Sunday, November 6, 2011

korban dan keindahan

Hari ini hari raya aidiladha. Sungguh mulia hari ni, aku meraikannya dengan penuh kesyukuran bersama family sebelah suami.

Semua org ada istilah pengorbanan tersendiri, aku jua. Pengorbanan dari istilah diri sendiri tidak sehebat org lain.

Berkorban masa senang, keinginan dan perasaan demi membesarkan 3 hero tidaklah sebesar mana jika dibanding nikmatNya. Sudahlah diberi Islam, Iman..inikan pula anak-anak lelaki yg sihat penyambung generasi.

Indahnya Islam,setiap penat lelah dan sakit jerih akibat berkorban diberi ganjaran seadilnya. Kalau bukan disini, tetap akan menunggu di alam sana.

Terdengar ada suara berkata apabila seorang anak tersimpang dari ajaran agama " dia jadi camtu sebab tade sapa dia nak takut..mak ayah nya baik sangat,tak pandai nak marah"

Gerun mendengar kata-kata itu,memandangkan diri sendiri masih tidak mahir menerapkan kebesaran Allah pada 3 A. Mana mungkin dapat buat begitu,ibunya jua masih 'kosong' dengan pengisian rohani. Apabila anak-anak diterap dengan takut pada Allah, Allah akan menjaga mereka.

Setakat ini,aku tidak putus asa. Dr muhaya kata kalau kita ada niat buat baik,jgn risau.. Allah pasti tunjukkan caranya. Teringat video dari youtube tentang kisah kak wardina berubah. Antara ayat menyentuh hatiku apabila ibunya seorang ustazah,semasa kecil menyuruh dia membuat itu dan ini,solat dan menutup aurat tetapi tidak menerangkan MENGAPA kena buat semua itu. Berkat doa ibunya, dia jua akhirnya menemui hidayah.

Sungguh indah mendengar cara wardina mendidik anaknya solat. Sebelum disuruh solat,diajarnya bagaimana mengenal Allah. YA ALLAH,Moga kekuatan itu jua Kau campakkan padaku.

Mungkin kerana belum kenal Allah, ramai org Islam tidak nampak Indahnya Islam..sehingga Islam sekadar nama. Aku jua mungkin begitu. Semoga hidayah itu masih sudi menyinar dalam hati hitam ini. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 comments: