Monday, October 10, 2011

pura-pura bz.


aku sedang pura-pura bz sekarang. tengoklah gambar kat atas ni. fail-fail itu telah membuatkan aku pura-pura bz. sebenarnya fail-fail ini akan di 'check' oleh orang-orang tertentu hari Rabu ini. pelbagai jenis fail akan di'check'. Ini baru tiga dari fail-fail berlambak yang perlu disiapkan.

nama checkup ini adalah VALIDASI. untuk panduan geng-geng yang akan menghadapinya satu tika nanti, mari aku kongsikan.

Fail-fail utama adalah:
1) fail folio kecemerlangan. ada 4 benda utama.
     - INOVASI
     - PENULISAN ILMIAH
     - PEMBENTANGAN
     - SUMBANGAN (sila letakkan surat lantikan apa-apa jawatan satu tempat, sijil PPK dan CPCM)

2) FAIL FRP
3) FAIL FOLIO PELAJAR (markah PB budak yang kita ajar)
4) Fail Potfolio
5) Buku Log student projek yang kita selia.

.. itu baru 5 yang utama. Yang sampingan tak kira lagi. (sila jgn cepat tarik nafas lega).

Nampaknya post ini khas untuk geng-geng POLISAS yang membaca. mengambil pengalaman dari yang akan di validasi. walaupun lagi 2 hari nak di chekup, ntah apa yang aku baru siapkan. Mental preparation paling penting.

Aku benar-benar tidak mengharap untuk berjaya. Memangla orang kata, mana tahu ada rezki. Tapi, kewajarannya sangat kurang. Tak mungkin 130 candidates polisas semuanya akan dapat, dan more than 2k calon seluruh negara. Ada logiknya kalau senior akan diutamakan. Takpe, pengalaman menghadapi validasi itu penting. boleh dikongsi dengan rakan-rakan lain.

Good luck to all my frens. wish me luck too.

0 comments: