Wednesday, October 19, 2011

berusaha untuk baiki..


aku sedang membaiki sesuatu. sesuatu perkara aku minat untuk update satu tika dulu. sebelum aku cerita apa itu sesuatu, meh terjah entri terdahulu aku ni ha.. --> kena hacked

Ya. laman web jabatan yang aku usahakan kena hack pada satu ketika. sungguh down apabila pelbagai info yang di 'update' untuk tatapan pengunjung hilang, diganti dengan 'hantu' ntah mana datang. redo.

aku baru sahaja memegang suatu jawatan baru selain jawatan lama (unit pengurusan aset).. iaitu menguruskan web jabatan. Dah ntah berapa kali dah aku minta dilepaskan jawatan pengurusan aset dan di ganti dengan web jabatan, tetapi HAMPA. Aleh-aleh, bukan dapat tukar, lagi ditambah. ha..HAMEK! kalau sebelum ni, aku ada satu je unit, sekarang ada dua.

kenapa aku minta unit web ni?

sebab aku minat nak design web. kalau takde kepentingan apa-apa, mesti tak terbuat satu web pun. maka, apabila aku dipertanggungjawabkan untuk memegang web ni, aku ada alasan untuk meningkatkan skill design web, kan? mana ada masa, kalau saje-saje je nak buat.. bergelut dengan masa untuk mengajar di poli dan menguruskan keluarga di rumah memerlukan management yang tinggi, disiplin tinggi , semangat tinggi dan pelbagai perkara positif yang TINGGI (hak hak, apa kes mengarut ni..)

namun, bila kena hacked ni.. kesabaran teruji. nak start semula from zero?? huh!

atas dasar amanah, sangat wajar untuk dilaksanakan. cuma terpikir satu hikmah.

Pernah orang kata, kalau kita MINTA sesuatu amanah, kita mungkin tak dpt melaksanakan dengan baik berbanding kita DIAMANAHKAN walaupun yang diamanahkan itu, kita tak minat. Apabila diamanahkan sesuatu, kita akan ada rasa tanggungjwb yang lebih kerana diberi kepercayaan berbanding amanah yang kita minta. iye ke? its just a hearsay. Maybe inilah hikmah yang perlu aku pelajari.

so, apapun bergantung pada niat!

ok. nak tido. chowzz

0 comments: