Wednesday, April 27, 2011

ada apa dibelakang rumah..

rumah ku ada sedikit tanah dibelakangnya. agak luas untuk bercucuk tanam. actually, aku sangat minat berkebun (mcm tak caya kan?). tapi tadek kesempatan (berkebun kat FB je rajin).

semalam nak masak tomyam, so pegi menuai hasil tanaman dibelakang umah.. amik daun limau purut ngan serai aje pun. so, sempat snap beberapa gambar. tak amik masa lama sbb nampak kera baru turun pokok dengan anaknya. takut dijerkah kera..cepat2 masuk umah.
pokok mangga, berteman kunyit disebelahnya..

pokok kunyit
(selalu amik daun kunyit masa masak rendang)
daun limau purut
(selalu petik daunnya buat masak)
sebelah pokok mangga, pokok limau nipis (tak berbuah2 lagi, dah setahun umurnya)
sempat amik gambar pokok bende jiran umah sebelah
serai (paling banyak berjasa)
nampak tak pokok pandan yg macam malu-malu nak idup tu?

ada satu lagi, daun kesum dalam pasu. kat depan, tak amik gambar lak. semua2 sayuran tu selalu dipetik@dituai sikit2 je.. kalau beli kat kedai kena beli banyak sekali gus. nak guna sikit je kan.

untuk pengetahuan u all, semua ni kebanyakannya bukan aku yang tanam, mak mertua yang tanam. yg aku tanam (daun sup contohnya) tak panjang umur..(alasan!).

orang kata, nak tengok tanaman tu menjadi ke tak, kena tengok tangan yg menanam jugak kan.. my MIL memang 'tangan sejuk'. semua menjadi bila dia yg tanam.. (alasan lagi..)

sapa nak minta sikit tanaman ni, meh dtg umah.

chow.

5 comments:

missFridaNorm said...

tanamla limau kasturi pulak Ida... luas lagi kawasan tuu...ngehehehe

ida_F said...

normi: nak tunggu pokok limaau nipis tu buah dulu. baru bermotivasi tanam buah lain. isk, camne nak bg berbuah ye? mcm2 baja dah bubuh..

Ida_Iara said...

wahh..syoknye ade umah yg ade tanah ni..bleh tanam mcm2..jimat belanja utk benda2 kecik tp selalu nk guna bila masak.klu asyk beli je, tak berbaloi..(bila la sy nak ade umah sdri ni??hmm..)

ida_F said...

ida: takpe, dalam pasu pun bleh tanam sikit2.. hmm, dah ada rancangan nak beli umah ke? rumah makin lama makin mahal

cKnorm said...

tak sure nak advice lagu mana, ida... tapi kalau dah slalu bagi baja, tak berbuah gak... cuba setop, esp. kalau baja tu 'baja gemuk'. Bagi dia baja bunga (untuk menghasilkan bunga) pulak. ida puji2 la sket kat dia..."kalo ko berbunga kan..., lagi segak!"

kalau ngengada sangat tak berbunga jugak, ugut2 skit... "haku tebang ko karang.." akekeke

esok2 kalo dah berbuah, siram selalu. buah limau ni kalau rajin siram, buahnya juicy! kalo idak, buah tu kering kontang jadinya.