Alhamdulillah. 2 hari lepas, tanggal 12/11/11 adalah hari ulangtahun perkahwinan aku. Terharu kerana Allah masih sayang dengan memberi nikmat rumahtangga yang bahagia dan diberkati.
6 tahun masih belum mencapai usia matang dalam perkahwinan. Banyak lagi ilmu yang perlu ditimba, banyak lagi profil suami yang masih perlu difahami. Aku sangat bersyukur sekurang-kurangnya masih ada insan yang sudi menyayangi, memberi kepercayaan menjadi ibu kepada anak-anak peneraju masa depan.
Dari saat air mata menitis setelah akad di lafaz sehingga kini, Terima Kasih Ya Allah atas semua kebahagiaan ini. Ku pohon keampunan-Mu atas keluhan dan rintihan sepanjang merasa putus asa bila mendapat ujian dalam rumahtangga. Semua bersandarkan atas kelemahan diri ini, rasa tak layak meminta lebih banyak nikmat lagi lantaran kurangnya taat atas suruhan-Mu. Panjangkanlah jodoh ini, kerana aku tak mahu orang lain menjadi pasangan aku di syurga nanti, kecuali pasangan yang Kau telah tentukan di dunia ini.
Ameen.
* ibu sayang abah
0 comments:
Post a Comment