Sunday, January 17, 2010

full-of-work's weekend.


ruang kerja a.k.a ruang tamu


weekend yang kurang rehat. tengok je lah gambar kat atas, ruang tamu dah jadi ruang kerja. senang nak pantau anak, buat dalam bilik..anak kat ruang tamu tak tahu buat apa.

apalah yang bz sangat..? hehe saje je buat bz.hari ni punya audit, aku yang kena amik tahu. so, dokumen yang sepatutnya pemeriksa yang buat, dia suruh jabatan siapkan awal2. aku kena tunggu data update baru bleh buat. apa lagi, kena buat waktu weekend le. tanggungjawab..

ibu, arif tak sihat..

sabtu dan ahad, arif tak berapa sihat. sian dia. demam + batuk + selsema. masaku bertambah pack kerana kena melayan dia yang merengek2..


kedai makan di tg lumpur

ahad lepas, kitorang gi breakfast jauh sikit kat tg lumpur. bosan dah makan tempat biasa. kedai ni depan yayasan pahang ngan tahfiz. ramai betul pelanggannya. yang pasti..memang sedap.
aksi-aksi kami di kedai itu.. (gile amik gambar)
petang tu plak, abah afiq dan arif ajak makan KFC. best2. dapat makan Zinger Tower.

on the way ke KFC TC.

anyway, walau banyak keje menimbun, still gi jalan2 cari makan dengan anak2. dtg keje pagi ni, masih lagi tak siap, tapi audit JKE akan mula esok. so, curi2 masa update blog. (dokumen dah siap ye....)

ok, times up. sambung keje.

6 comments:

Ida_Iara said...

sy klu weekend susah nak buat keje dgn laptop sebab Lutfi suka sangat dengan laptop saya tu..kita nak taip dia sibuk nak taip sama..kita tinggal kejap je dia dah buat alat refleksiologi kaki dia (dpijak2 laptop aku..huaaa..nak nanges nengok) klu tutup laptop tu tak bleh tggl pen kat tepi nnt cover laptop jadi mangsa..sekarang pun dah kena lukis dgn dia..meja keje mmg akan dipanjatnya utk mencapai hasrat hati dia tuh..tapi keje ttp kene jalan..rasa mcm nak beli jer 1 laptop mainan utk dia..tapi berbaloi ke nnt ekk?

missFridaNorm said...

Ida sebut tanjung lumpur teringat masa duk kuantan dulu...ujung tahu 2009 lepas nak singgah makan seafood di situ tak kesamapian..terkenang2 ikan bakar. tapi boleh tahan mahal jugak dak?

warung brekpes pula, kalau dulu ku suka g satu lagi tempat tak inagt namanya, tetapi sebelum menyeberang jempabtan ke tg lumpur tu, susur kiri, kampung nelayan, deretan kedaimakan depan pasar ikan (tempat nelayan naik). kedai tu unit hujung...seka nasi kerabunya! laksa, laksam, semua ada..alahaaii..

rindu kuantan!

missFridaNorm said...

so, how's arif now?
my kids dua2 demam juga, si abang lepas diserang gegata dpat demam.

Rih0ney said...

mmg sedap makanan kat kedai depan yayasan pahang tu..nak tau kanpe? jeng jeng jeng.......
sbelah tu ada kubur..
hihi..sedap ahh!

zul said...

comel ah ariff tongkat dagu mcm tu...

ida_F said...

to ida: kelakar baca nasib laptop awak. boleh buat cerita "aku sebuah laptop".berbaloi jg beli untuk lutfi..yg murah2 dah le.takut dia nak main yg laptop awak jg lagi.

to normi:itula kuantan, terkenal dengan ikan bakarnya..memang mahal pun, kopakla kalau makan tiap2 hari.

arif dah sihat sket.tapi panas jg pagi tadi.batuk pun teruk lagi.

to rina: apa kaitan makan sedap dengan kubur?jeng..jeng..jeng..

to zul:comel kan..? tgokla anak sapa.