Friday, December 31, 2010

salam 2011

percaya atau tak, sekejap je masa berlalu. Dah 2011 rupanya. Anyway, welcome to another new year.

Sejak dua menjak ni, kemalasan mengupdate blog semakin menjadi-jadi. Malas teramat.. Tapi blog bisnes rajin plak nak diupdate. Hehe.

Ramai yg tanya.. Apa azam tahun baru? Hm.. masa baca facebook's status kengkawan.. dapat satu azam yg memang dari taun 2009 nak buat atau pun dari Arif lahir hari tu..

  • nak breastfeed exclusively kat bakal adik Arif ni.

hari tu tak dapat nak breastfeed lama sebab kena berkursus masa arif 10 bulan. so, untuk merealisasikan impian ini, aku dah memperkemaskan peralatan untuk breastfeed:

  • beli beg baru untuk breastpump.. siap ngan storage part utk cooling
  • beli double pumping untuk spectra 3 tu..

harap-harap Allah permudahkan.

and the best part is.. aku akan amik cuti 3 bulan walaupun impian ada anak sekurang-kurangnya 5 orang.. tapi husband siap cakap awal2..
"plan nak cuti tiga bulan.. kot2 dah 2 bulan, boring dah duk umah.."

hehe, husband pun dah kenal istri jenis 'kaki kerja'.. apapun, bos is already being informed!!

azam ke-2..

Nak sambung blaja FULL TIME. sementara anak ada 3.. 3 LELAKI. (fuh). dan sebelum menambah lagi.sekarang, dah kena fikir siap2 nak buat proposal apa, sambung kat mana..

apapun, itu ketentuan Tuhan. Kita merancang, Allah jua ada perancangan TERBAIK untuk setiap hambaNya. Adakah perancangan kita selari dengan perancanganNya..?

Sunday, November 14, 2010

hampir 3 bulan tidak update..

sudah bersarang blog ni..

tak terasa nak update blog. sudah jadi bisneswoman sekarang. wohaa.

di http://muslimahku-store.blogspot.com (sempat lg tu..)

pasal BISNES.
- semakin aku bz dengan bisnes sbb semakin TENSION dengan kerja. macam2 hal.
- aku sudah semakin mahir dengan selok belok menjual. camne nak letak harga, camne nak deal ngan customer..
- nampaknya boleh berhenti keje (ayat org sedang tension..)

pasal KANDUNGAN
- jeng..jeng.. i am becoming of 3 SONS.. that's mean result scan menyatakan, kandunganku adalah BOY. (huh, cannot be imagined.. dua HERO ni pun sudah sangat 'mengujakan'..)
- the best thing is.. tak sabar nak baby keluar, sbb ibu NAK CUTI 3 BULAN.. haha! (thanks to gov).

p/s: cannot believe aku akan update blog.. (boleh ke buat ayat camtu..)

Monday, August 30, 2010

sempena bezday afiq..

**OUTING DENGAN AFIQ**

First of all, salam merdeka pada semua. moga kita dapat sama-sama menghayati erti merdeka dalam aspek apa pun.. mengikut tafsiran masing-masing. MERDEKA!

setiap tahun aku tidak akan melupakan tarikh ini(semua orang pun..) tapi specialnya, a day before adalah my son's bezday. 4 tahun lepas, setelah 9 jam di labour room..aku melahirkan seorang putera comel nama Muhammad Afiq.. di Hospital Kuantan.

so, sempena tarikh ni aku plan nak bawa dia gi jejalan shopping complex.. belikan present.. especially buku.. awal2 lagi aku dah pesan, kita akan ke bookstore.. (menerapkan sifat suka membaca dari kecik..harap2 berpanjangan..)

kat bookstore dia kata nak beli colour, so aku ckp..

si ibu: afiq beli yang kecik aje ye, afiq kan dah ada colour kat rumah..

si anak: afiq kan dah 'big', kenala beli colour yang BIG..
(ok, anakku sudah pandai berkata2..terimakah hakikat..)


anyway, aku belikan juga apa yang dia nak. sticker book ultraman, mickey mouse colouring book, pencil colour BIG dan frozen nugget.

letih juga aku berjalan.. dengan berbadan dua ni.. tak sampai 2 jam, dah keletihan.. balik rumah pun, dapat masak satu lauk je, yang lain beli kat kedai.. tak larat.. tak larat..

**ROTI JALA **
A day before bezday afiq, aku ngidam makan roti jala.. nak yang buat sendiri. so 'google' internet cari resepi, jumpa resepi kat sini -->http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/01/roti-kirai-roti-jala.html

sanggup minta abahnya jaga anak kejap untuk ke kedai beli tempat tebar roti jala. kari ayam dah siap masak awal2.. tapi, sampai berbuka posa.. tebar roti jala tak jadi..

wa.. rasa sedih.. melekat aje kat kuali. pastu try campur 1 biji telur.. tebar lagi.. Baru JADI.
apa lagi, berbuka puasa dengan roti jala aje.. rupanya anak-anak pun sangat suka... esok paginya pun, buat breakfast untuk anak, roti jala lagi.. best..best..

resepi Roti Jala (copy-paste dari tiffinbiru, tq!)

Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar santan atau susu cair
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggris kuali

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan dan ketepikan. Biar adunan rehat 20 minit. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
  2. Dalam kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
  3. Bila roti jala kelihatan pucat. Lipat dua menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca.
**aku tambah sebiji telur..

p/s hari ni terajin sikit, post entry panjang sket..

Sunday, August 29, 2010

keajaiban..

"abah, afiq nak potong rambut macam adik"

ha! maybe malam tadi malam lailatul qadar,, hehe. keajaiban yang tak terjangkau di fikiran akan diluahkan oleh abanglong afiq..

abahnya juga terkejut.. at the same time, gembira.. selama ni kalau nk potong rambut mesti 'berperang' dgn afiq... siap potong dalam bilik air.. geli rambut yang dipotong jatuh pada badan

so, kali ni.. dengan suka hati afiq merelakan abahnya memotong rambutnya..Alhamdulillah
afiq posing dengan adik, sebelum rambut dipotong..

seriusnya abah..

tara.. afiq dah hensem

afiq dah jadi abanglong.. (gambar diambil beberapa hari lepas)

dah nak masuk 4 tahun esok.. Happy besday my son in advance !!

ibu sayang afiq..

Tuesday, August 24, 2010

Camne Ramadan kita..

Amacam amalan setelah separuh bulan ramadan? Huh, aku jua mengeluh dgn amalan tak seberapa.. Alquran jua baru sampai juzuk 4. Kena tingkatkan prestasi ni.
ada sorang ustaz membuat analogi.. Ramadan ni ada 3 fasa.. Seolah2 main bola sepak. Sepertiga awal ramai bersemangat beribadah.. Sebab itu pusingan kelayakan.. Biasala ramai org..
Sepertiga pertengahan.. Dah masuk separuh akhir.. Saf terawikh pun dan 'maju' ke depan..Sepertiga terakhir pusingan FINAL. Memangla tak ramai org solat jemaah di masjid.. sebab hanya org terpilih sahaja.. Moga2 aku tergolong2 orang2 yang BERUNTUNG..

Mari sama2 menghidupkan Ramadan, LailatulQadar menunggu..

Monday, August 23, 2010

tolong menolong..

alkisah di pagi hari aku teruja untuk post entry baru

Tolong-Menolong..

ceritanya pasal roadblock di pagi hari.. betul-betul kat entrance poli masa aku nak dtg keje. sasaran student naik motor. apala mimpi polis nak buat roadblock pagi-pagi sangat ni..

yang mengujakan adalah gelagat mereka. cuak tahap tertinggi. ada yang dah siap2 berhenti tepi jalan awal-awal lagi dan ada yang u-turn. (alamat tak ke kelas la budak-budak tu)..

apapun, majoritinya ramai yang sibuk dengan tepon..(tepon kengkawan nak warning ada polis).. itulah sikap Tolong Menolong..

dan para pensyarah berkata "Ramaila budak tak datang kelas pagi ni"..

p/s-tolong-menolong amalan mulia..(yang lebih penting..dalam perkara apa..)

oat prawns


men'interprem' resepi lagi. resepi yang marbeles. sedap.. kena cuba tau. senang aje..

sumber:http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/01/oat-prawns.html

Bahan-Bahannya :-)
500 g udang sederhana, besar, kupas kulit dan cuci bersih, toskan
1 biji telur*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan kacau hingga rata)
3/4 cawan tepung beras
Oats secukupnya (kurang lebih 1 1/2 cawan)

Bahan Sos Marmalade :-)
2 camca besar Marmalade
2 camca besar sos cili
1 camca teh kicap cair
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji cili padi merah, cincang halus
1 camca teh cuka makan
2 camca besar air suam

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK UDANG OATS :-) Udang yg telah ditoskan tadi disalut dengan tepung, kemudian telur dan akhir sekali golekkan dengan oats hingga menyaluti keseluruhan udang. Bua sampau habis. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan, jangan goreng banyak2, cukup 10 - 12 ekor sekali goreng. Angkat toskan minyak dan letak atas paper towel. Buat hingga siap dan hidangkan bersama sos marmalade.
  2. UNTUK SOS MARMALADE :-) Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Rasa dan jika ok boleh dihidangkan bersama udang tadi. Jika tak de marmalade, boleh juga guna jem apricot...Selamat mencuba!!!!
aku buat udang aje. tak sempat nak buat sos. thanx mat gebu.

Thursday, August 19, 2010

kek gula hangus plak


sory la sebab asyik interprem makanan. hehe. bulan puasa ni macam-macam resepi rasa nak try. yang ini amik dari http://www.myresipi.com/top/detail/647

sangat mudah. semudah A-B-C

KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
balik tengahari dari ofis, bancuh bahan2 ni.. perap 3 jam, balik dari ofis kul 6.. bakar.. Walla.. baunya sangat best. anak pun suka.

'sarang'nya tak jadi sangat sebab kurang soda bikarbonat tak perasan tinggal sikit.

selamat mencuba.

Wednesday, August 18, 2010

polis traffic dalam kereta.

setiap pagi ke ofis, kadang-kadang hangin juga dengan gelagat pemandu2 ni. antara yang meng'hangin'kan..

1. pemandu 'makan angin' di lane kanan.
2. pemandu jentolak dan lori pasir (apasal waktu ni la baru nak gerak..)
3. pemandu tak reti bawak kereta jauh sikit dari bontot kereta kita..

but apa pun yang jadi.. setiap pagi aku ada polis trafik tolong remind.. (bagus kan..?)

"ibu, apasal laju ni, tak takut langgar ke"

"ibu, pelahan la sikit"

"ibu, pasangla lampu..kereta tu pasang lampu"

"ibu, pasang wiper..kan hujan tu"


..dan banyak lagi.

kadang-kadang rasa macam nak siku je. saba..

p/s: like father like son..

Tuesday, August 17, 2010

puding roti kegemaran..


hari ahad lepas buat puding roti, actually nak abiskan roti yang tak abis lagi (..dan tak tahu apa lagi resepi bleh buat dengan lebihan roti).. terus buat puding roti.

pastu bleh tak ingat camne nak buat. ni main2 campur2 bahan.. ingat2 lupa. Alhamdulillah, rasanya masih puding roti.

Bahan-bahan: 6 keping roti, 3 biji telur, satu tin susu cair, setengah cawan gula, perasa vanila, serbuk kayu manis sikit.

Cara:
1. pukul telur ngan gula, bagi larut2 sikit.
2. tuang susu + perasa vanila + serbuk kayu manis
3. susun roti atas dulang, (kalau suka sapu mentega di antara lapisan)
4. campur kismis(kalau ada kurma, prune kering pun boleh)
5. tuang adunan susu tadi atas roti.
6. masuk oven, 180c, 40 minit.
7. tara.. siap!

sapa nak ikut resepi di atas bleh je (atas tanggungan sendiri. hehe..) atau 'google' cari2 resepi puding roti.

p/s: esok nak masak apa plak?

Monday, August 16, 2010

berita kehilangan..

semalam terima 2 berita kehilangan yang cukup menyedihkan.. tak tertahan air mata mendengarnya.. inilah dialog berlaku..

rakan: Ida, you ajar kelas DKE3C?
aku : Haah.
rakan: Mohd Safwan..
aku : (mencelah).. ha, kenapa dengan dia, tak datang ke? (rakan adalah penasihat akademik dia)
rakan: dia dah meninggal jumaat..

Ha!

aku:eh, dia dtg kelas i jumaat tu.. (tak percaya, sebab top student tu ada masa kelas praktikal aku, salah orang kot)
rakan: dia meninggal kul 3 petang, accident.. (sambil tunjuk kad pelajar budak tu)

Ya Allah! air mata tak tertanggung lepas tu, dengan kawan aku tu.. aku menitis air mata. Sedih, terkejut. Rasa macam baru jumpa je dia.. Rupanya kelas aku adalah KELAS TERAKHIR yang dia pergi. kelas aku habis kul 12 tengahari.

dia sangat aku admire sebab sangat menyerlah dalam kelas..minggu lepas, dalam kelas teori dia dapat Bonus Mark yang aku offer sebab jawab soalan.. kelas praktikal plak, jadi pelajar pertama siap Test yang aku buat.. dan dia minta izin aku balik awal.. dan rupanya itulah saat TERAKHIR aku jumpa dia.

dengar kabar, ayahnya dah takde, ibunya sedang buat Umrah. jika aku yang baru jumpa dia 9 minggu yang lepas terasa kehilangan, macamana plak dengan ibu dan family dia, kawan-kawan..

first time aku mengajar selama 5 tahun ni, ada student yang sedang aku ajar meninggal. baru umur awal 20an. Insaf. Allah boleh ambil kita bila-bila masa.

berita kehilangan ke 2:
my best fren baru miscarriage, my ofismate. umur kandungan tak masuk 3 lagi rasanya. semoga tabah, my frend.

Ya Allah, andai Kau uji aku dengan ujian2 ini kelak, tabahkan hatiku menerimanya. Cucuri roh Muhammad Safwan bin Umar, studentku ini.. moga Kau golongkan dia bersama orang yang beriman.

p/s:terima kasih Safwan kerana pernah hadir menceriakan kelas saya..semoga tenang di sana..

Sunday, August 15, 2010

pesanan ustaz..

semalam, masa nk tido ada ulangan siaran Tanyala Ustaz di TV9. giliran ustaz zaharudin bercerita tentang kewangan islam.. rupanya banyak sangat ilmu yang selama ni aku tak tahu, ustaz bgtau..

walaupun sudah mencecah satu pagi (yg esoknya nak bersahur..), ku gagahkan mata utk tengok gak.. antara perbincangannya adalah:

1. dividen KWSP kita tak sepenuhnya halal, telah diakui oleh orang besarnya.. secara AKADEMIKnya ustaz bgtau, kita bertanggungjawab tanya dekat pihak KWSP berapa bahagian yang tak halal, dan sedekahnya kepada faqir miskin.

2. Kita ada mengamalkan riba tanpa kita sedari.. KAD KREDIT. Biasanya Kad Kredit bank konvensional ada caj interest (itula riba).

- ada juga yang tanya, kalau kita guna kad kredit tu, pastu kita bayar terus sebelum kena caj camne? ustaz ulas, masih lagi HARAM, sebab kita masih menyumbang kepada syarikat tu.
(balasan riba di akhirat DAHSYAT juga.. takut dengar ustaz bgtau, selama ni tak tahu pun, walau sekecil RM0.20 pun still riba..)

3. Kita boleh kenakan caj lebih 100% dari modal jualan (ni kalau org berniaga), contoh kalau kita beli barang harga RM1.00, jual balik Rm2.00.. DENGAN SYARAT, harga jualan tu adalah HARGA PASARAN.

-tak tahu plak benda ni, yang aku pegang takleh jual lebih 100% modal.. so, lepas ni kena study harga market baru nak menjual..

4. dan banyak lagi ilmu...

Ilmu-ilmu ustaz banyak dikongsi di laman webnya, www.zaharuddin.net. banyak isu-isu terkini yang dibincangkan di situ... aku aim nak beli buku tulisannya pasal Kewangan ISLAM. insyaAllah.

p/s : rupanya, banyak sumber rezeki kita tak perasan asalnya diragui.. semoga Allah melindungi kita sama-sama..

