Monday, August 22, 2011

tips nak tegur orang.

dr muhaya kata "kita adalah apa yang kita baca dan audio apa yang kita dengar". aku kini memasuki misi hijrah kearah lebih mengenali diri sendiri (apa maksudnya tuh? ..ntah). kini aku suka mencari audio motivasi dr fadilah kamsah dan dr muhaya.

iklan ** -->untuk dapatkan buku Celik Mata dan Jiwa oleh prof Dr Muhaya, sila layari www.assohwah.com. Harga RM25 termasuk kos penghantaran

**sekadar menyampaikan, tiada komisyen diterima

Berbalik pada kata-kata motivasi ini, ada satu tips yang aku sedang amalkan, iaitu.. Kalau nak tegur orang, puji dia dulu 10 kali (tips dr fadilah kamsah).

Aku ada amalkan kepada student. Hari ini ada student yang lambat datang. bukan calang-calang lambat.. nak dekat setengah jam. Student tu dah set kat mind dia, pensyarah mesti marah. Tapi bila dipuji, rupanya mudah untuk kita berkomunikasi dengan dia lepas tu. Lagipun, kurang sikit rasa sakit hati kita.. Mood pun baik.

Rasa-rasa apa aku kata kat student tu.

"Tahniah kat awak sebab walaupun lambat, awak masih dtg. Itu sikap yang sangat baik, Cuma lepas ni kena dtg awal sikit, boleh?" (hak-hak. poyo!)

memang bukan mudah nak kata begitu sedangkan lebih senang aku hambur sahaja dgn amarahnya. hari ini macam rasa nak praktik satu teori atau tips yang aku dengar..lebih2 lagi di bulan tanpa pengaruh syaitan ni. OK juga. boleh buat lagi ni.

p/s pernah try kat anak, boleh buat 3-4 kali je.. yang lain hilang sabar. heeee.

1 comments:

Nurul aziyana said...

akka beli yg tu ke? sy beli yg rumahtangga..nnt kite tukar2 eh