1. KUPAS BAWANG
untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang dalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih, tidak berbau, warna kulit yang bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN
Masukkan Ubi Kentang yang dipotong dadu atau buah pisah mudah yang dihiris
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh dengan air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian di bilas dengan air mengalir
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukkan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan Cili Kering di dalam bekas beras dan gaul
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pastikan niat yang ikhlas beserta doa yang baik-baik, kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup.
* ambil dari blog chef sabri
0 comments:
Post a Comment