Thursday, August 12, 2010

jom masak untuk berbuka..

my faveret activity are back. cooking! yeeha.
plan nak masak dari tengahari lagi, so, sebelum balik umah, dah siap solat asar.. punch card awal, sbb kena amik anak lagi.. mengharung jam.. sebab semua nak balik awal..

lagi menambah semangat sbb ada corningware baru.. beli masa offer parkson. RM499 untuk 4 biji (murah tak?).. apa lagi.. berhempas pulas memasak..

kesannya, lepas berbuka.. dah melepek tido, tak leh buka mata.. (padan muka)
lauk 1 : kubis goreng kicap


lauk 2: udang goreng masak sambal kering

lauk 3: ayam masak kicap (plus atas corningware baru..hehe)

p/s : petang ni nak masak apa ye? hehe

Wednesday, August 11, 2010

Harga dah naik..

Alhamdulillah, semalam Allah telah permudahkan aku untuk menjalani ibadah puasa hari pertama. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Bila tiba waktu berbuka, aku seperti yang lain, tak sabar nak ke bazar.. membeli sebarang dua juadah berbuka. bazar kat beserah ni memang best, macam2 kuih ada..punya la ramai orang.

tapi sebenarnya harga makanan dah naik. semalam beli:
  • lauk patin tempoyak besar tiga jari : RM4.00 sekeping
  • ayam percik besar tapak tangan : RM4.50
  • agar-agar biasa : 3 seringgit
huh, bila husband tanya nak beli sayur tak, aku terus jawab..
"tak pela, ibu goreng je sayur kat umah". ntah berapa ringgit plak untuk sayur seciput..

balik dari bazar, aku goreng bayam merah secekak (beli mentah pun baru seringgit lebih), 10minit dah siap..boleh makan 2 kali.. berbuka dan sahur. itupun ada lebih.

so, untuk hari ini aku rasa nak suruh husband beli kuih-muih je.. nak masak lauk. setakat satu lauk, boleh la beli. kat sini harga makanan dah naik, kat tempat lain camne ye. dengar berita tadi, kalau kat KL (spesifik bazar kampung baru) air minum tak dapat RM1.00, dah selaras RM1.50. huh! *sigh*

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan yang ditunggu..

Ramadan menjelang lagi.
Kali ini agak berbeza sebab masih dalam keadaan memulihkan diri dari mabuk pregnant.
Ya Allah, moga kuat kali ini menghadapi Ramadan.

Malam ini suami ke surau untuk solat terawikh, Alhamdulillah..baju Melayu simpanannya terguna juga selain hari raya.. Aku pesan kat suami supaya doakanku sekali, moga pengorbanan menjaga anak ini ditinjau jua olehNya.. rindu pada solat terawikh.

Azamku tahun ini tidak banyak, cukupla bacaan Quranku melebihi Ramadan yang dulu, serta solat sunat malam yang istiqamah. InsyaAllah.

Mak mertua tersayang ada bekalkan beberapa makanan kering utk tambahan bagi sahur, memandangkan aku pun tak jamin boleh sentiasa larat untuk masak dengan keadaan yang tidak mengizinkan..
Terima kasih mak atas bekal-bekal ini..kentang goreng + tempe + ikan bilis + kacang berlada

serunding ikan , sambal ikan bilis+belimbing hitam kering

dan yang ini beli sendiri
.
.
.
.
alternative terbaik untuk sahur..

Monday, August 9, 2010

meh blajar buat carta yg cantik.

comel tak carta warna warni ala2 3D..?ada satu tool membuat carta free yang menarik dan cantik.
dan ia online..

nama laman webnya : bubbl.us

yang disukainya adalah kerana tak payah nak register apa2.. terus boleh guna.
apa lagi jomlah cuba..

bleh save as image..

p/s : tengah exxplore courselab..

Monday, August 2, 2010

Rules at office.

semalam merajinkan diri ke library, nak cari buku untuk research. terjumpa buku yang agak menarik.

tajuknya: "101 common sense rules for the office" by John Brinkerhoff.

buku tips yang baik bagi cara 'survive' office. antara rules yang menarik..

Rule 1: Know Who Your Bos Is

Rule 2: Don't Surprise the Boss
* sentiasa memaklumkan perkembangan semasa, tugasan.
:
Rule 12: Be at Home in Your Office
* Mengemas tempat seakan di rumah

Rule 15:Don't Have a Messy Desktop - Anytime
* Ni memang kelemahanku..must be improve

Rule 26: Keep Good Files
* Ni satu lagi yang aku ada masalah, sistem pemfailan yang berterabur

Rule 49: Use Lunchtime to Network
* betul, masa ni la kita nak bersosial

Rule 50: Listen to Gossip
* kata penulis buku ni: "A gossip is just a way to satisfy curiosity about other human beings in the office". Quite agree! thats how we know who our boss and colleagues. jgn mencari gosip plak.

Rule 51: Don't Spread Gossip
* yang ni backup kepada Rule 50. Dah dengar tu, udah2 le. just keep it shut.

Rule 53: Plan Your Career.
* ini akan menambahkan motivasi bekerja

Rule 70: Start Something.
* something good.. mesti ada inisiatif, bukan tunggu kerja aje.

Rule 71: Do the right thing carefully.
* kalau kita buat baik, jarang orang ingat.. so, jangan buat sambil lewa sebab silap sikit..sampai bila2 orang ingat. (pengalaman sendiri)

Rule 82: Maintain a sense of Humor
* boleh la buat lawak 2, 3 kerat

Rule 83: Dont make an Enemy Unintentionally.
* beware..

Rule 99: Stop Complaining
* peringatan untuk diri sendiri juga

Rule 101:Remember what are you trying to do
* FOKUS!!

buku best. Niat di hati nak baca semua explaination in all Rules, tapi masa tak mengizinkan. Kalau tak dapat semua, sikit pun jadila.. semoga tips berguna ini dapat dipraktikkan..

kalau ada masa, silala cari buku ini di kedai2 buku atau perpustakaan.

Sunday, August 1, 2010

new look.

"hensem tak saya?"

arif's new look

sekali tengok cam hensem..2 kali tengok cam sakit je, sebab tak cukup rambut. tak baik betul. hehe. abah arif ada beli hair clipper baru, test kat arif. arif sangat baik masa rambutnya dicukur. tak nangis pun macam abang dia. beza betul. afiq sampai sekarang tak berani potong rambut, walaupun rambut dia 2 kali ganda lebih tebal dari arif. kalau nak potong, kena potong dalam toilet, sebab dia geli setiap kali rambut jatuh kat leher.. gatal katanya. kena terus basuh dengan air. leceh betul.

my condition

my condition seems better. first try masak nasi lepas lebih sebulan tak leh masuk dapur sebab mabuk..everything bau busuk..especially bau masakan. dinner tadi, masak rebus sayur..mak dari jengka ada kirim sambal kering belimbing hitam (pergh.. sedap gile).huh!rindu nak masak.

everything dalam freezer yg dah lama tak terusik, terus dibuang. letak benda baru. menjelang bulan puasa ni, kena get ready dengan bahan mentah..expecially untuk sahur. harap2 tak mabuk la bulan puasa ni. insyaAllah.

office matter

lately, macam agak gembira ke ofis. a few days ago, ada konflik sikit ngan bos.. ada la tekanan tak terbendung. atas nasihat rakan sekerja dan diiringi doa, aku beranikan diri jumpa bos, meluahkan dengan baik (maybe..) ketidakpuashatianku atas beberapa perkara. perbincangan menghasilkan impak positif.. sekurang-kurangnya aku tak sakit hati lagi, ketegangan dapat dileraikan. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah melalui buku "Hebat di Pejabat", aku dapat tips2 yang hebat.

harap2 boleh menghadapi cubaan2 yang mendatang dengan lebih baik.

