Wednesday, November 30, 2011

selamat datang ke semester baru

lama betul tak update blog. malas? mungkin juga. padahal nak buat entri baru bukannya lama. takde idea barangkali.

Disember telah menjelma. esok aku akan memasuki era 3 series. huh. sudah lama hidup rupanya. ibadah kena lebih ni, makin dekat dengan mati rupanya.

Pelajar poli pun dah habis semester Jun 2011.. semester baru Disember 2011 akan menjelma. Sebagai pensyarah aku pun ada banyak tugas lain yang menunggu untuk disempurnakan.

1. Kerja-kerja persediaan audit aset.
kerja-kerja ini adalah kerja biasa yang aku buat sejak 6 tahun lalu. sebagai pegawai aset, setiap awal dan akhir tahun akan menerima kunjungan auditor. Cuma, kali ini perasaan membuat kerja telah sedikit berbeza berbanding yang lepas. Kenapa?

kerana 'input' dari Allah melalui kata-kata motivasi Dr Muhaya. Tiada lagi stress seperti yang lepas-lepas. yang pasti, aku akan buat yang terbaik untuk potfolio ini. setelah memuhasah diri, rupanya saaaangaat banyak benda tak sempurna aku buat untuk potfolio ini dek sangat TIDAK SUKA memegang jawatan ini. Kini aku sedar, ia bukan pilihan, ia adalah AMANAH yang perlu aku sempurnakan. Kita akan disoal nanti kan?

2. Persediaan untuk subjek baru.
Aku menerima subjek baru dan subjek separa baru. Subjek baru adalah VB dan Subjek separa baru adalah Microprocessor Fundamental. Preparation perlu dibuat.

3. Moderator Web.
Men'design' satu web adalah cita-cita dari dulu dan kini aku sudah separa mencapainya. Cuma, time management tak betul. Masih tak sempat men'touch-up' web ini setanding web-web lain.

4. Persediaan untuk sambung belajar.
Ini perlu ada semangat dan passion. Huh. Duit yang disimpan untuk sambung belajar makin lama makin susut. Haha. Lagi lambar sambung, lagi berkurang le nampaknya. Perlu disiplin nih!

Banyak lagi yang perlu dibuat. Tak tersenarai rasanya. Namun, tidak mahu ia mengganggu masa aku bersama family. Masih ada 3 bakal doktor dirumah untuk di hiburkan. semoga kekuatan itu milik aku.

0 comments: