Monday, September 5, 2011

bezday afiq di satu syawal

afiq memotong kek coklat buatan ibu (takde deco la abanglong oi)
hari ini sudah hari kedua bekerja selepas menyambut hari raya. mood raya masih ada, kerja juga tak menang tangan. dari pagi berhajat untuk hapdet blog, hanya dapat dilakukan pada jam 12 pula after settle down semua kerja. ada lagi yang nak dibuat. takpe. slow2.

walau tak jadi, still ada rupa kek kan?
hokey, as promised, nak cerita tentang bezday afiq. tahun ini tahun bertuah untuk afiq kerana bezdaynya jatuh pada 1 syawal. sudah 5 tahun anak bujang sulung ibu. macam tak percaya kejap je masa berlalu. 5 tahun lepas, aku berjuang 9 jam di labour room untuk melahirkan anak soleh dan bakal engineer hafeez ini. Sungguh tak sangka, afiq membesar menjadi buah hati dan pengarang jantung ibu.

sudah maklumla, pagi raya takde kedai kek yang buka. bukan pagi raya je, agak2 dalam 2-3 hari banyak kedai yang tutup. dengan semangat nak celebrate juga bezday afiq, aku pun cuba buat kek coklat kegemaran afiq. Ntah buku resepi mana ntah aku tengok, kul 11 malam raya aku start mengadun. ni first time TRY ni. huh.

afiq nampak aku nak start adun.. dia tanya "ibu nak buat kek afiq ye.. nanti ibu tulis nama AFIQ atas dia ye".. kelllas betul request dia. aku reply " jangankan tulis nama, kek ni menjadi pun dah syukur abanglong" hikhik

guna oven klasik mak mertua (yang guna gas), aku bakar la adunan kek. stat kul 12.30malam kena tunggu sampai 1 jam(itu kata dalam buku). alkisah, lepas sejam aku pun tutup api oven tu. gi amik garfu, main cucuk-cucuk tengah dia. Alamak! tak masak lagi. jam dah nak masuk 2 pagi, mata sudah mengantuk.. dan yang paling malang, aku tak reti nyalakan api oven tu balik. Mak mertua yang nyalakan awal tadi.. dia pun dah tido. BUNTU. terus masuk tido. esoklah sambung bakar plak (ade kes macam ni ka..)
sepupu-sepupu afiq nyanyi lagu bezday

pagi esoknya, mak mertua geleng-geleng kepala tengok rupa kek. lantak le. dia tolong bakar sket lagi sampai masak. siap-siap masak je, aku gi buat satu lagi RALAT. tak menyempat nak tunggu kek tu sejuk, terus terbalik kan.  haaaa. HAMEK kau, kek rupa gunung berapi. berlobang tengah. bukan nye mak mertua je, dengan aku sekali geleng kepala. pastu gelak ramai-ramai.

lepas touch up letak toping, rupa gunung berapi bleh sorok (tak snap gambar la plak). hape pun, walau tak comel, afiq still suka. adik ipa bgtau " takpe kak ida, adik buat first time pun tak jadi, second time baru jadik.." hoho. betul..betul..betul..

apepun, raya yang meriah...best dan seronok. bersambung cerita raya lain plak ek di entri akan dtg

0 comments: