Tuesday, March 13, 2012

tenggelam dengan buku..

sungguh malas untuk mengupdate blog sejak dua menjak ini.
sebagai motivasi untuk menjadi tatapan rakan-rakan blogger yang terdekat (dan jauh), saya masih ada di sini untuk berkongsi pengalaman.

pengalaman semalan sangat mengujakan saya. ada satu bookfair di zenith hotel oleh MPH. dan banyak sangat buku yang boleh dipilih. Buku budak-budak, majalah, buku agama. semua best-best.

saya sudah mendengar pengalaman beberapa rakan yang pergi ke sana sebelum saya menjejak kaki ke sana. Majoriti kata banyak betul buku.. CUMA tak banyak buku engineering untuk rujukan. Takpelah, yang penting buku-buku lain ada.

Sememangnya rambang mata nak pilih buku. Rezeki saya yang datang semalam, ada HAPPY HOUR. Happy sungguh rasanya. sebab Happy Hour ni dia 'up' kan discount sampai 90% tuuu. Ambil buku sampai RM1500++ , tapi bayar cuma RM150 je. Bahagia dan saaaangat HAPPY.

90% discount for all these books. RM150 je.

My husband sudah addicted untuk membeli buku. mungkin rak buku masih kosong lagi. setiap hari, dia akan mengangkut afiq untuk membelek buku kat sana. Mentang-mentanglah cuti sekolah. bestnya..

esok-esok nak buat entry pasal buku sewing. Acu cari berapa buku sewing dan quilt yang telah 'dikebas'?? bila plak nak try ye?

4 comments:

zuriani said...

sapa ye org jauh tu? hehe dah agak mesti akak akan buat post pasal buku.. :)

ida_F said...

hehe. mestilah untuk ZU, orang jauh itu. tahu-tahu je kan..

Ida_Iara said...

tq sooooo...muchhhhh!!!!sbb ade satu utk saya disitu..terharu bila diberi sesuatu yg sangat2 kita berminat dgnnye.

ida_F said...

hehe.

kegembiraan lebih dirasai bila dikongsi.welkem..welkem..