Tuesday, August 10, 2010

Ramadan yang ditunggu..

Ramadan menjelang lagi.
Kali ini agak berbeza sebab masih dalam keadaan memulihkan diri dari mabuk pregnant.
Ya Allah, moga kuat kali ini menghadapi Ramadan.

Malam ini suami ke surau untuk solat terawikh, Alhamdulillah..baju Melayu simpanannya terguna juga selain hari raya.. Aku pesan kat suami supaya doakanku sekali, moga pengorbanan menjaga anak ini ditinjau jua olehNya.. rindu pada solat terawikh.

Azamku tahun ini tidak banyak, cukupla bacaan Quranku melebihi Ramadan yang dulu, serta solat sunat malam yang istiqamah. InsyaAllah.

Mak mertua tersayang ada bekalkan beberapa makanan kering utk tambahan bagi sahur, memandangkan aku pun tak jamin boleh sentiasa larat untuk masak dengan keadaan yang tidak mengizinkan..
Terima kasih mak atas bekal-bekal ini..kentang goreng + tempe + ikan bilis + kacang berlada

serunding ikan , sambal ikan bilis+belimbing hitam kering

dan yang ini beli sendiri
.
.
.
.
alternative terbaik untuk sahur..

2 comments:

Ida_Iara said...

semalam sahur sy bangun 4pagi dlm keadaan pening2 cuba gak masak nasi dn lauk after almost 2months sy tak pegang senduk dn periuk.. nasib hubby mnta benda simple aje..sardin meckerel tu aje hahahaha..tapi sy takleh mkn lepas masak tu..dia sorg je mkn.sy tak lalu laa..baunye buat sy makin pening.last2 sahur sy cuma kurma dn air milo aje.tgkler petang nnt cmne..huhu.

ida_F said...

sama la kita..tapi rasa mcm gagah sikit.lauk yang sama..boleh makan, tapi sangat lambat..

takut terkeluar semula.apapun, harap2 bertahan hingga ke petang.