Monday, December 5, 2011

sudah 30


jumaat lepas, usia aku sudah menginjak ke 3 series. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan rezeki. Berkahwin dengan suami mithali dan penyayang. Dikurnia 3 anak lelaki.. dan kerjaya yang baik. Aku bersyukur atas semua itu. Tak layak untuk meminta lebih lagi.


kebetulan pada tarikh itu, aku balik ke KL berjumpa ahli keluarga tercinta. sememangnya telah merancang untuk membuat sambutan hari lahir. Adik aku pula lahir pada 3 disember. Cuma, ada masalah sedikit. Adik tak dapat pulang ke rumah ibu kerana urusan kerja.. celebration perlu diasingkan. Kami pun singgah di secret recipe untuk membeli kek dan makan beramai-ramai. seronok!

apa perasaan setelah umur mencecah 30?

bersyukur.. bersyukur.. bersyukur. .. hehe. Mahu menjadi insan lebih baik. lebih ketaqwaan kepada Allah. dan lebih bersyukur.. 

Petang tadi, aku telah mendapatkan hadiah untuk diri sendiri. Sangat best. Dengan alat itu, aku dapat mengubahsuai langsir sliding door lama menjadi langsir untuk pintu bilik. Macam dah tahu ape bende?

i'll tell u all on next entry. tungguuuu..

2 comments:

Ida_Iara said...

sudah angkat mesin jahit baru kah??? hihi..selamat mencecah usia 3 series.

ida_F said...

hai ida. hee. bukannya terdesak untuk membeli. cuma sangat rimas melihat duit kwsp yang disimpan susut begitu sahaja.

alasan membeli untuk me'lekat'kan barang le. hee. nama pun alasann..:)