Friday, September 30, 2011
gotong royong tetangga
hari ni,aku harus lebih bersyukur. kerana Allah kurniakan satu lagi nikmat. kejiranan yg harmoni. malam ini,kami, geng-geng ibu, berkumpul membungkus tapai. sebenarnya Ahad ni akan ada Jamuan perumahan kami,sepatutnya sempena Hari Raya. tapi,terlepas pula tarikh dek masing-masing sibuk dgn urusan peribadi dan keluarga.
walaupun tak ramai,lebih kurang 4 ke 6 ibu-ibu yg menyertainya, masih meriah. bertanya kabar sudah jadi kemestian. confirm aku seperti tercicir keretapi.. ada saja cerita kejiranan yg aku tak update. bagus juga menyertai aktiviti tetangga seperti ni. memang merapatkan ukhuwah.
paling menarik, masing-masing boleh keluarkan handset untuk add akaun FB. canggih youu. internet hujung jari. dapatlah aku add dua kakak jiran punya akaun FB. sambil bungkus tapai,sempat berFesbuk. nampak sangat,berada di laman maya lebih banyak dari duk borak-borak di laman umah sendiri. ibu moden. hik hik.
aku antara yg muda juga,ada anak kecik. terpaksa bawa si kecil abid menyertai aktiviti kaum ibu.arif dan afiq dijaga abah mereka. abid memberi 'kerjasama' sangaat baik.. tido sahaja tanpa gangguan.
tak sabar nak join Jamuan,sbb dpt jumpa ramai jiran lg. Terima Kasih Ya Allah.
p/s cerita buah mangga kena curi jadi cerita HOT masa bungkus tapai..
kalau dah memang bukan rezeki
baru je aku petik kata-kata dr muhaya pasal rezki pada 2 entri yg lepas..a few moment ago,aku diuji..hik hik macam kes besar je bunyinyer. padahal kecik je. cerita mangga depan rumah kena curi.
lepas solat jumaat td,my husband call. jiran bagitau ada makhluk yg baligh (rasa dah boleh solat jumaat kot) bawa baldi kutip mangga depan rumah yg sedang berbuah dgn lebatnya. adalah dalam 30 biji sekali kutip. dahlah monteng solat jumaat,buat kerja 'amal' tolong pungut buah mangga org plak. bawak baldi lagi tu.
pokok mangga depan rumah tu nonstop berbuah. buahnya saaangat sedap. lebih sedap tunggu masak atas pokok. setiap pagi,sebelum ke ofis,mesti terbayang bila lah dpt aku kutip buah2 tu untuk dilahap. berita kecurian mangga membuatkan aku rasa macam ralat. terdetik di hati "kalaulah aku kutip dulu.."
dah memang bukan rezki kan? di depan mata pun,kalau Allah dah takdirkan ia milik org lain,tetap kita tak mampu milikinya..
p/s kalau makhluk tu jual mangga tu,apa hukum org yg makan mangga tu ye..hee
Thursday, September 29, 2011
abidku sudah 8 bulan
sekejap je masa berlalu.. sedar tak sedar dah umur 8 bulan si kecik abid. memasuki umur 8 bulan, tahap imunisasi abid banyak teruji. masuk hari ni dah nak masuk seminggu abid demam .bukan berpanjangan, ON dan OFF. kejap demam,kejap tak demam. umur baby bawah setahun memang begitu. kewangan teruji juga. setiap kali ke klinik,fee akan mencecah rm70. aku selesa ke pedic dari klinik biasa. itu yg mahal sket.
semalam gi checkup 8bulan. berat cuma 7.4kg je.BMI turun. en suami kata abid dah kurus sket. mungkin sbb demam kot. harap2 abid cepat sembuh ye.
abis satu kerja..
hari ni ada pengundian PKPK,persatuan kakitangan politeknik Kuantan. start mengundi jam 8.30 pagi sampai kul 4ptg. pengundian di buat untuk memilih jawatankuasa baru untuk persatuan ni. Aku bukanlah org kuat persatuan ni. jadi ahli pun,ahli kejap ada kejap takde.
