Wednesday, August 5, 2009

lepas ni buat ni.. lepas ni buat tu plak

rutin harian ku di rumah dah jadi macam housewife sepenuh masa.. beza betul rasanya. sebelum ni, kalau cuti je jadi house wife betul-betul (ada ke tipu-tipu), kali ni tiap-tiap hari jadi housewife. memandangkan cutiku ada lebih kurang sebulan lagi.. ber'enjoy-enjoy'an lagi la di rumah. (jangan jeles)

rutin pagi:
bangun (jangan tanya pukul berapa..hehe)
uruskan afiq dan arif, mandikan, susukan, breakfastkan..baru uruskan diri sendiri
sambil-sambil tu online jap, jenguk YM ngan facebook
uruskan baju kotor

tengahari:
masak, bagi makan anak
lepak-lepak tengok tv jap, online jap
lipat kain baju..

malam macam biasa, dinner lepak-lepak. main ngan anak
huh. bahagianya.

arif pun dah belajar tukar jadual tidonye. mula-mula tido siang, jaga malam. sekarang, malam pun tido.. awal pagi jaga. aku pun kena bangun awal (biasanya tak la awal sangat..kantoi). takpelah, asalkan malam tido.

sekarang ni, suka sangat main BARN BUDDY kat facebook. addicted betul. game tanam-tanam pokok, pastu harvest. kalau lambat harvest, member akan curi.

dah tu, sepanjang masa la nak kena cek, bila dia harvest. siap kira berapa jam lagi. itu yang kalau hubby bawak broadband ke sekolah, dah tak keruan. abislah tanaman ku kena curi (ampeh btul)..

oklah, anak dah banyak kali mintak susu..ibunya asyik mengupdate blog. kihkih.chow

3 comments:

frida said...

penat ke jadi surirumah sepenuh masa?

ida, barulah ku tahu apemenda barn buddy tu... org dok invite tak ku peduli langsung.

aiiee...mendengarkannya saja membuatkan mataku berubah kehijauan. mcm ternampak bunga2, sayur2, kebun gitu. akekeke

nak jenguk facebook la... hahaha

ida_F said...

to frida: mm.. tak lah penat sangat. biasa je.penat menjaga anak lebihnya. tapi, lega tengok rumah bersih dan teratur.kalau kerja, balik dah lah penat..rumah lak macam kapal karam.

jaaaanggaaann start main barn buddy, nanti addicted!! haha

the vulnerable am said...

hehe.. terima kasih atas ingat itu! tak berani pun nak main barn buddy tu! tau dah musti addict punye nnt!