Tuesday, December 6, 2011

hadiah beli sendiri..

macam sedih pula mendengar tajuk di atas. hehe. as promised, i'll reveal my hadiah-beli-sendiri untuk hari lahir yang ke 30. Tidak mahu menghampakan diri sendiri menunggu hadiah tak pasti dari sesiapa pun ( ayat merajuk kah?) ngeh ngeh.

takpe. yang penting, aku sudah puas hati. Sudah pun jenis tidak gemar orang mengungkit jika minta dibelikan, sangat suka jika hadiah yang diimpikan dibeli dari duit sendiri. Sudah menjangka, jika diminta dibelikan.. akan ditanya bila mahu diguna.. HAHA. Aku sedar salah satu penyakit yang sukar dikikis adalah Hangat-Hangat Najis Ayam.

Maksud?

Semua benda mahu dicuba, bila dah cuba dua tiga kali.. cepat boring. hik hik. Dulu pernah minat cross stitch, tak sempat siap satu frame pun. Ada yang dah siap 2-3 kuntum bunga, tapi tak tahu dah letak di mana. Lepas cross stitch, minat mengait. Sempat menyiapkan 1 beg kecik, tutorial online ntah berlambak di'save'. niatnya untuk dijadikan rujukan.. Last-last hampeh.

Maka, kali ini hobi apa pula menjadi mangsa. Menjahit. (Sila buat count berapa benda alah jahitan aku akan dapat siapkan ek?hee).

Dulu pernah membeli satu mesin jahir season dan antik.. condition still tip top. Malangnya tak sesuai untuk beginner macam aku.

mesin singer second hand

Dahlah beli second hand, si tokei kedai tunjuk cara menjahit macam aku dah expert. Last-last, jadi 'gajah putih' selama setahun dek tak tahu menahu camne nak operate. Let go kat kawan, rugi RM150.

So, kini.. kerana sedar diri masih tahap permulaan.. inilah mesin yang aku pilih. Tara..


Paling murah dan simple kat kedai itu. Beli di kedai Inai di simpang Hotel Green Leaf kuantan. Banyak mesin lagi canggih manggih diorang offer, siap bagi diskaun, tapi tidak mahu tersalah kira kali ini. Biarlah yang paling asas, asalkan ada hasilnya. eceh.

simple je. jahit lurus, zig zag dua tiga jenis, lubang butang.

Maka, bermula operasi menyelongkar kotak simpanan baju-baju lama.. mencari bahan untuk diuji-test-try-tengok. Berjumpa dengan sheer kain langsir sliding door lama pemberian ibu (kot..). Di bentangkan, dipotong dan diseterika tepinya untuk dijahit. Tujuannya, untuk dijadikan langsir pintu penutup kesepahan bilik. Hanya ada benang kuning untuk dicuba. Hantam sajalah, asalkan jadi.

mangsa pertama

Dan.. langsir itu berjaya digantung, keesokan harinya. Masih ada defect, sebab labuh tak sempat nak dibaiki. Meleret-leret. hee.

Dont expect much dari benda alah baru ini. Saje nak memenuhi ruang, yang penting dapat me'lekat'kan duit simpanan kwsp yang semakin susut. daripada tak tahu hilang ke mana kan? (alasan..)

kepala sudah terfikir apa projek mahu dibuat. Jangan panik, bukan yang besar-besar pun. Dua tiga projek yang harus dimulai dulu adalah:

- baiki seluar afiq yang terlebih labuh.
- Membetulkan getah kain baju kurung yang dah loose
- hmm. apa ye lagi?

Panjang pulak entri kali ini, Esok dah start keje selepas 5 hari cuti yang sangat seronok. Banyak kerja sedang menunggu.. tak sabar untuk dibereskan supaya balik ke rumah dapat 'bermain' dengan alat baru. (kalau 3A tidolah..).

p/s - Harus buat list, apa harus kita syukuri setiap saban hari.. Alhamdulillah.

5 comments:

aziyana said...

kak ida..brape rm ni? kedai tu bg offer best tak? nk beli nv50..kwang2 nafsu tinggi

ida_F said...

yang ini akak beli RM570. paling murah yang ada kat situ. ada offer sekarang ni, gi lah tengok.

nv50 yang automatic ek? takpe, akak nafsu tinggi kat kamera.. awak plak mesin jahit. kalau nanti hasil jahitan bleh dikomersilkan, apa salahnya beli yang mahal sikit.

alah membeli, menang memakai.ngeh ngeh

allyna said...

caya la ida, menjahit skrg nie.... nanti leh tempah langsir... :)

allyna said...

caya la ida, dah mula menjahit.... bleh tempah..

ida_F said...

kak lin, jgnlah high expectation kat saya. takut saya ni hangat-hangat tahi ayam je.

bila la masa bleh buat semua benda ni. sungguh susah cari masa boleh buat hobi tertunda ini. hee