so, kenapa kena buat entri khas untuk persatuan ni? hee. semuanya hanya kerana hari ni hari mengundi. aku jadi CALON? hoho.. jauh sangkaan tu. kerja sedia ada pun aku tak terurus, nak cari kerja lain. aku ditugaskan utk buat sistem e-undi itu. taklah berat mana,sbb sistem e-undi dah ada. amik dari pilihanraya student. cuma ubah calon je.
walaupun begitu,still nerves takut sistem 'mogok' tanak jalan. ha! abis semua nanti. tp,Alhamdulillah.. semua berjalan lancar.lega. result akan diumum isnin kot.
sorang kakak kat ofis ada tanya..ida,apasal tak amik job luar buat sistem? bleh tambah income.. aku pernah amik offer satu tika dulu. tapi,sbb anak kecik dan sibuk ngan family (expecially anak),aku cancel je. nanti 'yang dikejar tak dpt,tak dikendong keciciran'.eceh!
dr muhaya kata rezki ni Allah dah tentukan. Kalau dah rezki kita pada satu benda tu,org lain buat camne pun still ia milik kita. begitu juga kalau ia bukan rezki kita. kesimpulannya.. jgn tamak,dan usaha yg terbaik.
Wednesday, September 28, 2011
kejiranan yg dingin
aku bertuah mendapat kejiranan yg prihatin. kejiranan aku di perumahan baru aku duduki 3 tahun best juga. 100% melayu dan aku antara ahli masyarakat termuda. jiran paling dekat tentulah rumah sebelah bercantum dinding (rumah aku semi-d), suami istri doktor anak 3 puteri. aku plak anak 3 putera semua.sesuailah tu..
hari ni aku kena gi klinik checkup bulanan abid di mana jiran sebelah umah bertugas. kat sana terserempak dgn jiran,kak nida. rupanya kak nida mengandung dan nak dekat due. Ya Allah,punyalah tak tahu. nampak sangat tak berapa amik tahu dan dingin hubungan kami. isk.
hari tu masa bsalin abid,kak nida pun tak tahu.. dia dpt tahu pun dari staf nurse tempat keje dia..huhu
tak dinafikan,sekarang ni banyak jiran tak berapa nak rapat sbb masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga cuma masing-masing kena curi masa untuk ambil tahu hal kejiranan. itu nasihat kpd diri sendiri tu. hehe. jgn ada benda buruk jadi,baru nak amik tahu.
p/s ina depan rumah pun pregnant gak,bila due ye? kena minta id FB ni. heee
Monday, September 26, 2011
gadget baru
gambar guna gadget baru
Jenama yang ku pilih ni adalah sony experia. At first aku dh berkira-kira nk pilih blackbery tapi lepas survey dan cek,aku rasa tak minat lak. Kalau aku masih dalam umur 20an maybe aku minat.. Sebab dia lebih mesra sosial apps cam FB ngan twitter. Lagipun screennya kecik, tk sesuai dgn aku yang semakin meningkat usia.. Haha
Samsung galaxy pun best, tapi rasa tak sanggup nk abiskan 2k untuk tepon.. So, aku just spend 1.3k je untuk tepon ni. Lagipun camer sony memang cantik pun,aku pernh guna sony punya tepon seblum ni.
Apapun, harapnya aku lebih rajin menambah ilmu dan beblog dengan gagdet baru ni.. InsyaAllah
Sunday, September 25, 2011
Friday, September 23, 2011
aduhai.
demam pun belum nak sembuh, kaki kena infections. tak tahulah dari mana datangnya infections ni. doktor kata sudah teruk sket. arif.. oh .. arif. sungguh aktif.
2 hari berturut-turut gi klinik. pengorbanan. nak membesarkan anak memang begini. pengorbanan ni sangat kecik berbanding nikmat anak yg Allah bagi. 3 anak lelaki yang aktif, ceria dan pengarang hati ibu semua. alhamdulillah.
p/s syukur atas apa yg ada, kunci ketenangan.
