Friday, March 16, 2012

my passion..

my 'pearls'

Sebelum reveal pasal buku tentang quilt, ini saya nak reveal buku-buku teknikal saya yang sungguh-sungguh menggugat fokus saya dalam membuat P&P (pengajaran dan pembelajaran)

Tebal-tebal belaka kan..? dan inilah peluang yang paling berharga untuk grab-grab buku-buku idaman dengan harga sangaat murah.

Oleh kerana mengejar masa, buku-buku ini tidak sempat ditinjau teliti isinya sebelum dibeli. Maka, selepas membelek secara rileks di ofis, saya bersyukur ia masih memberi kepuasan untuk saya berkarya versi komputer walau ada sedikit yg kecewa.

Sejak ada askar-askar kecil di rumah, saya sudah lama meninggalkan hobi ini. Dan kini, saya sudah ada satu Carta Perbatuan untuk menyiapkan satu projek SISTEM ONLINE lagi untuk tahun ini (semangat naik pangkat kot..) hehe. Insya Allah.

Semua buku di dalam gambar menjadi faveret saya kecuali Visual Basic [dot] net itu, kerana ia banyak ayat teknikal yang sukar difahami berbanding yang lain. 

Buku Photoshop itu sudah sangat buruk, tetapi saya tetap grab ia, kerana saya pernah berkarya dengan buku yang sama di perpustakaan UPSI ketika sambung blajar DPLI, menghabiskan masa kerana berjauhan dengan anak dan suami. Rindu sungguh dgn buku ini, dan akhirnya dimiliki.
Suka!

OKlah.. nak balik ke rumah dan bersiap untuk ke KL. Ibu Ayah dan family, I'm coming back!

0 comments: