semalam aku terbaca status FB dari my inspiration, dr muhaya pasal rancangan Ustazah Pilihan kat OASIS akan on air pukul 9 malam. i looked at my watch, lagi half an hour sebelum 9. takleh jadi ni, aku kena tengok ni. Niat asal bukan nak tengok sangat rancangan ni, tapi sebab ada Dr Muhaya je sebagai murshidah.
aku bukan jenis tengok TV. apapun rancangan kat TV, aku tak amik port. malas nak start minat satu-satu show, sbb at last aku sendiri yang frust. sbb terpaksa berebut dengan anak. layan tonton.com.my lagi best.
berbalik dari cerita Ustazah Pilihan (UP), sambil aku tengok sambil aku goggle pasal reality show ni. nak tengok sapalah yang bertuah yang terpilih jadi ustazah pilihan. apa yang aku nak tahu, aku dapat cari CUMA aku jumpa banyak blogger yang sangat PRIHATIN tentang rancangan ni. Hebat mereka ni, belum tengok lagi dah komen macam-macam. Aku baca jer lah kan.
guess what.
komen negatif lebih banyak berbanding yang menyokong. Suka hati mereka lah. Dr Muhaya kata 'memberi pendapat' dan 'komen' atas sesuatu adalah perkara paling org Malaysia ni suka buat sebab ia free. malangnya mereka tak fikir kesan atas apa yg mereka beri pendapat itu.
so, aku pun tak mau komen panjang pasal rancangan itu. Baik atau buruknya sesuatu perkara adalah dengan melihat bagaimana kita yang menilainya. setelah menonton sendiri rancangan ni, first thing yang terdetik di hati aku..
"Hebat mereka ini, muda-muda lagi dah boleh keluarkan hadis dan ayat quran secara spontan, lancar dan penuh hikmah. Rupa-rupanya kita tidak ketandusan generasi pelapis ustazah hebat yang mampu mendidik masyarakat"
Seriously, rancangan ini tak ubah seperti rancangan 'Halaqah', Al-Kuliyyah dan rancangan perkongsian ilmu yang lain dan directly melibatkan hanya wanita. Isu yang dikupas tidak lari dari persoalan yang kita, sebagai wanita menghadapinya dan dipersembahkan secara program realiti.
Terpulang kepada blogger lain terutama yang dah buat early judgement about this show. it is appreciated. somehow, tengok dulu rancangan ini sebelum membuat penilaian. Kalau nak buat penilaian, berpada-padalah. Jika penilaian anda dibaca oleh segenap masyarakat, dan mereka mendapat impak negatif daripadanya, fikir-fikirkanlah..
p/s perlu bersedia dengan ilmu bila mendidik puteri.. kerana puteri itu bakal menjadi wanita PENDIDIK generasi..
1 comments:
tv alhijrah pun ade juga program realiti yg seakan2 rancangan ustazah pilihan ni. namanye SOLEHAH..astro channel 114..setiap jumaat 9 mlm..
Post a Comment