sudah berabuk blog aku ni. dah seminggu tinggalkan tanpa apa-apa entri. Inilah penangan cuti lama, aku balik ke KL. Hajat di hati nak update beserta gambar-gambar terkini anak-anak bermain sakan dengan sepupu-sepupu mereka.. tetapi masih tidak sempat sebab proses pemindahan gambar yang mengambil masa, selain dihambat kerja ofis yang tak surut-surut.
Hari ini aku nak bagi pendapat peribadi tentang satu tips. Tips nak bagi Pengunjung gemar datang blog kita lebih-lebih lagi kalau kita ni orang Biasa-Biasa je, bukan selebriti. Kita boleh meningkatkan popularitian kita melalui blog kan.. (Ia sudah terbukti ada org jadi selebriti melalui Blog). I just listed all these tips just from my observations dan pengalaman blogwalking blog orang lain. Blog aku pun bukannya selalu org kunjung pun. heee (I tak kisah..)
Tips PERTAMA: Blog yang selalu dikunjung adalah BLOG SELALU UPDATE. Ada sahaja entri yang dibuat walaupun ringkas.. but still sangat berinfomasi dan org suka baca. Tak kisahlah blog pasal diri sendiri ke, blog jualan ke, blog pasal masakan ke.. Kalau best macamana pun, tapi update seminggu sekali (macam aku..), sapa nak datang. Aleh-aleh, cerita sama je kan. heee. (toing kena batang hidung)
Tips KEDUA: Kalau dah selalu update, kena tengok CONTENT plak. Ada gak yang selalu update, tapi content dia Copy-Paste dari sumber lain. Tak best la camtu, tak unique. Aku tengok banyak blog yang orang selalu datang, entri-entri dia lain daripada yang lain, dan mempunyai tema tersendiri. Tuan punya blog mempunyai KELEBIHAN lain daripada orang lain, dan share KELEBIHAN dia dengan orang lain. Contoh: Kalau dia pandai MASAK, dia share cara masak, gambar masakan dan tips masakan dengan orang lain. Kalau pandai kraf macam mekna ni, dia ada kongsi pengalaman membuat KRAF. Kalau suka melancong, dia kongsi GAMBAR dengan orang lain. Pengunjung suka orang camni.
Tips KETIGA: Sila lihat bahasa. Hanya orang yang gembira boleh menggembirakan orang lain. Entri yang dibuat perlu POSITIF. Contoh-contoh negatif adalah suka merungut, suka kutuk orang lain, suka membangga dan menunjuk-nunjuk tentang diri sendiri dan keluarga dan pelbagai perkara yang lain, SILA ELAKKAN. Memang ada jenis pengunjung yang suka membaca benda negatif macam ni, tapi jika apa yang kita tulis memberi impak tidak baik kepada orang lain, haruslah kita elakkan. Ia tidak menyumbang apa-apa pada SAHAM AKHIRAT kita.
Eh-eh. pandai-pandai je aku ni. Aku bagi tips dari pandangan seorang pengunjung, diri sendiri perasan tak glamer. Harap-harap memberi manfaat kepada blogger lain.
2 comments:
Betul2.Kalau kite tak kenal dengan orang macam mane orang nak kenal dengan kite kan....
hihihi mcm xsesuai je letak link i kt citu sbb krafnya sikit ajo, dulu2 punyer projek..latest merapu meraban jugak isi entry
Post a Comment