Sunday, September 11, 2011

how do u all reacts?


haii.

Selamat Hari Raya.. sempat wish lagi kan? raya kan sebulan. gambar raya tak tunjuk-tunjuk lagi. hikhik. basi dah agaknya.

aku ada cabaran. aku ada terima beberapa SMS minggu lepas. cuba korang baca SMS-SMS ni..

Assalam ida,ni kak Ina (bukan nama sebenar) ..akak nak minta tlg sgt ngan ida ni,bole?

Akak ada urgent nak guna duit...segan sbnrnya nak minta tlg,tp akak kena iktiar juga.ida ada tak dlm 1.8k yg akak bole pinjam?

Anak akak sakit masuk wad br2 ni,akak kena bayar...tp klu ada dlm 1k pun ok jugak

di atas adalah SMS- SMS yang aku terima dari seorang kakak yg aku kenal kat UPM dulu. Bukan satu kolej, satu course apatah lagi satu bilik. Kenal dengan dia masa masuk satu persatuan lebih kurang 6-7 tahun yg lepas. Ada chatting sekali sekala dlm FB. Tiba-tiba dpt SMS dari kakak itu seperti di atas.

1.8k ? banyaaak tu.. kalau korang dapat SMS ni, apa yang terlintas di fikiran?

aku dah boleh agak.. mesti rasa macam sesuatu fraud kan? takut juga kalau kena tipu. sama juga dengan aku. aku terus selidik akaun FB dia. takde cerita pasal anak dia sakit pun.. maybe dia tak suka heboh2..

Aku selidik akaun suami dia.. memang ada cerita pasal anak dia. sian tengok gambar anak dia sakit asma. baru setahun setengah. teruk juga. 4 hari mereka berhari raya di hospital.

cuma yang aku konfius, aku bukan rakan rapat, sedara apatah lagi adik beradik dia.. kalau korang, sampai hati tak nak minta pada kawan yang sangat jauh ni? dah la kakak ni menetap di Borneo nuu. 

Tapi di sini Allah nak uji aku. adakah aku yakin dengan kata-kata motivasi dari Dr Muhaya yang pernah aku yakin (namun belum diuji) " Kalau kita tolong orang, Yakinlah Allah akan tolong kita"

setelah berbincang dengan suami, kami bercadang menolong semampu mungkin. Moga Allah sembuhkan anak kakak itu. Kak, semoga tabah menghadapi ujianNya. 

kalau korang di tempat aku, how d u all reacts?

3 comments:

Ida_Iara said...

just my opinion..maybe akak leh mnta dia kasi bukti sket psl anak dia masuk spital tu..at least mms gmbr anak dia kat spital ke, atau ape2 slip byrn ke/surat doc yg menunjukkn anaknye di warded dn mmg dia sgt2 memerlukn bntuan kewngn tu. bukan nk mempertikaikn, tp sbg 'kwn jauh' ni rasanye perlu juga kita berhati2.klu ckp baik2 dgnnye, dn klu btul terdesak keadaannye, pasti org tu takkan teragak2 berikn bukti yg berkaitan.

tiba masanye keyakinan kita terhdp sesuatu akan diuji jua..;)selamat beramal.

ida_F said...

ye. tima kasih ida atas cadangan. memang dah buat selidik sikit2. memang betul dapat tahu anak dia sakit.. sian, beraya di hospital. apapun, harap kita dapat menolong orang sebanyak mungkin dengan kemampuan yang ada.

zuriani said...

dah dpt ke jalan penyelesaiannya?

kalau sy, mmg sy berat hati kalau nak bg nilai yg besar..dekat sebulan gaji jugak tu..
tp kalau instict akak ckp, ok, boleh caya org tu...terpulang..
mungkin bg pinjam sedikit yg termampu, kira ok la dr tak bg langsung kan..
mungkin hari ni hari dia..hari kita xtau lagi camana kan..