Sunday, April 12, 2009

Giliran berkaki banyak plak

rumah baru yang aku duduk ni, pelbagai 'pengunjung' merbahaya datang. biasale kawasan kampung. dikelilingi lak dengan semak samun, dusun terbiar dan sebagainya.

last 2 month, ada kala jengking kat depan rumah. besar tapak tangan. pastu, sekawan lebah datang menziarah. setakat ni, tiada kecederaan yang 'pengunjung2' ni buat.

weekend lepas, kawan dia berkaki banyak lak buat hal. malam sabtu tu, aku tertido depan laptop dengan anak yang tak berbaju sebab panas. dalam 5 meter depan aku, hubby tertido depan tv.

pastu, pukul 2 pagi, dengan bising2.. suami aku bangun mengetuk2 baju dia dengan benda keras. baju dia tu terlepek atas lantai lepas ditanggalkan. aku confius. sekali sekala dia mengerang sakit, pegang bahu dia. aku tanya kenapa.

"ada benda gigit tangan abang ni.. sakit gile"

aku dah panik. pinggang dah sakit, sebab tertido atas lantai. tiba-tiba keluar 'benda' warna hitam menyusup keluar dari baju suami aku tu. Mak aih! besar gile. Lipan tanah yang kulit hitam keras! aku dah menjerit.

"dukung anak!..dukung anak!" husband aku jerit.

aku kuatkan semangat nak angkat anak masuk bilik, walaupun pinggang aku sakit tak terkira.

suami aku ketuk lipan tu sampai mati. aku pun tengok bahu suami aku, dah berdarah sikit (2 bintik) disengat lipan, warna lebam hitam dua tempat, dan bengkak besar kelilingnya. gabra betul. lepas letak ubat gamat, aku bagi dia makan panadol, tahan sakit. dia kata berdenyut2 tempat kena sengat tu. tapi, macam biasa, dia bukannya nak ke klinik esok paginya. katanya, lama2 elokla.. sampai semalam pun, aku tengok tangan dia bengkak sikit, waa..risau betul.


lipan yang telah menemui ajalnya

4 comments:

tunfrida said...

huiihh...macam gagah bertahan la suami mu itu, Ida. aku pernah digigit lipan kat ibu jari kaki...sakitnya toksah la cerita. kena malam la jugak, smpai ke siang tak leh tido.

kalo dah sering kawanan sahabat tu mai menjenguk, jangan la kau berani tido atas lantai ida oii...seram aku!

kalo lebah tu tak pe jugak kot [as long as dia buat sarang kat luar rumah]. dapat gak ko menuai hasilnya esok lusa...hehehe

ida_F said...

aler, biasa le laki.. amik remeh je perkara camtu..

takde dah aku tido atas lantai.. walau panas macamana cuaca sekarang.. cukup la husband je rasa camne rasa kena sengat lipan, aku tanak.

nurul aziyana said...

k.ida..huhu besarnya..bhya la..petua bile kene sengat bende2 bhya ni sebaik shja kene sengat tu cepat2 minum cuka dlm 2 sudu nk hilangkan bisa

ida_F said...

alemak.. kena beli cuka la lepas ni.. takde stok kat umah. thanks for the petua.