Thursday, March 22, 2012

Pernah tak rasa kerja tidak dihargai..?

sebenarnya saya bukan dalam keadaan kecewa..
atau frust
dan membuat status seperti itu..

Tiada sama sekali.. (walaupun pernah berada di situasi itu..)

Saya sedang dalam mood motivasi.
bersama Dr Muhaya ..
mendengar semula kata-kata motivasi berkaitan CELIK MINDA PEKERJA.(download dari Ikimfm)
sebab akhir-akhir ni, sungguh terasa malas..
tak tahu kenapa..
maka

ubatnya adalah audio-audio itu.
banyak betul memberi peringatan terhadap saya yang sering alpa di office
tidak menggunakan masa sebaiknya
dan
kadang-kadang mengambil masa berjual-beli
sesama rakan ofis (kadang-kadang ke selalu?? haha)

saya juga sering merungut apabila melihat orang lain yang saya anggap kurang memberi komitmen di ofis, tapi mendapat lebih perhatian dari bos.. atau mendapat lebih elaun, anugerah, jawatan dan sebagainya..
haha
macamlah saya ni baik sangat kan..
korang pun pernah rasa juga kan..
gaji tak naik seberapa, kerja bertambah-tambah..

Dr Muhaya bercerita tentang ada seorang pekerja yang mempunyai bos yang gajinya berpuluh ribu
tapi akhir bulan akan pinjam RM50 daripadanya.

Apa yang penting adalah keberkatan.
Ada orang gaji banyak, tapi tak tahu hilang ke mana.
Ada orang gaji sikit, tanggungan ramai, tapi sentiasa cukup.

Betul kata Dr Muhaya.
Rezeki banyak bentuk.. bukan setakat duit.
Bahagia juga rezki, anak yang sihat juga rezeki.
Percayalah. Kalau orang yang bekerja dengan amanah dan jujur, hasilnya akan mendapat anak yang berjaya dan baik. 

Apapun.
Semua ini adalah nasihat dan makanan rohani untuk saya.
Sama-sama kita ingat memperingati sesama kita.

1 comments:

haime said...

itu la kak..sedikit kekuatan yg ada dlm jiwa ni kdg2 goyah juaa.. hmm..