

dengan daging yang kami dapat, mak mertua masak banyak sikit untuk diagihkan kepada jiran-jiran. mewah sungguh makan, semua berasaskan daging. apapun, Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar..

Tuesday, November 8, 2011

Wordless wednesday

Dr mohd arif al-hafiz
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, November 7, 2011

ingatkan apa tadi..

Sesuatu yg luar biasa dijumpai di depan pagar rumah. Terkojut den. Mode: jumpa anak lembu sesat, lari dari kena korban kot..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, November 6, 2011

korban dan keindahan

Hari ini hari raya aidiladha. Sungguh mulia hari ni, aku meraikannya dengan penuh kesyukuran bersama family sebelah suami.

Semua org ada istilah pengorbanan tersendiri, aku jua. Pengorbanan dari istilah diri sendiri tidak sehebat org lain.

Berkorban masa senang, keinginan dan perasaan demi membesarkan 3 hero tidaklah sebesar mana jika dibanding nikmatNya. Sudahlah diberi Islam, Iman..inikan pula anak-anak lelaki yg sihat penyambung generasi.

Indahnya Islam,setiap penat lelah dan sakit jerih akibat berkorban diberi ganjaran seadilnya. Kalau bukan disini, tetap akan menunggu di alam sana.

Terdengar ada suara berkata apabila seorang anak tersimpang dari ajaran agama " dia jadi camtu sebab tade sapa dia nak takut..mak ayah nya baik sangat,tak pandai nak marah"

Gerun mendengar kata-kata itu,memandangkan diri sendiri masih tidak mahir menerapkan kebesaran Allah pada 3 A. Mana mungkin dapat buat begitu,ibunya jua masih 'kosong' dengan pengisian rohani. Apabila anak-anak diterap dengan takut pada Allah, Allah akan menjaga mereka.

Setakat ini,aku tidak putus asa. Dr muhaya kata kalau kita ada niat buat baik,jgn risau.. Allah pasti tunjukkan caranya. Teringat video dari youtube tentang kisah kak wardina berubah. Antara ayat menyentuh hatiku apabila ibunya seorang ustazah,semasa kecil menyuruh dia membuat itu dan ini,solat dan menutup aurat tetapi tidak menerangkan MENGAPA kena buat semua itu. Berkat doa ibunya, dia jua akhirnya menemui hidayah.

Sungguh indah mendengar cara wardina mendidik anaknya solat. Sebelum disuruh solat,diajarnya bagaimana mengenal Allah. YA ALLAH,Moga kekuatan itu jua Kau campakkan padaku.

Mungkin kerana belum kenal Allah, ramai org Islam tidak nampak Indahnya Islam..sehingga Islam sekadar nama. Aku jua mungkin begitu. Semoga hidayah itu masih sudi menyinar dalam hati hitam ini. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4