Sunday, July 25, 2010

bestnya dapat balik umah mak kita..

masjid shah alam (amik dari FB adik)

memang tak bleh nak bayang betapa bestnya bila sebulan sekali dapat balik umah ibu..
dengan mengabaikan tekak yang sentiasa loya, digagahkan balik ke KL walau 4 jam perjalanan.

destinasi husband ke KL tak lain tak bukan.. sogo dan jusco. tak kisahla.. asalkan dia nak balik KL. punyala tunggu sebulan lebih, nak cari sabtu yang free (dr aktiviti sekolah suami).. akhirnya dapat juga.

jumaat malam dah bertolak, tapi lambat sampai..sebab berhenti banyak kali. suami mengantuk. keselamatan perlu diutamakan.

pagi sabtu, tak sempat menatap muka mak ayah, kul 10pg dah angkut ayah dan kakak ke sogo. nasib afiq tanak ikut. itupun dah lelah mengusung arif..mengekor abahnya shopping. aku makan angin je. tak dapat nak bershopping dengan selesa. takpela, asalkan anak ngan abah dapat baju, aku takpe, beli siap je.

balik dari sogo, gi masjid shah alam. ada wedding jiran. (buat kat masjid tu..). beza betul masjid shah alam, dulu aku sampai ke masjid tu pun, sebab ada rombongan sekolah.. sekarang ni, dah ada gerai. sempat aku 'rembat' 2 tudung syria labuh. tukar imej. hak hak.

kesimpulannya. balik KL memang best kalau banyak duit sebab balik umah mak kita..tapi, yang susahnya.. sebulan sekali tak tentu dapat balik. ibu pesan, jgn paksa suami balik umah ibu.. kalau dia tanak, ikut je..dgr ckp dia (sob..sob..)

p/s husband tetinggal benda penting kat KL, (jom balik KL lagi bang..hehe)

Tuesday, July 20, 2010

Dah buat buku pink.

sangat rasa berat nak ke klinik untuk buat buku pink bagi ibu mengandung.
sebab sangat lama untuk buka buku baru.

stat kena cek 8.26 pagi, abis 2 jam kemudian. itu belum cek gigi ngan jumpa doktor.
huh, selasa depan kena gi lagi.

listed are the new info for me:

  • berat : 48kg - ada naik sket
  • HB : 14.2 - nurse kata OK
  • usia kandungan: 10 minggu 5 hari
  • expected due date: 14 februari. senang nak ingat kan?

as expected.. kena bebel dengan senior nurse tu sebab anak sebelum ni tak sampai umur 2 tahun lagi. so what? diamkan aje, mentally prepared. tak tertekan pun.

apa lagi nak cite.
hm. arif dah setahun (30 jun lepas).

sangat tidak beria untuk bercerita kerana sedang dalam mabuk's time.
cepatla berlalu.

ok. chow!

Thursday, June 24, 2010

am i should hire a maid?

terfikir soalan ini setiap kali 'terlepak' keletihan menyediakan dinner lepas abis waktu keje.

abis keje dah 5.30 ptg. sampai ke rumah boleh capai 6.00 lebih. biasanya, tak lepak dah..schedule keje dah tersusun kat kepala.. nak buat mana satu. yg penting kena defroze bahan mentah utk dinner.

mengharapkan agar abahnya tak ke mana-mana utk mengawal 2 hero yang aktif.. terutama hero si kecik supaya tidak merangkak ke dapur. abis masak, kul 7.30 baru bleh duduk. ops, belum lg. suap si kecik dengan buburnya. sambil bergilir solat maghrib dgn abahnya. itupun kalau abahnya takde tuition.

kul 8.30, memang dah terlepek keletihan. ni belum anak dah sekolah. nak teman buat homework lg. pastu terfikir..

"best kan kalau ada maid"

yg menambah keinginanku juga..both of my sisters dah ada maid. sejak dah pregnant ni, lg tak larat buat keje.

camne ye..

Wednesday, June 23, 2010

programming project..

the above pics shows the upgraded version of my programming system using VB.

Alhamdulillah, walaupun dihentam dan dikritik dalam meeting kerana sistem e-amaran yang lepas, aku perlu bangkit semula. kalau nak ikutkan hati, nak kuburkan aje sistem ni (inna lillah)

but sokongan, motivasi dari kengkawan menguatkan semangat semula, walaupun harus dipulihkan hampir beberapa bulan (merajuk..). akhirnya, second version of e-amaran is developed. huh, seminggu memikirkannya. apapun, ada lagi yang nak dibetulkan, dan diperbaiki.

a few of my colleagues pun ada jumpa, nak menuntut ilmu buat program, kecik rasa diri yg tak berapa pandai pun.. but still i'll try to help them semampu mungkin. paling tidak, lepas ni boleh la buat team inovasi software.

maka tercetusla idea untuk membuat buku...sendiri2 punya, so that lepas ni kalau ada yang nak minta ajar.. dah ada sumber rujukan. kalau ada nak buat kursus pun, ada dah handout/nota..

p/s: ada hikmah atas semua yg terjadi.. jangan putus asa dengan Allah.

Thursday, June 17, 2010

org baru.

ramai yg dah tahu. so, bleh la bgtau kat blog.
hehe. i'm pregnant.
this time seems different.
sebab bz dengan keje atau benda lain kot
, morning sickness tak berapa rasa.(alhamdulillah..)

this time pun rasa ngada2 nak makan itu ini.
semalam, ternampak durian.. minta hubby belikan
mengeluh juga dia..sebab 3 biji je dah rm20 lebih
memandangkan istri dia ngidam (jarang ngidam apa2 pregnancy yg lepas)
terpaksa beli.

dapat rasa 2,3 ulas jadi le.
pastu ngidam meja laptop..ternampak kat kedai perabot tu.(ada ke org ngidam gitu..)
hubby kata, "nanti kita beli"
isk. pikir2 balik, ngada2 betul ni..

anak first nampak macam independant dan manja2 sikit..sebab masa ngandung, duk jauh sekejap ngan hubby
anak second nampak tinggi analytical thinking sebab masa ngandung dapat siapkan satu projek@sistem a.k.a. software..3 weeks before deliver bole bagi kursus programming..deliver pun masa second day berkursus multimedia (sapa ingat cite ni--> pengalaman bersalin)

third ni.. will be a very influence leader..haha sebab ibu dia tengah gile kuasa..semua kerja nak buat kat ofis tu..takde keje pun cari keje.. biarla org lain nak ckp apa pun.. (haha..gaya gelak watak jahat filem melayu dedolu)

isk.isk. dah mengarut le tu. maafkan je la.. biasale pembawakan budak.


dari http://www.pregnancy-calendars.net/week5p.aspx
katanya..week 5, baby baru besar anggur..

Wednesday, June 9, 2010

belajar menjahit..

hari ketiga cuti dimanfaatkan dengan belajar menjahit. menjahit apa? baju kurung dan baju kurung riau sampai pandai. unlimited hours. fee dia RM150. ok tak?

ni belajar pun dengan orang persendirian. kak sarah namanya. belajar dengan 3 kawan yang lain. asalkan lepas baju sendiri ok la kan. kalau rasa ada masa free boleh je pegi umah dia. flexible..kecuali hari isnin dan jumaat, dia ada kelas kat KEMAS.
suzi dan ros khusyuk jahit

for first day, kitorang belajar camne nak ukur badan.. bahu, panjang tangan, lebar tangan, perut, pinggul.. macam2 la. pastu belajar camne nak buat 'mata lalat' kat leher. asalnya nak belajar dah cara potong kain, tapi 2 kawan lagi tak bawak kain, tunda la esok.

esok pun kak sarah nak ajak tgok mesin jahit. hehe. hubby dah bagi green light nak beli mesin jahit. wah..best..best..
sample hasil pembelajaran

p/s afiq and arif's junior is coming.. hehe

Monday, June 7, 2010

weekend lepas balik KL

balik KL memang ditunggu2.. iyelah balik umah parents kita.
ada 2 important benda happen kat sana.

first: wedding erna (my offismate)

hari ahad lepas, aku ditemani hubby ngan anak-anak ke gombak attend wedding erna. alang-alang balik KL, mestilah kena singgah.. tak lah jauh sangat dari sungai buloh.. tapi berpuluh minit juga lah nak cari rumah dia..

