Tuesday, March 20, 2012

Camne nak ubati?


Lihat!

Saya sudah berjaya step pertama linkkan Dreamweaver ngan laman web saya. Huh! Best.

Intro lari dengan tajuk. Hehe. Saya sedang dalam mood membina web, mencipta sistem. Apabila saya dalam mood ini, apapun rintangan saya tabah dan akan cuba siapkan dengan jayanya. Tapi... (belum abis ayat lagi..) saya punya penyakit.

Penyakit HHTA.

Hangat-hangat Tahi Ayam (penyakit kah itu..?)

Saya suka anggap ia cabaran. Ya. Walaupun nampak macam remeh, tetapi sejak dua menjak ini saya sedar ia telah memberi impak kurang baik kepada kerjaya. Jadi, saya perlukan solusi.

Cabaran ini memang sudah lama ada dalam diri. Ibu saya sudah masak dengan perangai saya. Apabila saya hendak sesuatu, masa tu jugak saya nak. Menangis, menghentak, memaksa dan menggesa ibu saya untuk dapatkan sesuatu. Ibu saya selalu pesan.. "Ala.. ni kejap je suka. Lama-lama sikit, tak buat dah". Hasilnya, pembaziran yang berlaku.

Bila dah dewasa, saya sedar saya harus mengatasinya dengan baik. Sebab itu, bila saya ingin beli sesuatu yang baru, saya akan HOLD diri sendiri untuk beberapa lama sedikit. Sehari. Dua Hari. Lama-lama, saya sedar ia bukan kehendak, tapi hanya keperluan yang selalunya tak perlu.

Kini, saya sudah kurang menjenguk mesin jahit.. lebih-lebih lagi lepas balik dari kursus. Kursus saya berkait dengan INOVASI. dan kepala saya sudah 'gatal' untuk menambah kerja. Membuat sistem dan inovasi baru. P&P yang lebih penting, kadang-kadang terabai. Bagaimana ye?

Salah satu solusi yang saya pernah guna.. Membuat perancangan berfasa, jangka pendek dan jangka panjang. Membahagikan tugas besar dan lama kepada tugas-tugas kecil yang singkat. Agak berjaya, namun masih perlu diperbaiki.

Ada cadangan lain?thanks in advance..

p/s gembira kerana berjaya mulakan 'projek' baru sampai termimpi-mimpi membuat programm..



2 comments:

Ida_Iara said...

nak kena berguru dgn awak juga ni nak buat programming..teringin nak build satu system tapi sokmo takde idea ape.teringin nak berinovasi juga dlm kerjaya.

ida_F said...

ish. boleh je berguru. boleh start buat mentoring and coaching. Jomlah berinovasi. lebih-lebih lagi bidang yang kita minat..