Thursday, March 15, 2012

Apa yang kita lihat

Saya sering sahaja mengeluh..
  • Saya ada 3 anak yang sangat aktif, rumah sentiasa bersepah
  • Tak cukup tido
  • Suami kurang membantu
  • Rumah besar sangat, susah nak kemas
  • Kerja ofis banyak, sampai kena bawak balik rumah
  • Takde masa untuk diri sendiri, buat apa yang disukai..

sehingga satu hari, saya sedar dengan kata-kata ini saya kurang bersyukur..
Melihat apa yang tiada, dari yang ada..

Dan saya ingin menjadi insan bersyukur..

Ya, saya sudah cuba. Melihat yang ada dari yang tiada.. Melihat setiap nikmat dan rezeki itu suatu yang harus disyukuri.

Hasilnya, saya lebih tenang dan bersungguh dalam menjalani kehidupan harian. Mengapa masih mensia-siakan kehidupan seharian kita jika kita telah diberi SEMUA benda..?

Alhamdulillah. Jom lihat apa yang Ada dari yang TIADA..

0 comments: