Friday, September 30, 2011

gotong royong tetangga





hari ni,aku harus lebih bersyukur. kerana Allah kurniakan satu lagi nikmat. kejiranan yg harmoni. malam ini,kami, geng-geng ibu, berkumpul membungkus tapai. sebenarnya Ahad ni akan ada Jamuan perumahan kami,sepatutnya sempena Hari Raya. tapi,terlepas pula tarikh dek masing-masing sibuk dgn urusan peribadi dan keluarga.

walaupun tak ramai,lebih kurang 4 ke 6 ibu-ibu yg menyertainya, masih meriah. bertanya kabar sudah jadi kemestian. confirm aku seperti tercicir keretapi.. ada saja cerita kejiranan yg aku tak update. bagus juga menyertai aktiviti tetangga seperti ni. memang merapatkan ukhuwah.

paling menarik, masing-masing boleh keluarkan handset untuk add akaun FB. canggih youu. internet hujung  jari. dapatlah aku add dua kakak jiran punya akaun FB. sambil bungkus tapai,sempat berFesbuk. nampak sangat,berada di laman maya lebih banyak dari duk borak-borak di laman umah sendiri. ibu moden. hik hik.

aku antara yg muda juga,ada anak kecik. terpaksa bawa si kecil abid menyertai aktiviti kaum ibu.arif dan afiq dijaga abah mereka. abid memberi 'kerjasama' sangaat baik.. tido sahaja tanpa gangguan.

tak sabar nak join Jamuan,sbb dpt jumpa ramai jiran lg. Terima Kasih Ya Allah.

p/s cerita buah mangga kena curi jadi cerita HOT masa bungkus tapai..

0 comments: