Saturday, October 29, 2011

another first try

 Tonite, all my heroes tido dengan sangat lena. terutama Arif. semua gara-gara, bermain sakan siang tadi dengan sepupu-sepupunya di rumah kakak ipar di IM. Maka, dikesempatan ini, aku pun 'berperang' di dapur, syok sendiri melepaskan gian nak memasak. sudah lama aku simpan resepi ini sebagai bookmark di handsetku, menunggu masa untuk dicuba. Alhamdulillah, sampai juga masanya.

jeng..jeng.. resepi Home Made pizza. sangat mudah.. walau pun amik masa agak lama. aku cedok resepi ni kat my fav web-based-book-recipes.. myresipi. share by tulip (thanx tulip!)--> Home Made Pizza

Mula-mula kena canai dough. Campur bahan ini dan itu, canai sampai tak melekat di tangan.



Kemudian, kena biar sampai 60 minit (katanya..) bagi doh tu kembang sekali ganda. Mak aih, besar betul.


Baru canai-canai atas bekas untuk bakar. Jangan lupa cucuk-cucuk guna garfu, tanak bagi gelembung masa bakar. Kena biar lagi 10 minit.


Masa untuk letak topping. Aku ada sosej aje. Iyelah, first try tanak beria-ria sangat. Tengok result dulu. Lepas jadi, bleh try topping macam-macam. Keju pun aku guna cheesedale aje.



Dah tu. Bakar dalam oven, lebih kurang 30 minit. 200 darjah celcius.


WOW. not bad. sangat suka. memang berbaloi membuatnya. Kos yang sangat rendah. Lebih kurang 2 cawan tepung, yis, tomato puri, sosej 2 batang, cheese 2 keping. Wala.. senang kan?

Aku makan bersama abah mereka, dan afiq yang tiba-tiba bangun. Lepas makan piza, tido balik. Terbangun mungkin disebabkan keenakkan bau home made piza (cheh).

* Encik abah tidak memuji, sekadar berkata "Lepas ni bleh cuba topping tuna lak.." Apa maksudnya tu..? hee..

2 comments:

me a name i call myself said...

best best!! nnti buat topping tuna cube try tambah cheese mozzarella plak! nyummmyyyy

ida_F said...

Haah, lepas ni nak try topping lain lak.. Hehe