Bila sekali dah update blog, terus rasa nak update lagi.
Kali ni saya nak review satu buku yang sangat saya menjadi teman saya di dapur. Sangat suka tau! Saya rasa ramai dah ada buku ni, terutama kaum ibu. Lagi-lagi menjelang bulan puasa ni, kat sini lah saya mencari idea untuk cari resepi.
Saya akui buku ini adalah hot-seller berdasarkan kepada ciri-cirinya yang menarik. Antara sebab kenapa saya suka buka ini adalah:
1. Resepinya adalah ringkas, mudah untuk dicuba.
Resepinya yang banyak sehingga 365 jenis bukanlah resepi pelik-pelik yang mana bahannya mudah dicari, dan biasa ada di setiap dapur. Kita akan termotivasi untuk masak sebab mudah dan ringkas. Ibu-ibu berkerjaya macam saya ni, memanglah nak resepi mudah dan senang tetapi sedap. Asalkan, dalam masa yang ringkas, pelbagai juadah dapat disediakan.
2. Sukatan yang digunakan dalam resepi adalah mudah.
Sukatan yang digunakan tak perlu ditimbang bagai. Gram dan kilogram jarang digunakan, malahan penulis menggunakan sukatan cawan. Mudah dan senang diikut terutama manisan-manisan serta kuih-muih untuk minum petang yang menyelerakan.
3. Di bahagi ikut bahan mentah.
Resepi yang dibuat dibahagi ikut bahan mentah, contoh ayam, daging, telur, ikan. Kalau kita nak masak ikan, penulis dah kumpulkan satu tempat resepi tentang ikan sahaja. Kalau nak masak ayam dan kambing, resepi-resepinya semua dah tersedia satu tempat, tak payah belek satu-satu.
4. "Gerenti Jadi"..
Term ini ada di tulis di depan kulit buku resepi ini. Ini memang ayat marketing dan magic yang saya rasa paling MENARIK perhatian pembeli. Fuh! Gerenti jadik? Ye ke?
Sejujurnya, saya boleh kata ayat itu memang betul sepanjang pengalaman mencuba beberapa resepi dalam tu. Paling tidak mengecewakan bila saya try buat muffin coklat pisang, anak saya balun sampai kata:
"Ibu, nanti ibu buat lagi ye!"
Hati ibu berbunga-bunga nakk. First time buat muffin ikut resepi (biasanya pakai tepung sedia bancuh tu), dapat pujian lagi. Ngeh. Ngeh.
Memang best la buku ni, tetiba terasa nak buat entri khas tentang buku ni. Salah satu sebabnya, selama ni buat tomyam main hentam aje, rupanya bila tengok resepi dalam buku cara masak tomyam, baru ku tahu kenapa rasa tomyamku macam kureng aje selama ini.
Buku yang sangat membantu ibu-ibu yang tak cukup masa mencari resepi biasa-biasa untuk memenuhi hidangan keluarga. Eceh!.
~ entri tiada dapat komisyen dari pihak penulis pun, rasa best nak share kat semua. Peace.
0 comments:
Post a Comment