Monday, October 17, 2011

guna blender je..

start buat entry baru mesti kul 1pg lebih. mana taknya, kena tunggu 3 hero tido dulu, baru bleh entertain diri sendiri. semalam tido kul 2 gak. 'membelai' gadget yang tak sempat nak dimanja-manjakan pun.

dan dah lama juga tak buat entri pasal masak-masak. i love cooking, tapi makin hari makin jarang dapur berasap. padahal bulan puasa bleh plak masak berbuka tiap hari. napelah agaknya. kerja banyak dan balik lambat kot. 

oklah. sebelum maghrib tadi ada try satu resepi simple bangat. aku jamin tak sampai 10 minit pun nak buat nya. Orange blended cake, from myresipi.com. acu try klik sini --> Orange blended cake

bahan-bahan yang simple. walau pun aku dah ada mixer, kek ni hanya memerlukan blender untuk mengadun semua bahannya. Alang-alang ada limau sunkist dalam peti tu, apa lagi.. tunjuk rajin la. (peh!)



dont judge a cake by its top (haha)


the texture yang cukup lembut, tiada penggunaan mentega

harap-harap lebih rajin masuk dapur lepas ni, bg buah hati dan anak-anak merasa air tangan kita selalu. pengikat kasih sayang.

ha. terlupa.
alang-alang korang jenguk resipi ni kat myresipi, aku ada tepek Laporan Masakan kat situ ek, mengucapkan terima kasih kepada empunya resipi kerana sudi share resipi ni.

my Laporan Masakan

sapa ada resipi bleh kongsi kat myresipi.

0 comments: