Monday, March 31, 2008

Temasya Elektron

pada sabtu lepas, ada diadakan Temasya Elektron untuk JKE POLISAS. Ramai juga yang join. Patutnya semua student kena hadir, tapi hanya sebilangan aje yang hadir..namun tetap meriah. Di sini lah semua staf dan student berpeluang melakukan aktiviti bersama-sama saling merapatkan ukhuwah.

aku pun join juga. cuma afizah ngan kak nora takde..tak best sikit la. aku tak kisah pun, kengkawan lain ada..best sangat.

mula-mula ada senam robik yang dihandle oleh bekas pelajar,AD. seronok sangat. dah lama tak senamrobik sejak jadi ibu ni. walaupun badan aku ni takkan membesar nampaknya dan sentiasa underweight (huhu..), kesihatan tetap kena jaga. betul tak?
yang paling tak leh lupa dalam senamrobik adalah Chicken Dance.Hehe. bersungguh-sungguh semua orang buat. seronok. release la tension sikit.

lepas senamrobik barulah ada sukaneka ngan main bola jaring untuk staf perempuan dan bola tampar untuk staf lelaki. sebelum tu aku masuk marathon.aduhh.. sakit wo kaki. dah lama tak lari. masalahnye dapat no 10. hadiah plak sampai 8 je. yang kesiannya kat DEE.dapat no 1 di antara staf, still tak dapat hadiah.

Kesian Dee..

Aku bukannya nak sangat hadiah (walau sebenarnya teringin juga..), yang penting nak exercise badan ni. Itu yang lari ala-ala joging.. (dah sememangnya aku tak kuat lari sebenarnya.. nak cover la ni)

Pastu main bola jaring. aku main jadi GK. biasalah orang yang 'meninggi diri' ni. nak jadi Center, nafas tak sampai. nak jadi shooter, sampai esok pun tak masuk2 jaring tu. tak pasal2 kena extend masa perlawanan.

ada plak masa main tu..orang panggil 'ayam'..aku ni cam ibu ayam yang halang anak dari di makan musang. siapa yang bertuah panggil aku camtu tu?isk..aku tahu lah aku takde talent jadi player bola jaring.. huhu

walaumacamanapun, staf menang lawan student. sambil main sambil aku menyorok dari dilihat afiq yang ada kat luar padang..tercari ibunya yang teringin sangat nak main bola jaring..sampai2 nangis2 dia kat luar tu..isk, bertuah punya ibu.. hehe

apapun, temasya elektron ni meriah.cuma harapan aku..lain kali adalah hadiah marathon kategori staf plak. dapat la merasa dapat hadiah. last sekali aku menang jarak jauh ni masa tingkatan 3. lepas tu, takleh dah..pancit.

tahniah kepada faiz, penasihat program. harap ada lagi program camni setiap semester.

Monday, March 24, 2008

Sapa nak KEK BATIK?

assalamualaikum..macamana iman kita hari ni?

kebosanan aku semalam berbaloi..hari ni aku berjaya bawa kek batik, my fav kek. first time buat ni. aku amik resepi kat dalam myresepi.com tapi ubah2 sikit.at last, i did it. senang rupanya buatnyer. tak payah bakar atau kukus.

hari ni aku bawa ke ofis..bg rasa kengkawan. geng2 yang baca blog ni, yang tak dapat makan, sorry la ek. tak dapat nak post kat blog. ni beberapa testimonial yang aku terima..

"boleh tempah la kat ida"

"cukup2 rasa la, sedap"

haha..aku saje je tulis kat sini apa diorang kata.masuk bakul angkat sendiri. anyway, bg aku kek ni manis sikit and a little bit sticky. biasanye orang buat kek batik takde melekat2 coklat kat tangan. aku terlebih coklat masakan ngan susu pekat kot. balik nanti aku nak try lagi.

ni resepi aku olah2 dari myresepi.com.

bahan2.
1. satu bungkus biskut marie
2. 3/4 butter (yang buku tu)
3. 2 cawan milo
4. 1/2 tin susu pekat
5. 1/2 bar coklat masakan
6. 1/3 cawan air panas

cara:
1.masukkan semua bahan kecuali biskut dalam kuali
2.masak dengan api perlahan sampai pekat
3.masukkan biskut,kacau sampai coklat rata
4.masuk dalam bekas, tekan2 dgn plastik spy tak melekat.

lepas tu masuk peti ais..taraaaaaaaaaa.....jadilah KEK BATIK.

Sunday, March 23, 2008

Hari yang malas..


Huargh.. hari ni hari yang malas. sangat.. mengantuk, bosan, semua siap.

Hari ni puasa, puasa ganti. the total puasa yang kena ganti sebelum tibanya ramadhan akan datang ialah.. 34 hari. 26 hari dari 2006 dan 8 hari dari 2007.

kenapa 26 hari? waktu tu terkena waktu bersalin..berpantang selama 26 hari. 4 hari je sempat puasa. sejak syawal yang lepas aku dah berpuasa 12 hari masuk hari ni. takpelah, aku redho.

hari ni aku takde kelas. sebenarnya tugasan bertimbun lagi kat atas meja ni nak tanda. lagi pun, esok punya kelas aku tak prepare amali lagi. huwargh malasnye.

surf2 internet, terjumpala resepi yang aku cari2 kat myresepi.com. resepi KEK BATIK. kat umah aku ada sebungkus biskut marie yang menyemak dalam peti ais tu.. sebb afiq makan tak sampai setengah keping pun. aku pun salin. balik ni singgah Tunas Manja, beli barang sikit. mm..rasa2nya rajin tak aku nak masak ek??(aku pun wonder..)

Saturday, March 22, 2008

Islamic Parenting BOOK

"Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(Bukhari)


Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya "menjadi" atau tidak.

Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.
Dua perkara pokok diperlukan:


1. Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk.
2. Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah.


Dengan menggabungkan kedua-dua aspek ini ibu bapa akan dapat membentuk anak-anak yang akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat. "

Berikut adalah kata-kata pengenalan dari ebook "MEMBENTUK KEPERIBADIAN CEMERLANG - PANDUAN UNTUK IBU BAPA " yang di karang oleh KELAB WANITA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,2002

Aku dah baca sedikit ebook ini dan ia sangat baik dan sesuai dibaca kepada semua ibu bapa, bakal-bakal ibu bapa sekaligus dapat meningkatkan ilmu keibubapaan kita. Antara kandungannya ialah apa cara terbaik nak bagi ganajran dan denda kepada anak-anak.

ebook ni hanya ada 26mukasurat dan pengarang nyer terdiri dari pensyarah-pensyarah dari UKM yang mempunyai doktor falsafah. so, kat bawah ni aku ada link untuk sapa-sapa yang berminat nak download. free aje.

Thursday, March 13, 2008

.Aisyah's Wedding.


1 Mac hari tu, aku attend my best friend wedding kat Bangi.
Comel sangat dia. Tak sangka kawin dengan schoolmate sekolah.
aku tak kenal pun hubby dia.
diorang satu sekolah masa tingkatan 1-3 kot.
panjang jodoh.

Moga awak berbahagia hendaknya.
disamping suami tercinta.

Syah..moga jadi isteri solehah.Ameen.

Sunday, March 2, 2008

My dad's birthday!



alamak.. lama dah tak update blog. kali ni baru sempat nak update.


kali ni nak citer pasal my dad's birthday. ni first time kami celebrate birthday ayah.
tak rancang pun nak celebrate.
aku balik KL arih tu.. a week before mengundi sbb nak attend aisyah's wedding.

pastu, esoknya bezday ayah. ibu pun inform kat semua anak dia.
suruh kumpul hari ahad.nak celebrate bezday ayah.
adik aku yang bongsu je takde. kat perak katanya.


abang aku beli kek kat secret recipe. aku ngan akak masak nasi ayam.
kitorang makan ramai2 time lunch.
ayah baca doa selamat sikit2.

seronok.

Ya Allah, aku bersyukur atas anugerah keluarga bahagia ini.


abang(bajuOren),acik dan iJat pun ada

Backstabber..pandai pura-pura!!

semalam kawan aku cerita pasal kawan dia yang backstabber. Depan orang cakap manis, belakang orang dia kutuk plak kawan aku ni.tak paham betul.

dia cerita kawan dia ni tak ada kawan sangat.. tak tahu lah kenapa lepas sorang-sorang taknak kawan ngan dia. kesian la. orang yang tak rapat ngan dia puji gila dia ni.. baik, santun, rajin.

kawan aku ni keje kat KL. kawan dia ni (aku namakan 'A') sama jadi engineer kat sana. lebih kurang bulan lepas, kawan aku ni dapat promoted jadi assistant manager. the next day, sorang lagi engineer bgtau kat dia yang si 'A' ni tak puas hati, apasal kawan aku ni yang dapat jadi assistant manager, bukan dia..sbb dia rasa dia yang lagi layak jadi dari kawan aku tu. abis dikutuk nya kawan aku ni.

kawan aku macam tak caya. depan dia si 'A' ni siap congrate, puji-puji lagi. padahal belakang dia kutuk tahap tinggi. ada ke kawan camtu. patut la dia TAKDA KAWAN. Pandai pura2.

kawan aku tu tak la heran sangat. asalkan dia dapat jawatan tu, dia malas nak layan 'A'. rupa-rupanya, apa yang orang cerita-cerita pasal 'A' tu, kawan aku tu dah kena..walau sebelum tu dia tak caya.

aku rasa aku ada kenal sorang. malas la layan. orang yang berpura-pura akan diketahui kepura-puranya. bodek je lebih.

chow.