erna anggun dengan dress tema pink and white

first time dapat doorgift coklat yang sangat sedap

second: aku dapat anak sedara baru

my sister bersalin anak ke-tiga.. yang ditunggu-tunggu sebab 2 anak sebelum ni, lelaki. yang ini perempuan..
bersalin kat swasta, Putra Medical Centre .. unexpectedly, hari kedua.. dia tumpah darah. Huh, kena masuk darah beberapa pain.. Hb dah tahap terendah.. 5.0 je. abang ipar kata, bersalin normal kat situ RM1.8k.. without any complication. tapi, dah nak jadi macam ni.. berganda-ganda la fee dia. nak buat camne

abang ipar kata, punca dia tumpah darah tu sebab rahim tak mengecut.. tak tahu sebab apa.. cant be explained(my BIL is a doctor).. but still dia bebel sebab my sister tak makan ubat tambah HB tu.. tu yang menambahkan teruknya.. wahai ibu mengandung sekalian, janganla tinggal makan ubat yang doktor bagi tu.. sepahit mana ubat tu, ada baiknya..

semalam, masa nak balik ke kuantan.. baby baru dia still takde nama lagi.. nak bg nama Alia katanya.. ntahle. tunggu je la.

p/s.. bermula cuti, berehat bersama keluarga..

Thursday, June 3, 2010

Face it

don't know how to explain. its really hard to bear.

i've got problems at my workplace. yes, everyone has problems. but for me, its really hard to face.terlalu berat rasanya.

lumrah manusia, bila kita susah, kita akan kembali kepada Tuhan. aku hambaNya yang lemah juga begitu. Allah sentiasa menguji hambaNya sebab nak hambaNya ingat padaNya. Aku pasrah.

my husband macam perasan aku ada masalah, but i can't tell him..seems for me its not a good choice. he won't understand the situation. untuk first time, aku tak bgtau dia (sorry abang).. mata asyik 'bocor' je malam tadi.. tapi kena pura-pura OK sebab i have family members to be entertained.. masalah kerja tak boleh dicampuraduk dengan private life. betul tak?

i start the day with solat hajat and yasin, may Allah smooth my day. cause i have to attend the meeting (that i dont want to..). I pray to Him that i may face the problems with patients..

Alhamdulillah, He really help me. And the meeting is over..

"When you set out with a plan in life and doesn't go quite right, it's because God has a better plan for you"

p/s aziyana, akak amik words ni dari cerita yusuf Islam dalam reader's digest Jun 2010 awak

Monday, May 31, 2010

potty training.

when i fetch arif and afiq at their taska yesterday, their pengasuh told me.. afiq dah 3 kali terberak dalam seluar. sampai kena pinjam baju kawan dia. biasanya, kalau kat rumah, he will asked me to put on his diaper kalau dia nak berak. buang air kecil dah ok.

dan kalau kat taska, for this while, dia tahan.. kat umah baru dia berak. maybe yesterday he cannot stand anymore. i asked them if he got diarrhea.. but they said his poo seems normal. tak macam cirit birit pun.

huh, pening juga. dulu, ada juga ajar ke toilet.. tapi dia penggeli. bila suruh dia cuci lepas buang air guna left hand dia.. dia kata:

"tanak, nanti tangan afiq kotor"

isk.isk. so, semalam masa ambil dia.. pengasuhnya kena pakaikan pampers sebab takut terberak lagi. but then, afiq is expected i will scold him.. tapi aku tanak bagi dia lagi rasa bersalah. he already crying when he saw me.

i just calm him down, bagitau yang aku tak marah pun dia. tanya dia elok2.. secara tak langsung ajak dia gi toilet bila sampai rumah. still..3 kali duduk atas toilet bowl tapi tak buang apa2 pun. takpe, at least dia dah tak takut duduk atas toilet bowl.

so, malam tadi agak letih sikit sbb kena memberus 3 pasang bajunya yang tercemar, campur baju kawan dia yang dia pinjam..kena pulangkan semula hari ni. dan aku bekalkan 2 kid's brief kat dia..kalau dia terberak pun, tak terus jatuh ke lantai macam semalam..

kat facebook, aziyana ada bg satu laman web berguna tentang potty training.. tak dapat nak kongsi kat sini sebab ni guna wireless ofis. tak leh buka FB. anyway, thank u.

antara pesanan dlm website tu (kalau tak silap anaksoleh.com), kita kena ambil cuti seminggu untuk train anak membuang di toilet. ya! i'll plan for it.

being a mum is a gift, its price is restless..(words from ifaz)

Sunday, May 30, 2010

weekend's activities

rasa macam dah lama tak update blog pasal aktiviti weekend. ntah apa yang disibukkan sangat pun tak tahu la..
so, these are a few activities on last weekend.. 3 days cuti. macam biasa, hari jumaat petang balik jengka, amik stok tudung.. untuk bisnes.. tghari sabtu dah bergegas ke kuantan semula untuk attend wedding best fren, sheda

SELAMAT PENGANTIN BARU, SHEDA.

dari jengka tak singgah pun rumah, terus ke wedding sheda. hubby dah pesan bawak siap2 baju kurung ngan present untuk sheda ke jengka, sebab nak terus singgah rumah dia.

sheda sangat cute. warna tema silver pun sangat cantik. congrates. pn sheda.

Hari ahad plak, ada wedding kawan hubby plak kat beserah je. pastu kitorang ke Parkson di megamall. hubby suruh cari handbag baru. hehe. sukanya.. dia kata handbag hari tu dah terkeluar besi tepinya.. hehe. aku tak kisah sgt, asalkan duit tak cicir dah.. (tak kisah ke?..hehe)

pastu singgah McD. my 2nd hero duduk atas patung McD. ingatkan dia takut, tak takut pun.. abang dia yang takut. siap snap a few pics arif kat atas tu, abang dia baru berani nak dekat.. itupun ketuk2 patung tu dulu, takut gerak.. haha..

dah balik ke rumah dengan senang hati, gumbira tak terkira. dapat handbag baru. pierre cardin. dtg keje dengan gumbira..sampai tertinggal benda penting.. laptop tertinggal, kena patah balik amik laptop. isk.isk.
p/s hari ni rasa nak demam..

Thursday, May 27, 2010

nak tuka tempat keje rasanya..

geram ni.
ntah le, apasal le bos aku tu macam tu..
selama ni aku diamkan aje, mengIYAkan aje
apa yang aku kena..
but not anymore.

aku buat macam2 untuk department.. apa aku dapat.
hari tu aku VOLUNTEER buat sistem using programming..
kena hentam terus dalam meeting.
padahal bukan masalah besar pun timbul dari sistem tu..
ckp elok2 tak boleh ke.
kalau tegur, tapi reti buat takpe..
bos pun bukan reti nak appreciate..
lagi nak sokong org tu adala..

MANA TAK SAKIT HATI

nasib baik dapat pegi induksi + BTN, far away from ofis
tenang sikit (Allah Maha Mengetahui perasaanku)

aku buat program..
aku bagi kursus.. (diulangi BAGI KURSUS, bukan attend kursus)
aku uruskan pengurusan aset jabatan.. sorang satu potfolio
(bila minta pembantu kat potfolio, tak bagi plak)
bila aku tanya SKT, tak sampai 85%.

apa lagi nak kena buat supaya aku dapat prestasi baik?

dulu aku keje swasta,
keje bagus, income syarikat naik..
dapat projek lebih..
dapat elaun/komisen lebih..

keje ni, kena pandai 'kipas'.
tiap2 hari kena jumpa bos, repot buat keje
(walaupun, tak buat keje pun)

aku TERLUPA jaga exam,
dan hanya terlewat ..
KENA SURAT TUNJUK SEBAB?

wat the HELL..

memang dah biasa buat surat tunjuk sebab
(bos macam tahu2 je saya biasa buat surat tunjuk sebab)

tanak masuk PUSPANITA, pun kena surat tunjuk sebab
budak ramai FAIL, pun kena surat tunjuk sebab
terlupa jaga exam pun kena?

Pegawai exam poli pun kata takda apa2 tindakan yang perlu dilakukan,
kenapa department ada masalah..

sebab ada PENDENGKI TEGAR..

oho, tension.. tension..