Wednesday, September 21, 2011
tak sihat
dah nak masuk 3 hari, afiq tak sihat. sehari lepas afiq baik dari sihat, aku lak tak sihat. start semalam, arif plak demam. aku yang tak sihat, gagahkan diri jaga anak tak sihat terutama bila malam. start malam je, suhu mereka akan naik mendadak. yang tak tidornya adalah ibunya.
semalam bawak afiq dan arif ke klinik. gagahkan juga sebab tanak tunggu malam.takut demam teruk waktu malam, takde klinik yang buka. lagipun ubat diorang dah nak abis. sampai klinik kul 4petang, kul 5.30 baru dpt jumpa doktor. dah tertido2 budak dua orang tu. kul 6.30ptg baru sampai rumah. gi klinik swasta, kena caj RM104 untuk dua orang (standard la..)
malam tadi, dua-dua bergilir-gilir merengek-rengek. kul 2pg kejutkan diorang untuk bg ubat. abang long senang mkn ubat. arif susah sikit, dengan abah dia je dia nak mkn ubat.
pagi ni, aku rasa nak pitam kat kelas. mungkin sebab demam yang tidak dipedulikan atau penat. argh. emosi benar-benar teruji.
Ya Allah, sembuhkanlah aku dan anak-anakku dari sebarang penyakit.
p/s: badan abid pun dah macam panas-panas sket.. adakah..?
semalam bawak afiq dan arif ke klinik. gagahkan juga sebab tanak tunggu malam.takut demam teruk waktu malam, takde klinik yang buka. lagipun ubat diorang dah nak abis. sampai klinik kul 4petang, kul 5.30 baru dpt jumpa doktor. dah tertido2 budak dua orang tu. kul 6.30ptg baru sampai rumah. gi klinik swasta, kena caj RM104 untuk dua orang (standard la..)
malam tadi, dua-dua bergilir-gilir merengek-rengek. kul 2pg kejutkan diorang untuk bg ubat. abang long senang mkn ubat. arif susah sikit, dengan abah dia je dia nak mkn ubat.
pagi ni, aku rasa nak pitam kat kelas. mungkin sebab demam yang tidak dipedulikan atau penat. argh. emosi benar-benar teruji.
Ya Allah, sembuhkanlah aku dan anak-anakku dari sebarang penyakit.
p/s: badan abid pun dah macam panas-panas sket.. adakah..?
Tuesday, September 13, 2011
kena hack!
pagi ini, aku menerima kejutan. laman web yang aku bina untuk jabatan kena hacked. TERKEDU. first time la mengalami situasi begini.
laman web jabatan aku ni baru nak naik. bukan ada content penting berupa rahsia kerajaan ke, bersifat jual-beli ke. isk, positive sidenya aku fikir rasa bertuah plak jadi sasaran hack. rupanya masih lagi ada yang 'prihatin'. negative sidenya, rasa nak keluar semua sumpah seranah. REDO.
alang-alang dah keluar sebagai entri, aku nak jemput semua pembaca.. jom singgah tengok HANTU kat www.jkepolisas.net
*sudah menjengok webhosting lain plak la. kena buat balik satu web. takpe, pengalaman yang memberi pengajaran.
Sunday, September 11, 2011
how do u all reacts?
haii.
Selamat Hari Raya.. sempat wish lagi kan? raya kan sebulan. gambar raya tak tunjuk-tunjuk lagi. hikhik. basi dah agaknya.
aku ada cabaran. aku ada terima beberapa SMS minggu lepas. cuba korang baca SMS-SMS ni..
Assalam ida,ni kak Ina (bukan nama sebenar) ..akak nak minta tlg sgt ngan ida ni,bole?
Akak ada urgent nak guna duit...segan sbnrnya nak minta tlg,tp akak kena iktiar juga.ida ada tak dlm 1.8k yg akak bole pinjam?
Anak akak sakit masuk wad br2 ni,akak kena bayar...tp klu ada dlm 1k pun ok jugak
di atas adalah SMS- SMS yang aku terima
dari seorang kakak yg aku kenal kat UPM dulu. Bukan satu kolej, satu course
apatah lagi satu bilik. Kenal dengan dia masa masuk satu persatuan lebih kurang
6-7 tahun yg lepas. Ada chatting sekali sekala dlm FB. Tiba-tiba dpt SMS dari
kakak itu seperti di atas.
1.8k ? banyaaak tu.. kalau korang dapat SMS ni, apa yang terlintas di fikiran?
aku dah boleh agak.. mesti rasa macam sesuatu fraud kan? takut juga kalau kena tipu. sama juga dengan aku. aku terus selidik akaun FB dia. takde cerita pasal anak dia sakit pun.. maybe dia tak suka heboh2..
