Monday, June 11, 2012

villa kami di a famosa resort

Banyak cerita nak cerita pasal percutian di a famosa. saya ambil part by part. sebab tak pasti bila bleh buat cerita bersiri percutian ni. Almaklumlah, sekarang semakin ada semangat untuk bekerja, dengan potfolio baru.

Cerita awal. tempat tido kami 3 hari 2 malam di a famosa resort. Jom layan gambar.

Ruang depan. Masuk pintu je nampak dapur

Ruang tengok tv yang simple. Ada astro lagi.

Villa ni ada 4 bilik tidur. semua ada aircond. 2 katil besar queen size. 

Ruang depan ada swimming pool yang sederhana besar. Banyak pokok keliling pool, ada privacy sikit.
** atok dan abah mereka test pool.

Belakang umah luas, takde pagar pun.. diorang ni pi main badminton.  Ada ampaian kecil untuk sidai baju

Ini abid dan arif temankan abah mandi.. duk tepi aje lah

Ini pemandangan depan rumah. garaj boleh muat 2 kereta

Malam pun pakat mandi tau!

Sangat puas hati melihat villa kami.. selesa. My mum siap bawa portable stove untuk masak, sebab package kami tak termasuk  makan. Kalau nak order kat sana, sepinggan nasi goreng RM20++.

Gambar dah cukup menceritakan serba sedikit pasal tempat tinggal kami, kalau sempat saya update pasal percutian ye.

4 comments:

Ida_Iara said...

menarik utk bercuti reramai..brp hrga satu villa utk 1 mlm?

ida_F said...

package duduk kat vila dengan 3 family, dia kira ikut kepala. Sorang dewasa (7 tahun ke atas) harga RM205, kanak2 RM56.

package tu untuk 3d2n. termasuk mandi kat waterworld, masuk cowboy town ngan masuk safari.

QasehnyaRania said...

maknanya satu kepala RM205 la kak

pastu tak disediakan dapur gas ke

ida_F said...

takde. kami bawa stove gas macam untuk camping tu.