Wednesday, May 26, 2010

HA.. BERTUKAR!

waa.
penat cari blogger template ni.
mana yang sesuai.

tertunda semua cerita.
yang ini ok x?

Sunday, May 23, 2010

new stock


stock jualanku dah kembali menimbun.. padahal kerja kat ofis pun menimbun.
takpe, sambil..sambil.. haha

so, to ALL.. jom ke blog yang dah new look ku ..

--> muslimahku-store, ada tudung.. baju muslimah pun ada

special price to ALL..
happy shopping!

Thursday, May 6, 2010

busy again..

almost 3 weeks i left my office untuk kursus induksi.
pasti kerja menimbun tak terhingga..

amacam induksi? ada yang best.. ada yang tak best.
best sebab jauh dari keje di ofis
tak best sebab jauh dari anak dan anak-mak-mertua.

back to the topic.
balik ke ofis, bertimbun assignment student nak tanda.
lelah!
nasib baik kelas ada orang gantikan. thanx to kak pah
and sharmiza.

sesampai je ke ofis, isnin tu datedue.
date due apa??
date due apply buat master part time UTHO. ada buka kelas kat kuantan.
wah. ramai yang minta. aku tanya apasal tak tunggu biasiswa KPT?
diorang jawab.. tak yakin nak dapat SKT : 85% keatas.
(SKT=penilaian prestasi tahunan untuk gomen.syarat untuk sambung blaja..
kena dapt 85% ke atas 3 tahun berturut2.)

aku dengan rasa curiousnya, gi jumpa head department terus..
nak tanya berapa markah SKT aku..
sebab aku ni tak sabar nak sambung blaja..
(need a rest for tuuuuuuuuut.. cannot be mention)

unfortunately, i need to wait for another 3 years..
starting this year..

nak buat camne.. bos tak suka kita..

oklah, chow.. nak membizikan diri buat SUMBANGAN untuk jabatan..
sebab nak naikkan SKT marks..

Monday, April 26, 2010

sukaria di sukaneka




dua hari lepas,pihak resort anjur sukaneka..
Best juga..at least release sikit tension. best Sangat. Antara sukanekanya
- bawa guli guna chopstik
-keretapi(gambar di atas)
-baling belon air

Yg best.. Kumpulan aku..kumpulan SAMBA menang..yeay.
Lepas sukaneka..terjun kolam..belajar berenang,berjaya berenang sikit.. Thanks nina(dalam gambar)

Teringin nk terjun kolam lg..hehe

Saturday, April 24, 2010

pengucapan awam di induksi

siapa yang pernah pergi induksi, inila perkara wajib yg perlu di lalui..
Bukan shj kena buat..tp,pengucapan awam kita akan dinilai..

At first, aku mengeluh sbb aku ada truma pasal berucap2 kat depan ni. Nerves tak ingat.. Nanti suara jd ketar-ketar,mcm nk nangis.. Nak pengsan pun ada. Macam mana ye nak buat?(mcm mana nk naik pangkat camni)

pengucapan awam sangat memberi ilmu..topik2 yg dikongsi best2..antara menjadi faveret:
- tazkirah dr ust muzairy(insaf)
- cara mengurangkn gugup
- cerita disebalik KLCC(rupanya tun mahathir yg reka rekabentuk)
- berapa lama hayat sebuah tyr, 5 tahun je..
- mengenal peribadi dr coklat
- disebalik aksi kucing..

Dan byk lg..

dalam pengucapan awam..tak semua ada bakat memberi ucapan.. Tak semestinya yg senyap, pendiam tak boleh memberi ucapan dan menarik perhatian dgn baik..i really salute them cause i'm not that good..

My dream: can give public speaking well.. Sapa ada tips..?

Aku bg ucapan:tips mengenal peribadi melalui tulisan..
Gugup,somehow still OK.

Friday, April 23, 2010

cabaran seorg ibu berkerjaya



*gambar diambil pada pagi td ketika senaman pagi

Tajuk post macam serius je.. sebenarnya sebab rindu kat anak je.. Bukan aku je, semua yg senasib pun gitu.. Ada diantara kami yg baru je lepas pantang 2 bulan, yg ada anak kecik agak ramai.. akibat very tight schedule, aku tak dpt komit buat bekalan susu breastfeed..but, ada yg lebih hebat..tabah membuat bekalan..aku tabik..

Sedih juga bila bekalan susu dah kurang..redo.

Malam td, my hubby dtg bawa anak. rindunya.. sampai je ke sini, arif tido.. Aku siap kejutkan dia.. Nak main ngan dia.. Afiq plak macam biasa..takde perasaan mcm abah dia.

bila nak balik, sedih sikit.. Arif memang nangis.. Afiq plak..masa nak naik kereta dia bgtau kat abah dia "abah, bye"

Tergelak aku ngan abahnya.. Ada niat nak tinggal ngan ibu dia tu. Hehe, aku dah janji kat afiq..nk belikan toy sbb nak pujuk dia balik ikut abah dia malam td. Huhu..sedih.

Pengorbanan.. Mungkin kecil je berbanding org lain,yg dah lama xjumpa anak.. aku at least dpt jumpa sekejap..

cepat le masa berlalu..

Thursday, April 22, 2010

hari2 di induksi



Hari ni dah 3 hari di impiana.. dapat roomate nama Fauzani, dr kolej komuniti kuantan.. Peramah..
Ceramah punyala banyak.. Kadang2 tersengguk gak, but then, nasib baik ada wifi.. Main internet ajela..
Anyway, assignment dah dapat 2, mlm ni baru nak start..

Ada bencana sket pagi td.. Ramai geng2 induksi kena diarhea..sakit perut..nasib baik aku xkena..tak gemar mkn ayam.. Maybe sbb ayam yg kitorang mkn utk dinner semalam

hubby call td, gaji bank islam x masuk lg, bank lain dah masukk.. Apasal ek?

Ok,chowzz.

Tuesday, April 20, 2010

induksi lak..

dah abis BTN, enjoy ke induksi lak..(ayat psiko diri)

hari mendaftar di Impiana, cherating.. my hubby hantar.bersama 2 hulubalang kecik.. mak mertua pun teman..
Alhamdulillah, dapat roomate best. nur fauzani.. dari kolej komuniti kuantan. peramah. malam pertama borak ngan dia.. sampai kul 2 pagi. huh!(peramah betul)

thanks to my hubby.. dia prepare macam2 untuk aku ke induksi. tolong beli ink printer, pinjamkan buku, belikan binding tape baru (2 jenis lak tu, tebal dan nipis), stapler dan ubat stapler baru.. kertas warna warni.. dan yang mengejutkan.. belikan kipas cool pad untuk laptop..(sebab aku pernah ckp, laptop aku akan bengong bila lama buat keje sebab panas).

so, 10 hari di sini dilalui dengan penuh ketabahan, tenang..dan diharapkan semua berjalan lancar..

Sunday, April 18, 2010

mari bergerak pulang..

hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Yeay.bleh balik jumpa anak.

Aku baru abis test BTN. Buat setengah jam je, tak tahan sejuk dlm dewan tu. Senang je soalan nya, no wonder why ramai kata BTN susah nak Fail.

Sekejap je rasa masa berlalu. Sesi ceramah aku dengar je..malas amik nota. Banyak conteng2 dalam buku. Sesi LDK pun, i try my best to get involved with the discussion, but since i am not a politic-minded..kalau tak dpt cemerlang pun aku redo.

Aktiviti sukan dan kembara menyumbang banyak uncomfortable, dah lama tak lari,bersenam..abis lenguh2 badan..huhu. Nak balik ni pun terasa lagi. Berjalan pun macam org baru lepas bersalin, dalam pantang pun lagi laju aku jalan.

Test BTN, tak sesusah yg aku sangka, kengkawan sebuk hapal tarikh2 sejarah..huh! Satu pun tak keluar.

Ha..lupa nak bgtau pasal persembahan lagu patriotik malam td. group kitorang menang! Hurray..best best.. Nyanyi lagu Malaysia Berjaya.. Korang mesti tak ingat punya..(asalnya aku pun tak ingat)..

okla..nak gi kemas barang.. Nak jumpa anakanda tercinta..dan anak-mak-mertua yang dirindui.. Kihkih..anyway, very memorable moments here..

Kawan2 group 8, BTN maran 15 april 2010..jgn lupa upload gambar kat FB.

Chow.

Thursday, April 15, 2010

sehari di sini..di BTN

new entry lagi.haha.suka ati la.boring punya pasal.

First word to describe our schedule here. Hectic. betul la diorang ckp, takda masa nak rest. Tapi sekarang ni yg lelaki solat jumaat. Ada masa nak rest..sambil mengait.

Malam td tido lebih kurang kul satu, get up at 5.siren dah bunyi.sebijik macam asrama. best dpt solat berjemaah. Dah lama tak dpt solat jemaah,sejak ada anak..susah nak gi surau solat jemaah..alhamdulillah..

Kami kena kawad sikit2.best.pastu masuk dgr talks. Ngantuk.

Baru jap td aku call afiq. Macam tadek perasaan. Bila tanya, ibu gi mana?..dia jwb "gi kursus la."takde rasa sedih pun..biasa la budak kecik.kita je rindu kat dia.

baru sehari dah tak sabar nk balik..haha.takpe,sume org rasa camtu.

Ok.nak sambung siap2 gi solat..chow.

my first expression

haha. Dont laugh.tak sampai 24jam ke BTN, dah nak update blog.

Sapa suka kena berjauhan dgn family..

My first expression here.
1. Urusetia:tegas,sbb kena marah..lambat daftar
2.bilik:waa.macam hostel dedulu
3. Makan:sedap

W

Sunday, April 11, 2010

kursus buat mee kuning

actually, macam2 perancangan nak update blog pasal proses pembuatan mee kuning.. siap dah janji ngan normi nak scan handout dia untuk diletak kat blog.. huhu.

masa tidak mengizinkan.

actually, masa ada. aku tgh gabra nak ke BTN ngan INDUKSI. tak de benda lain yang aku pikir, prepare nak ke sana. so, perancangan tinggal perancangan.. sorry ek.

nasib sempat upload satu gambar waktu kursus hari tu. kalau sempat, aku upload nota kursus (tak janji)..

banyak benda nak setel. bye.

Thursday, April 1, 2010

crochet dan aku..


tiba2.
entah mimpi apa yang menjengah.. aku secara tak sengaja
terminat hobi baru.. mengait a.k.a. crochet

actually minat cross-stitch. tapi agak costly. kena beli kain, benang..bla..bla
pastu, teringat my mom pernah ajak mengait sebab dia pandai mengait.
dolu-dolu, rasa cam tak berapa minat..tapi pernah try.

but then, dengan tekanan kerja lately, macam muak tengok komputer
(asalnya hobi semua ada kaitan dgn komputer..main game, surf internet, program software)
aku cari alternatif lain.
tara.. aku try crochet. beli benang aje. kait2. jadi benda bleh guna
kalau cross stitch setakat frame kan aje (itu pun kalau sempat gi frame)

rupanya, skill ibu aku tu 'menurun' sket la kat aku.
walau terkial2 lagi. aku tetap tabah (chewah)

jadi satu hasil, yang tak tahu nak dibuat apa lagi.

granny square.

berminat nak cuba? meh tengok tutorial step by step ni.. confirm jadi
--> http://www.squidoo.com/CrochetGrannySquare

Wednesday, March 10, 2010

My Store.

http://muslimahku-store.blogspot.com

secara tak sengaja..aku dah terbuat satu blog jualan tshirt online. suka2 je. mengembangkan perniagaan dari offline ke online. lepas ni pelbagai jenis produk akan ditambah.

  • jubah
  • tshirt
  • tudung
  • dan lain2

jom beli. special price. 1 helai utk satu design. sapa cepat dia dapat.. CLEARANCE.

Tuesday, March 2, 2010

kopi oh kopi..

this morning, i felt dizzy, lack of sleep.. cause both of my sons bully me last night. though it was already 1 am, they still actively playing. their father was already snoring since 11pm.

my daily routine, take a cup of coffee to get awake and more focus. then, i just thought.. Am i coffee addicted?

from http://www.wisegeek.com/am-i-addicted-to-caffeine.htm .. there is an interesting phrase:

People who have caffeine addiction usually consume about 100 mg of caffeine a day, which is equivalent to about half a cup of coffee. So people who drink a cup of coffee a day would be considered addicted.

aku ni setiap hari mesti nak kena at least 2 cup.. every morning ( a must) and evening.. maksudnya aku ni addicted la. memang pun.

sejarahnya, aku addicted coffee ni masa Final Year kat UPM dulu.. kena buat Final Year Project. Kalau pack nescafe tu, yang warna Hijau. kuat sikit caffein nya.. so, satu malam la tak tido buat keje. pastu pagi, pengsan tak leh bangun..nasib dapat A.. berbaloi. since then, berat tak pernah sampai paras NORMAL.. under weight je.

pastu,
masa keje engineer kat kilang 4 years back. at that time, aku dah realize memang sangat bergantung dengan kopi ni. keje sampai larut malam..outstation (masa bujang dulu).. handle keje berat2.. guna otak punya.. pagi confirm kena lebih fokus. bancuh kopi dulu, baru bleh buat keje.

sekarang ni, masa pregnant je tak berapa nak minum (ada la 1 cawan a day).. itu pun beli yang decaffein punya. mahal sikit dan kurang umpp. tapi, sekarang ni..kena beli 1 pack 3 in 1 nescafe warna MERAH kat ofis. haha

nak tengok how trouble am i whenever tak minum kopi? masa aku ganti puasa.. (bile ye nak ganti?)

ok, keje banyak..merepek banyak lak.
chow

dah nak baik dah..

2 minggu afiq sakit chicken pox, selang seminggu lepas adiknya kena. lebih teruk dari adiknya.. arif kena chicken pox, 3 hari dah baik.. afiq kena 2 minggu baru baik.

semalam, cek badan afiq dah nak ok.. kering dah.. tunggu betul2 kering baru dia boleh kembali ke nurseri. sekarang ni, minta bantuan neneknya jaga kan di rumah.

rupa afiq masa baru kena chicken pox..

gambar di ambil semalam.. dah nak baik dah.. (sempat senyum tu..)

aku lega gak sementara mak mertua ada kat rumah.. kesian dia, macam2 buat. best juga sebab banyak keje dah setel bila aku balik. (apa punya menantu daa..). minggu depan, kena back to normal.. bila mak mertua dah balik ke rumahnya di jengka. be prepared.

Friday, February 26, 2010

its done.. settle satu masalah..


pilihanraya jawatankuasa perwakilan pelajar JPP polisas.

teringat masa jadi calon MPP kat UPM dulu.. ah, cerita lama.
its over. at first, i'm not involve anything with the voting process. but then, ofismate minta tolong cuba2 buat sistem evoting, undi pakai komputer je. aku kalau pasal sistem ni, teringin nak cuba.. kalau nak saje2 buat, confirm tak terbuat..

so, bermula la liku2 kehidupan yang tidak dirancang dan perlu kan pengurusan strategik (ayat apa ni?). atau dalam kata lain, kelam kabut sikit. dalam masa sama, arif dan afiq tak sihat..terpaksa import mak mertua minta jaga kan..

25 feb 2010, sistem aku ON dipasang ke 5 jabatan di POLISAS, nak riak dan bangga level 21setengah..debaran menanti sampai kul 4.30ptg, takut2 tiba2 sistem tu 'mogok' tanak keluar result undi ke.. dan akhirnya.. berjaya! Alhamdulillah. azam tahun baru tercapai..(nak cuba buat satu sistem tahun ni)

dah jadi satu benda, nak TAMAK buat benda lain plak la. HAHA. jangan nak mengada..cepat cover balik lecture2 yang tertinggal tu.. dan kuiz2 budak tak tertanda.. hehe.

"selamat menghayati perjuangan Nabi Muhammad". Salam Maulidurrasul.