Aku selidik akaun suami dia.. memang ada cerita pasal anak dia. sian tengok gambar anak dia sakit asma. baru setahun setengah. teruk juga. 4 hari mereka berhari raya di hospital.
cuma yang aku konfius, aku bukan rakan rapat, sedara apatah lagi adik beradik dia.. kalau korang, sampai hati tak nak minta pada kawan yang sangat jauh ni? dah la kakak ni menetap di Borneo nuu.
Tapi di sini Allah nak uji aku. adakah aku yakin dengan kata-kata motivasi dari Dr Muhaya yang pernah aku yakin (namun belum diuji) " Kalau kita tolong orang, Yakinlah Allah akan tolong kita"
setelah berbincang dengan suami, kami bercadang menolong semampu mungkin. Moga Allah sembuhkan anak kakak itu. Kak, semoga tabah menghadapi ujianNya.
kalau korang di tempat aku, how d u all reacts?
Monday, September 5, 2011
bezday afiq di satu syawal
afiq memotong kek coklat buatan ibu (takde deco la abanglong oi) |
walau tak jadi, still ada rupa kek kan? |
sudah maklumla, pagi raya takde kedai kek yang buka. bukan pagi raya je, agak2 dalam 2-3 hari banyak kedai yang tutup. dengan semangat nak celebrate juga bezday afiq, aku pun cuba buat kek coklat kegemaran afiq. Ntah buku resepi mana ntah aku tengok, kul 11 malam raya aku start mengadun. ni first time TRY ni. huh.
afiq nampak aku nak start adun.. dia tanya "ibu nak buat kek afiq ye.. nanti ibu tulis nama AFIQ atas dia ye".. kelllas betul request dia. aku reply " jangankan tulis nama, kek ni menjadi pun dah syukur abanglong" hikhik
guna oven klasik mak mertua (yang guna gas), aku bakar la adunan kek. stat kul 12.30malam kena tunggu sampai 1 jam(itu kata dalam buku). alkisah, lepas sejam aku pun tutup api oven tu. gi amik garfu, main cucuk-cucuk tengah dia. Alamak! tak masak lagi. jam dah nak masuk 2 pagi, mata sudah mengantuk.. dan yang paling malang, aku tak reti nyalakan api oven tu balik. Mak mertua yang nyalakan awal tadi.. dia pun dah tido. BUNTU. terus masuk tido. esoklah sambung bakar plak (ade kes macam ni ka..)
sepupu-sepupu afiq nyanyi lagu bezday |
pagi esoknya, mak mertua geleng-geleng kepala tengok rupa kek. lantak le. dia tolong bakar sket lagi sampai masak. siap-siap masak je, aku gi buat satu lagi RALAT. tak menyempat nak tunggu kek tu sejuk, terus terbalik kan. haaaa. HAMEK kau, kek rupa gunung berapi. berlobang tengah. bukan nye mak mertua je, dengan aku sekali geleng kepala. pastu gelak ramai-ramai.
lepas touch up letak toping, rupa gunung berapi bleh sorok (tak snap gambar la plak). hape pun, walau tak comel, afiq still suka. adik ipa bgtau " takpe kak ida, adik buat first time pun tak jadi, second time baru jadik.." hoho. betul..betul..betul..
apepun, raya yang meriah...best dan seronok. bersambung cerita raya lain plak ek di entri akan dtg
Sunday, September 4, 2011
mood kerja + mood raya
today is monday. biasa orang sebut monday blues. i don't want to use that words. rasa macam takde semangat je. lebih-lebih lagi baru lepas cuti raya. walau still merasakan 'blues' itu, aku tidak mahu menggunakannya. its not a positive thing. (eceh!)
sudah tidak sabar untuk hapdet blog pasal raya..tapi tuntutan kerja lebih tinggi kepentingannya. short entry ni nak list down cerita-cerita raya yg bakal aku hapdet nanti (kalau hapdet..)
- kek takjadi di hari bezday afiq..
- arif dengan tabiat baru..pantang jumpa batu..
- abid sudah tumbuh gigi pertama..
yeay. semua cerita pasal anak (standardla..hikhik). hokey, mahu menyambung kerjaya yang tergendala. jumpa di entry akan dtg.