Thursday, August 11, 2011

Progres.

alkisah
di ofis ku.
ramai mengeluh sebab banyak kerja.
diri ini tak terkecuali

SKT kena antar
FRP kena siapkan
soalan exam kena rekacipta dan hantar

semua itu cabaran.

maka
bermulala tabiat
bawak keje balik rumah
dan progress nya sangat perlu dipertingkatkan
sungguh berat membuatnya di rumah

maka terdapat lah satu dialog pagi tadi..masa sahur.. en suami bertanya

en suami: ha.. pukul berapa bangun buat keje? kata banyak keje..(nada perli)
aku: anak tak tido. camne nak buat keje? abg tak tido kan anak.. (salahkan en suami lak..)
en suami: jangan nak mengada. malam tadi semua anak tido awal. jangan nak bagi ALASAN, menyusu anak pastu tertido.
aku: ~senyum (dalam hati: iye ke semua anak tido awal? tak hengat la pulak) heeee.

maka.
sebenarnya
aku yang tak terbangun.
mungkin sebab letih.
atau semangat tak kuat untuk buat kerja.

sepanjang Ramadan ni
boleh kata ada beberapa kali
aku bawak balik keje ke rumah
beberapa kali itu jugak
bawak SEMULA kerja itu ke ofis, tanpa diusik.
(ada yang tak sempat keluarkan dari kereta lagi..)

progres: kurang membanggakan, perlu diperbaiki.
(dan sememangnya tabiat bawak balik kerja ke rumah tidak baik diamalkan)

oleh itu.
i need to optimize my time at office
to complete all the work.
supaya
balik umah.
boleh relax tanpa rasa bersalah.

camne pula keadaan ibu-ibu muda dan bekerjaya sekalian..
chow.

1 comments:

aziyana said...

baru skli bwk balik keje ke rumh sjk ade ank ni...alhamdulillah siap..tu pun sbb terpksa siapkan jugk...hahhaha..ikutkan bnyk lg keje kt opis tu..huhuuhuh pening