Tuesday, February 23, 2010

nak sangat update, tapi..

nak sangat update blog.. macam2 nak share:
- afiq jumpa hantu di hari keluarga
- experience ke national zoo
- afiq plak kena chickenpox..so, terible..

tapi masa sangat mencemburui..sbb.
-afiq dan arif tak sihat, demam panas
- esok pilihanraya, i'm the system developer
- lecture2 yang memerlukan komitmen, subjek baru..kena blaja dulu.
- my very serabut meja kerja.. seserabut kpala otak ku..rasa macam nak cramp.

oho.. rasa nak demam.
10 minutes to go to class.. chow.

Tuesday, February 9, 2010

kena cuti

semalam masa aku nak antar arif gi taska dia, perasan ada bintik2 merah kat muka. ingat tak series, kena gigit nyamuk ke. masa amik dia, pengasuhnya kata dia mengamuk sangat hari ini.. i wonder why. pastu nampak ada bintik2 merah berair kat leher

so, malam tu gi bawak jumpa pakar kanak-kanak.. dia confirm chickenpox.. teruk sikit kalau kena baby, sangat kesian katanya sbb boleh melarat satu badan.. teruk jg. adalah dalam seminggu baru baik.

aku dah confius. keje kat ofis tersangat menimbun, anak plak tak sihat. jumaat lepas baru present sistem pemantauan pelajar tu, ni tgh standby kalau2 ada masalah. but then, Allah menentukan segala.

aku kena amik leave gak. hubby kata "Allah nak bg ibu rehat le tu..".. hmm.. anyway, cuti ada 38 hari lagi. tak kisah la..keje kat ofis tu, fikir kemudian. nanti tension plak.

standby la lepas ni nak ganti kelas..muka arif dengan bintik2 chickenpox nya.

Tuesday, February 2, 2010

system..

ha! its almost done. this is a system i try to develop..main purpose is to gain experience in develop something. makin cuba buat, makin banyak kita belajar. tak percaya rasanya bila benda yang mula2, saje suka-suka nak buat.. pastu dapat berfungsi dengan baik and can be share with others.

aku minat tengok kawan2 pandai buat kraf, pandai menjahit dan memasak.. but not me. i just realize i have tendency in develop a system.. jeles juga bila tengok kawan2 pandai decorate rumah, pandai hias laman (seperti wanita sejati yang lain).. aku ni tak pandai.. minat ada la.. malu juga bila sekali sekala tengok rumah baru ku.. hias ala kadar je.. hakhak.. malu nak ajak org dtg (alasan!)

but then, everyone has their own strength and weaknesses.

be proud to urself. be humble. jgn perlekeh org, mungkin org yg kita perlekeh is much more better then us. who knows! Allah knows.

Thursday, January 28, 2010

take a rest.

perkembangan terbaru.

minggu ni masuk minggu ke3 lecture di poli untuk pelajar yang baru masuk. letih dan lelah. why? sebab dapat 2 subjek baru. at first, confident je nak ajar. but then, isk susah rupanya nak blajar.

actually, tak lah tough sangat subjek tu, tapi nak pikir camne nak bagi student paham tu yang susah. kena study every single aspect, banyak buat reference kat internet, buat alat bantu mengajar yang menarik. huh!

setiap masa terluang, kalau takde lecture kena buat preparation untuk next lecture. kalau untuk subjek yang dah pernah mengajar, senang sikit. huh, sakit kpala!

projek yang ada syarikat offer tu, aku dah tolak. try buat dalam 2 weeks, takbleh tahan dengan kesibukan sedia ada..dengan family anak kecik..argh, terus decide stop projek tu.

dalam masa sama, tengah develop 2 projek untuk jabatan. ada kawan offer buat satu sistem lagi. takpe, bleh tambah experience.

hari ni amik cuti, take a rest di jumaat yang indah. haha. bukan rehat pun, 'mengerjakan' timbunan baju2 yang terkumpul, tak sempat nak basuh. Alhamdulillah cuaca baik. at least, sedap mata memandang bila dah dapat kemas sikit rumah.

kembali bersemangat untuk memulakan kerja next week. haha (iye ke?)

Saturday, January 23, 2010

pemergian..

alfatihah.

pagi sabtu yg lepas, aku mendengar berita pemergian sultan johor.namun tiba-tiba keluarga husband menerima berita sedih.

Adik kepada mak mertua accident lori di kemaman,dan meninggal. pakcik husband yang aku panggil Menteh kerja sebagai pemandu lori,baru balik dari kelantan. Menurut sumber, sebuah lori 7 tan yang nak potong kereta..bertembung dengan lori Menteh dari arah berlawanan. Menteh tgh tido, kawannya yg memandu lori patah tulang rusuk.

Aku tak berapa rapat dengan dia.tapi, masa adik ipar kawin bulan lepas, dia sangat suka pegang arif.dan arif sangat selesa dengan menteh..hinggakan tertido. Dia memang suka budak-budak. Hati sayu bila terkenang balik.

Moga rohnya dicucuri rahmatNya.

P/s- berhati2 di jalan raya,kecuaian menyebabkan org lain kehilangan insan tersayang mereka.

Monday, January 18, 2010

alahai pemeriksaan aset

kunci lab terakhir diperiksa

at the time i compose this post, i feel my head is getting to burst. sakit kpala. sebagai pegawai aset yang komitmen tinggi (pergh)..aku kena prepare dokumen2 KEW PA2,KEW PA3 sampai KEW PA11.. and bla bla bla. itu sebelum diperiksa.



ketika pemeriksaan berlangsung, aku kena accompany auditor gi bengkel2 dan makmal (yang 18 buah tu)..bersama penyelia2 makmal masing2. tiba2, satu pagi ni dia hangkut 6 kawan2 auditor sekali.. bahagi2 semua lab setiap orang. 18 bahagi 6, 3 lab sorang auditor cek. yang kena iring dan uruskan sapa?




Aku sorang.




berlari-larian anak aku ke sana ke mari. kalau la bleh aku KLON jap kebeberapa orang. kejap orang ni suruh amik fail ni, pastu nak suruh panggilkan penyelia lab ni.. pastu kena save softcopy lak.. padahal aku dah burn CD..



pastu kena marah sebab kad tak ikut susunan.. penyelia tak bersedia di makmal la .. (mana aku tahu nak cek serentak) dengan tatacara penyimpanan dokumen yang tak betul.. aku ikut perintah je.. dah dia suruh aku simpan kat jabatan, aku ikutla..


hmm..stop for now. luahan perasaan yang lebih dan keterlaluan serta beremosi. anyway, its over. hasilnya.. semua lab berjaya dilawati dan diperiksa tanpa masalah besar..




p/s. Jawatan Kosong.. Sapa nak jadi pegawai aset jabatan?. kriteria utama : boleh bekerja bawah tekanan mental keterlaluan

Sunday, January 17, 2010

full-of-work's weekend.


ruang kerja a.k.a ruang tamu


weekend yang kurang rehat. tengok je lah gambar kat atas, ruang tamu dah jadi ruang kerja. senang nak pantau anak, buat dalam bilik..anak kat ruang tamu tak tahu buat apa.

apalah yang bz sangat..? hehe saje je buat bz.hari ni punya audit, aku yang kena amik tahu. so, dokumen yang sepatutnya pemeriksa yang buat, dia suruh jabatan siapkan awal2. aku kena tunggu data update baru bleh buat. apa lagi, kena buat waktu weekend le. tanggungjawab..

ibu, arif tak sihat..

sabtu dan ahad, arif tak berapa sihat. sian dia. demam + batuk + selsema. masaku bertambah pack kerana kena melayan dia yang merengek2..


kedai makan di tg lumpur

ahad lepas, kitorang gi breakfast jauh sikit kat tg lumpur. bosan dah makan tempat biasa. kedai ni depan yayasan pahang ngan tahfiz. ramai betul pelanggannya. yang pasti..memang sedap.
aksi-aksi kami di kedai itu.. (gile amik gambar)
petang tu plak, abah afiq dan arif ajak makan KFC. best2. dapat makan Zinger Tower.

on the way ke KFC TC.

anyway, walau banyak keje menimbun, still gi jalan2 cari makan dengan anak2. dtg keje pagi ni, masih lagi tak siap, tapi audit JKE akan mula esok. so, curi2 masa update blog. (dokumen dah siap ye....)

ok, times up. sambung keje.