Sunday, July 3, 2011

bersyukur

Aku ada cabaran..
untuk membahagi masa..
antara keluarga dan kerjaya

Allah dah bagi aku keluarga.
suami yang penyayang.
anak-anak yang bijak dan sihat.
Alhamdulillah aku bersyukur
berapa ramai insan di luar sana tak punyai
seperti yang aku ada.

Allah bagi aku kerjaya
kerjaya tetap,
berpendapatan sederhana
Alhamdulillah aku bersyukur.

Namun,
bila tiba cabaran ini dtg
aku perlu manage masa
antara keduanya
level kekuatan kena tinggi
perlu menahan diri dari mengeluh
kerana
cabaran ini hanya sekelumit
dibanding dengan nikmat Allah bagi.

Ya Allah.
campakkan rasa sabar.
campakkan rasa bersyukur.
biarpun sedikit rasa sabar dan syukur itu
untuk aku hadapi cabaran ini
semoga
aku tidak tergolong
antara mereka yang kufur.

*luahan hati bila kena jaga 3 heroes sorang di hari weekend
dalam masa sama, kerja ofis berlambak nak disiapkan..
bersyukurlah..

0 comments: