Sunday, August 15, 2010

pesanan ustaz..

semalam, masa nk tido ada ulangan siaran Tanyala Ustaz di TV9. giliran ustaz zaharudin bercerita tentang kewangan islam.. rupanya banyak sangat ilmu yang selama ni aku tak tahu, ustaz bgtau..

walaupun sudah mencecah satu pagi (yg esoknya nak bersahur..), ku gagahkan mata utk tengok gak.. antara perbincangannya adalah:

1. dividen KWSP kita tak sepenuhnya halal, telah diakui oleh orang besarnya.. secara AKADEMIKnya ustaz bgtau, kita bertanggungjawab tanya dekat pihak KWSP berapa bahagian yang tak halal, dan sedekahnya kepada faqir miskin.

2. Kita ada mengamalkan riba tanpa kita sedari.. KAD KREDIT. Biasanya Kad Kredit bank konvensional ada caj interest (itula riba).

- ada juga yang tanya, kalau kita guna kad kredit tu, pastu kita bayar terus sebelum kena caj camne? ustaz ulas, masih lagi HARAM, sebab kita masih menyumbang kepada syarikat tu.
(balasan riba di akhirat DAHSYAT juga.. takut dengar ustaz bgtau, selama ni tak tahu pun, walau sekecil RM0.20 pun still riba..)

3. Kita boleh kenakan caj lebih 100% dari modal jualan (ni kalau org berniaga), contoh kalau kita beli barang harga RM1.00, jual balik Rm2.00.. DENGAN SYARAT, harga jualan tu adalah HARGA PASARAN.

-tak tahu plak benda ni, yang aku pegang takleh jual lebih 100% modal.. so, lepas ni kena study harga market baru nak menjual..

4. dan banyak lagi ilmu...

Ilmu-ilmu ustaz banyak dikongsi di laman webnya, www.zaharuddin.net. banyak isu-isu terkini yang dibincangkan di situ... aku aim nak beli buku tulisannya pasal Kewangan ISLAM. insyaAllah.

p/s : rupanya, banyak sumber rezeki kita tak perasan asalnya diragui.. semoga Allah melindungi kita sama-sama..

2 comments:

nurul aziyana said...

erm td br criter psl kwsp ni..rupanya gtu..akak, dlm solusi pun ader ruangan die..pnh bc psl bg soal bcor pd students, pndptn kita pun dikira hram..kna hti2 la ngn tugs kita..sbb pndptn tu kita bg kt ank2..sbb tu la kdng2 ank sllu sakit..ish takut jugk bla bc, sbb bnda tu kita xtau tp kita dh buat

ida_F said...

itula.. baru dapat gaji, tapi kejap je abis, rasa cam tak cukup kan..

maybe, sebab sumber2 kita yang kita tak perasan camni kot.

Moga Allah lindungi kita..