Monday, November 14, 2011

Stok baru sampai lagi..


Bisnes tudung aku masih lagi berjalan. Cuma tidak aktif di 'online' kerana hambatan kerja di rumah. Kalau disarungkan model patung dengan tudung untuk di ambil gambar, ramai 'pembantu' akan campur tangan. sorang junjung patung, sorang tarik tudung. rosak bisnes.

oleh itu, aku sekarang buat underground sahaja di ofis. pass-pass ke kawan-kawan. stok pun bukan banyak. adalah sikit, sambil-sambil boleh la mengurangkan tekanan kerja ofis.

petang ni akan sampai sedikit lagi stok by mail. saiz M dan L, tudung dwi tone. awning thai silk. Kalau sempat, aku akan cuba menembak guna 600D dan upload beberapa helai untuk tatapan rakan-rakan FB dan online. Ada berminat ke? kain sangat berkualiti dan cantik..

kat bawah ni ada satu tudung jualan yang aku rembat untuk kegunaan sendiri. hehe. (saiz L)

*sapa berminat nak beli dalam 10 helai dan harga borong, sila komen dan tinggalkan email ek. tq


0 comments: