Friday, July 17, 2009

cerita..


its my relax time. hubby bawa afiq ke pasar malam semalam lepas hantar adiknya ke tuition,aku pun dapat a very relax time watching tv.. haa. best2. sejam je. 9-10pm.

so, cerita nur kasih menjadi pilihan. wa.best.

aku sebenarnya baru 2 kali tengok cerita ni. kabir bhatiar's drama. director filem 'Cinta'..filem terbaik apa ntah. aku bukannya addicted tengok tv (tak seperti addictednya main game..). tengok cerita juga. lagila bila afiq dah conquer tv.. kena minta kebenaran dia dulu sebelum dapat tengok cerita, itupun jarang dapat.. kecuali dia takde atau dia tido.

berbalik ke cerita nurkasih..
garapan bersama kabir bhatia dan mira mustafa memang best. walaupun aku bukannya tengok filem Cinta tu, tapi lepas tengok Nur Kasih, no wonder filem tu dapat jadi filem terbaik dengan saingan yang hebat.

every scene sangat memberi kesan, pandai pengarahnya fokus pada point2 tertentu supaya penonton dapat menjiwainya. lighting, pengarahan.. hebat (dari pandangan aku yang tak berapa meluas dalam perfileman). aku pernah pergi kursus pengenalan video shooting, aku rasa pengarahan filem ni kreatif.

jalan cerita taklah canggih sangat, kisah kehidupan yang biasa.. tapi cara olahannya, aku suka..

pelakon-pelakonnya pun bukannya dikalangan yang dah biasa kita tengok kat drama2 melayu.. tapi boleh berlakon dengan ok.

ditambah pula lagu tema nya dari penyanyi padang pasir fav.. yassin..pergh, best..best..

harap-harap minggu depan bleh tgok dengan tenang tanpa gangguan lagi

1 comments:

frida said...

aku pun suka cerita ni, ida.