Monday, October 3, 2011

tengok diorang pun jadi kenyang..

 bila anak dah semakin membesar, maknye kena semakin kreatif. lagi-lagi kalau dah si anak jenis memilih makan, dan tukang beli barang dapur adalah abahnya. maka, apa yang ada di dalam freezer dan simpanan kering perlu dimanipulasi agar anak-anak ada selera. pening kepala wo. terutama untuk memenuhi selera si abang long yang saaaaaangat memilih.

buah tanak makan, sayur apatah lagi. nasi perlu dipaksa makan. nak makan nasi ayam, nasi lemak. tak kan nak buat tiap-tiap hari. kalau mee, memang boleh jalan lagi.


beberapa hari lepas, tak tahu dah idea nak masak apa. ada makaroni kering, tapi sos spageti takde. last-last, hamek nugget diorang dalam freezer, goreng garing. pastu potong kecik-kecik. buat makaroni goreng kosong. 'kosong' maksudnya hanya tambah nugget sebagai perisa. lantak la labu. 

tak sempat nak sejuk, afiq dan arif dah seraaaang. ibu yang lapar pun jadi kenyang tengok diorang makan. 


sungguh-sungguh buka mulut, panas lagi makaroni tu..


"ala.. ibu ni.." arif malu-malu.


hiiyaaaaa.. gaya ultraman.


penuh comot sampai dagu..

bersyukur, nikmat ini tak terhingga. kadang-kadang keletihan yang menghambat seringkali menyebabkan mereka terabai. moga kekuatan itu sentiasa ada demi keluarga yang tercinta.

p/s semalam afiq tanya lagi.. " ibu tak masak mee pendek lagi?" .. MEE PENDEK? haha..

1 comments:

aziyana said...

pergh kamera baru..clear habis gambar :)